Search Result

Nov 1, 2011

Bukan susah nk dapat pahala

"Daripada abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "allah berfirman:'jika hamba-ku berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka aku mencatatnya dengan 10 kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan, maka aku mengampuninya selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya maka aku menulis untuknya yang semisalnya.' Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'para malaikat berkata : 'wahai tuhanku, hamba-mu ini berniat melakukan keburukan, padahal dia lebih mengetahuinya.' Allah berfirman lagi : 'Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-ku.'" (Riwayat Muslim) "

- petikan dari majalah solusi -

Sep 9, 2011

usaha tangga kejayaan

"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari mustahil menghargai rimbun berteduh- peribahasa turki" petikan dari buku karya Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com). Peribahasa ini sangat cantik susunan ayatnya dan sangat indah maknanya sehingga kekadang bila diselami/diamati ianya amat sesuai untuk para remaja menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam mengejar kejayaan. Ianya mengingatkan saya dengan kehidupan saya sewaktu dikampung. Bagaimana usia saya ketika itu, bermain, enjoy dan berhibur adalah perkara yang sangat disukai. Setiap kali abah mengajak saya untuk menolongnya di sawah, akan dipenuhi dengan seribu satu alasan. Usahanya menitikkan peluh dibumi Ilahi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membesarkan kami 5 beradik. Pernah jua pada suatu petang saya dipaksa untuk turun ke sawah bersama dengan abah. Ketika itu saya masih kurang pandai menunggang motosikal tapi dek kerana untuk memujuk saya untuk turun ke sawah, abah mengumpan dengan motosikal. "Ikut abah ke sawah, nnt abah bagi bawak moto nie", kata abah. Saya apa lagi, tanpa berfikir panjang terus setuju untuk turun ke sawah semata - mata untuk menunggang motosikal. Terasa sangat puas ketika itu kerana dapat jua untuk menunggang motosikal. Kalu tidak, susah sangat untuk dapat permission untuk tunggang motosikal. Itu semua dah berlalu hampir 20 tahun yang lalu. Tapi peluh yang pernah terbit ketika itu memberi kesedaran kepada saya bahawa untuk berjaya kita perlu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran tanpa perlu runtuh semangat diri dan berputus asa di tengah jalan.
Ini jualah keje yang pernah saya buat waktu remaja dulu - dulu ....hehehe

Jun 18, 2011

Ceritaku

Hari saya sangat bertuah kerana terdetik dihati saya untuk mengerjakan solat asar berjemaah di surau. Kebiasaannya kita selalu dihadapkan dengan kuliah subuh atau kuliah maghrib tapi kali ini saya dihidangkan dengan kuliah asar yang ringkas tapi padat. Imam tersebut berkongsi ilmu yang sangat bernilai untuk dihayati bersama. Kisah yang diketengahkan adalah daripada kisah nabi khiddir kalu tak silap sayalah. Ianya mengisahkan 3 orang sahabat yang disuruh oleh nabi khiddir untuk memasuki sebuah gua. Sahabat pertama memasuki gua yang gelap gelita dan tertanya -tanya kenapalah nabi munyuruhnya memasuki gua tersebut. Dalam merentasi kegelapan gua tersebut, dia terlanggar seketul batu dan terdetik didalam hatinya "inilah yang mungkin disuruh oleh nabi merentasi gua ini". Tanpa berlengah dia pun mengambil batu tersebut satu demi satu tapi masih banyak untuk dikutip.


May 30, 2011

Pengurusan Masa

Seketika kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak dan sangat kerap kita merasakan masa yang bergerak sangat pantas bergerak. Saya terasa 24 jam setiap hari tidak cukup untuk melaksanakan kerja dan juga perkara yang kita minati. Kenapa sering kali kita terasa masa sangat cepat bergerak? Saya sering tertanya - tanya akan perkara ini tapi sampai sekarang ia masih menjadi persoalan yang tidak dapat dileraikan. Kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak sekiranya kita menantikan sesuatu dan sering melihat jam bergerak. mungkinkah kerana kita jarang menghargai masa maka kita sering merasakan masa itu sangat cepat bergerak. Sekiranya kita menghargai masa pasti kita akan merasa masa sentiasa cukup untuk kita mengharungi perjalanan harian kita. "Demi MASA sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali sesiapa yang beriman". Sekiranya kita menghayatinya dengan penuh tawadduk dan istiqamah pasti kita sentiasa merasai akan keindahan dan nikmat MASA itu dalam liku -liku perjalanan yang penuh mencabar. Fahami dan rasailah masa awal pagi sesudah subuh untuk merasakan masa yang panjang walaupun hanya sekadar 1 jam. Segalanya terletak pada diri untuk menikmati hidangan ilahi dari sekecil - kecil perkara hingga yang tak terjangkau oleh kita. Kita insan biasa yang mewarisi agama islam dari ibubapa kita sepatutnya membuka mata dan merasa takut dengan warisan tersebut kerana ianya adalah detiknya kita lupa untuk mendalami ilmu agama islam yang kita warisi itu kerana kita terasa selesa dan terlindung dengan agama warisan kita itu. Percayalah bahawa "saudara baru" adalah lebih beruntung dari kita kerana berpeluang mendalami agama islam dan dapat melihat akan kelebihan serta keindahan yang ada di dalam islam. Alasan yang sering diberikan adalah tidak cukup masa untuk mendalaminya dan memberikan penghayatan yang padu bagi meningkatkan ilmu agama islam. Inilah kerugian kita dari setiap jam berdetik sehingga kita di sembahyangkan. Oleh itu hargailah MASA dan gunakanlah MASA sebaiknya serta jangan biarkan MASA sengkang kita merosakkan kita dalam diam.

May 11, 2011

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman


Mother knows best!” itulah slogannya.
Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.
Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.
“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.
“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

May 7, 2011

Selamat Hari Ibu@Happy Mother's Day

Pagi - pagi saya dah bergegas ke shah alam untuk menghadiri mesyuarat. Setiba saja saya di sana, saya nampak ramai sangat orang yang telahpun tiba. Sambil perlahan - lahan kenderaan saya melewati setiap sudut jalan untuk mencari ruangan parkir supaya saya dapat meletakkan kenderaan. Akhirnya dapat jua saya meletakkan kenderaan di sisi jalan yang kosong dan tidak menghalang lalulintas. Selesai saya mengunci kenderaan, saya pun terus ke perkarangan bangunan untuk mencari dewan mesyuarat. Setelah tamat mesyuarat saya pun terus keluar dari dewan dan menuju ke parkir kenderaan. Sebelum tiba ke parkir kenderaan, saya terlihat sekumpulan orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tengah - tengah antara mereka. Keinginan saya untuk mengetahu apa yang mereka kerumini tu saya pun mempercepatkan langkah saya.

Apr 19, 2011

Elakkan Iman Luntur

Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -


1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)

Apr 12, 2011

Poco - Poco haram ?

Banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengharaman tarian “Poco – Poco” oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru – baru ini. Ada yang mengatakan tarian tersebut hanya sebagai tarian untuk senaman dan tak kurang juga yang mengatakan tarian tersebut sekadar mengisi masa senggang atau riadah dalam bentuk lebih santai. Saya ada terdengar baru – baru ini dalam salah satu daripada stesen radio yang menemubicara Jabatan Mufti Negeri Perak berkenaan perkara ini. Dalam temubicara tersebut dinyatakan sebelum tarian tersebut diharamkan Jabatan Mufti Negeri Perak ada mendapat aduan berkenaan tarian ini dan beliau sendiri tidak mengenali dan mengetahui akan kewujudan tarian ini. Oleh kerana terdapat aduan yang dibuat maka beliau telah meminta satu pasukan untuk mengkaji dan memantau tarian ini dari segi agama dan dari situlah di dapati tarian tersebut diamalkan oleh gereja sebagai satu upacara penyembahan/berdoa yang mana mengikut tarian asalnya adalah membentuk salib. Kalau kita nak bersenam, amalan yang sangat efektif adalah solat lima waktu, katanya. Dalam islam, setiap perkara dan perbuatan yang menyerupai amalan agama lain adalah diharamkan. Oleh yang demikian, tarian tersebut diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak. Disini saya cuba mencari sumber – sumber yang dapat memberikan maklumat berkenaan asal – usul tarian ini melalui “pakcik google” yang sangat efektif dan tidak mengecewakan dalam memenuhi tuntutan peminatnya.

Apr 10, 2011

Kaedah Sebenar Mandi Wajib

Sebenarnya artikel ini telah lama berada dalam simpanan saya dan saya sendiri telah lupa akan sumbernya. seingat sayalah artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan saya yang gemar menyimpan dan mencari maklumat bagi menambahkan ilmu yang tidak pernah kering andai digali. Semakin dalam ianya digali semakin banyaklah hasil yang diperolehi. Oleh itu sama - samalah kita manfaatkan maklumat yang tidak seberapa ini sebagai tambahan kepada ilmu yang telah kita ada serta pelajari. 

Berikut ini adalah cara/kaedah sebenar mandi wajib supaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.

1.     Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm);
2.     Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan;
3.     Beristinjak –membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada);
4.     Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat;
5.     Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”;
6.     Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal;dan
7.     Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wuduk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wuduk

Apr 7, 2011

Kembara Jalanan

Ramai orang sentiasa memasang keinginan untuk mengembara ke Negara asing kerana baginya banyak permandangan yang menarik dapat disaksikan disana tapi tak ramai yang habis untuk mengembara Negara sendiri (MALAYSIA). Sebenar banyak tempat – tempat menarik yang terdapat di Negara kita antaranya adalah seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Genting Highland dan sebagainya. Tempat – tempat ini adalah sangat sinonim dengan rakyat kita tapi sekiranya kita cuba mencari tempat – tempat menarik untuk diterokai/dilawati pastinya kita tidak akan diselubungi dengan kekecewaan. Saya sangat bertuah pada kali ini kerana disamping menjalankan tugasan yang diarahkan dapat juga merasa dan menikmati keindahan alam ciptaan ilahi yang jauh sekali dari terlintas di benak fikiran ini. Saya dibawa ke kawasan ini yang rasanya semua orang pasti pernah mendengar akan kewujudannya dan mungkin juga ada yang telah menawannya dan mungkin juga tidak kurang yang baru memasang impian untuk sampai disini. Saya sebenarnya tidak menyangka akan dibawa ke sini walaupun sekadar di permulaan kawasan. Gambar dibawah dapat menceritakan segalanya mengenai tempat ini.

Apr 5, 2011

Ceritaku

Pemandangan pada ketinggian
29,000 batu nautica
Kali ini saya menghala ke Sarawak sekali lagi tapi bukan ibu negerinya. Saya bersama 2 orang rakan ke Sarawak untuk satu tugasan khas. Macam best je kan. Tak delah kami disini ada urusan untuk diselesaikan. Perjalanan menaiki kapal terbang ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 59 minit tidak termasuk check-in dan tunggu luggage. Masuk je dalam kapal terbang saya tengok dah ramai yang mengambil tempat duduk dan ada beberapa orang sedang beratur sambil menunggu penumpang yang hadapan memasukkan hand luggage ke tempat penyimpanan. Sekali imbas perasaan risau pun terbit dek kerana takut – takut tempat penyimpanan telah penuh. Kalau dah penuh macam mana nak letak bag yang saya galas ni, kata saya dalam hati. Sambil menunggu tu saya pun tinjau nombor tempat duduk saya dan tempat penyimpanan. Sampai je saya di tempat duduk saya pun cari ruang untuk memuatkan bag galas saya supaya saya tak lah kena letak bag kat tepi kaki. Kebetulan tempat duduk saya terletak di tepi tingkap dan ditengah – tengah antara tempat duduk saya dan rakan saya ada seorang lelaki yang telah dulu mengambil tempat duduknya. Saya pun minta untuk di memberikan ruang untuk saya masuk ke tempat duduk saya. Baru je saya duduk ditempat tersebut lelaki di sebelah saya pun menegur sambil online di mobile phone “saya je ker yang terasa panas atau tempat ini memang panas, katanya pada saya”. Memang panas, balas saya. Pramugari tadi beritahu yang aircon akan dipasang setelah kapal terbang ini berlepas, katanya lagi. Saya pun ambil buku di hadapan saya sambil menunggu kapal terbang tersebut berlepas. Sekali lagi lelaki tersebut menyapa saya, “inilah kali pertama saya naik kapal terbang merasa panas macam ni. Selalunya saya naik airasia tak panas macam ni, katanya lagi”. Saya pun mengiakan sahaja apa yang dibebelkannya kerana saya sendiri pun tak pasti akan perkara itu walaupun saya pernah menaiki pesawat airasia tapi saya tak perasan akan hal tersebut. Beberapa minit kemudian di pun membebel lagi pada saya, inilah kali pertama saya tengok orang berkipas dengan kertas dalam kapal terbang dan ini jugalah kali pertama saya tengok pramugari berpeluh kerana kepanasan, katanya lagi.

Mar 29, 2011

Angkara Mengantuk

Kemalangan adalah satu kejadiaan yang tidak diminta dan tidak juga diundang tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya ianya terjadi kerana diri kita sendiri. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku seperti mana yang dilaporkan didalam dada - dada akhbar adalah atas kecuaian diri si pemandu tersebut samada memandu dalam keadaan mabuk, tergesa - gesa dan yang paling banyak adalah memandu dibawah pengaruh mengantuk. Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dihidangkan dengan satu lagi kejadian angkara mengantuk. Memandu dibawah pengaruh mengantuk sangat - sangat mengundang bahaya kepada diri kalau memandu sendirian dan kepada keluarga sekiranya memandu bersama keluarga. Kejadian yang berlaku semalam amat mengerikan walaupun pemandu dan penumpangnya selamat. Kereta yang dipandu telah merempuh divider tepi jalan dan kereta tersebut tersadai di dalam longkang. Kereta tersebut boleh dikatakan total lost kerana dah berupa macam besi buruk. Keempat - empat tayar pancit dan absorber terkeluar.

Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.

Mar 24, 2011

SPM 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua insan yang memperolehi keputusan baik dan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2010. Bagi insan yang tidak mendapat keputusan yang baik atau agak kurang memuaskan janganlah terasa rendah diri atau hilang semangat kerana itu semua bukanlah penamat bagi segalanya. Kecemerlangan dalam akademik hanyalah sebagai pemangkin kepada pembentukan diri dan ianya tidak menjamin dalam melakar kecemerlangan diri dalam kehidupan harian. Kegagalan pula bukanlah tanda negatif dalam pembentukan atau lakaran hidup hari mendatang. Dengan kegagalan inilah selalunya yang boleh mencetuskan anjakan dalam bagi menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dalam segala hal. Saya juga pernah melalui kegagalan dan saya pasti setiap insan yang bernama manusia akan tetap merasai kegagalan sekurangnya sekali dalam hidup ini kerana kita semua bukan insan yang dicipta untuk berjaya tetapi kita dicipta untuk membina kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri. Tidak semua orang akan sentiasa berada diatas dan tidak semua orang akan sentiasa berada dibawah. Akan ada satu masa kita perlu berada dibawah bagi memperingati diri akan kebesaran ALLAH s.w.t. Tetaplah berusaha dan terus berusaha dalam meniti kejayaan yang pasti akan datang menyapa sesiapa yang memintanya. Apa - apa pun percayalah pintu kejayaan tidak akan tertutup bagi yang berusaha dan ianya tidak akan selalu terbuka bagi yang lalai menghargainya. Tahniah dan sekalung syabas dihulur kepada yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada segalanya, hanyalah satu permulaan kepada erti sebuah kehidupan yang sebenar. Selamat tinggal SPM 2010.

Mar 18, 2011

Mar 11, 2011

Kemalangan, saman dan ....

 Hari ini sekali lagi saya dihidangkan dengan santapan mata yang amat tidak diingini oleh semua insan yang lahir ke dunia. Satu kemalangan antara kereta dan motosikal berlaku betul – betul di depan mata saya. Motosikal yang ditunggang seorang diri di jalan yang lurus tiba – tiba dipaksa melanggar kereta yang ingin memasuki simpang.  Adakah salah si penunggang motosikal yang menunggang dijalan yang lurus atau si pemandu kereta yang tidak tahu untuk bersabar untuk memasuki simpang? Sama  – samalah kita fikirkan secara rasional tanpa menggunakan emosi sebagai asas pemikiran yang akan menjadi kurang waras untuk menilai situasi. Beberapa kali saya dihidangkan dengan peristiwa yang bagaikan lumrah bagi insan di jalanraya. Sekiranya kita prihatin dalam melihat statistik kemalangan jalanraya rasanya sudah tentu rakan – rakan sekalian dapat melihat hampir lebih kurang 1 – 2 kemalangan pasti akan berlaku tanpa mengira kerosakan dan ianya akan bertambah apabila datangnya curahan air dari langit. Pernah x kita terfikir kenapa perkara ini berlaku?


Mar 4, 2011

Mimpi

Hari ini saya dan rakan seperti biasa akan ke kedai untuk menikmati juadah pagi sebagai pelapik perut sebelum memasuki waktu rehat tengahari. Sambil makan kami akan berbual – bual dan bercerita tentang perkara – perkara yang terjadi pada hari sebelumnya. Ada seorang rakan saya membuka cerita tentang mimpi yang dialaminya sebelum ini. Diantara cerita – cerita mimpi yang kami perkatakan saya tertarik dengan satu mimpi yang dialami oleh salah seorang dari rakan saya, mimpinya jika diamati dengan penuh teliti rasanya bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Rakan saya itu bermimpi dia diikat dan dibelenggu dalam keadaan gelap sambil diiringi oleh seorang yang berjubah hitam melalui beberapa lubang yang berbentuk seperti kubang kerbau yang dipenuhi dengan api yang marak.

Khutbah Jumaat #2 : Akauntabiliti terhadap amanah

04/03/2011

Mar 3, 2011

Hobi


Clown Fish & Anemone
 Setiap orang pasti mempunyai kecendurungan atau hobi yang tersendiri kan. Ada yang suka kumpul setem, ada yang suka kumpul duit lama, ada juga yang suka bela ikan, ada yang suka pancing ikan dan bermacam - macam lagi hobi yang terlalu banyak untuk disenaraikan disini. Teringat saya sewaktu kecil - kecil dulu saya suka sangat mengumpul setem. Setiap surat yang sampai di depan rumah saya akan saya periksa dulu setem yang digunakan sama ada saya dah ada atau belum. Sekiranya setem tu tiada dalam dalam simpanan saya, saya akan koyak setem tersebut hingga kekadang tu sampai saya di marahi oleh si pemunya surat tersebut. Rasa - rasanya ramai juga yang mempunyai hobi sama macam saya kan? Saya juga suka memasuki peraduan yang ada di akhbar tempatan. Antara peraduan yang pernah saya sertai adalah teka sepak takraw, MAMEE dan Piala Thomas.

Feb 27, 2011

Adobe : #3

Seperti yang dijanjikan saya baru berpeluang untuk menjawab kepada komen yang diberikan berkenaan post saya iaitu Adobe#2. Disini saya berikanlah cara - cara yang saya buat untuk menjadikan gambar yang pudar kepada yang lebih hidup dan menarik. Komen yang saya maksudkan adalah seperti dibawah :-

Feb 25, 2011

Kenapa Yahudi Bijak??

Saya sendiri tertanya – tanya kenapa saya asyik memikirkan pasal satu perkara ini yang secara tetiba menyulusuri naluri ingin tahu saya. Sewaktu saya makan prosperity burger di restoran McD, tetiba saya saya terfikir tentang pemboikotan barangan yahudi pada satu ketika dulu yang saya rasakan tidak mencapai apa yang dihajati. Bermula dari situlah perasaan sentiasa terasa ingin tahu kenapa yahudi boleh Berjaya walaupun dikatakan tidak mempunyai tanah sendiri. Pencarian saya terpaku di satu tesis yang ditulis oleh Dr. Stephen Carr Leon dan di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor. Tatapan ini bukan untuk mengangungkan yahuni tetapi adalah untuk membuka mata dan minda para pembaca akan hakikat bahawa usaha adalah satu perkara yang tidak sia – sia dan perancangan yang rapi amat berkesan sekiranya kita ingin dan mengimpikan Negara ISLAM dalam erti kata sebenar.

Feb 21, 2011

Ribakah denda yang dikenakan oleh Bank - Bank Islam?

Seperti biasa setiap pagi ahad setelah bersarapan saya akan membaca akbar tempatan. Helaian pertama yang selalu saya baca adalah sukan. Saya kurang berminat untuk membaca artikel - artikel yang disajikan selain dari sukan kerana saya rasakan artikel sukanlah yang paling telus dalam memberikan berita. Ini hanyalah pandangan dan persepsi peribadi terhadap akhbar - akhbar tempatan. Lagipun dengan sukanlah kita akan sentiasa menjadi satu unit tanpa mengira bangsa dan agama. Satu demi satu helaian saya buka dan akhirnya terhenti pada satu artikel berkenaan hal ehwal muamalat dan perbankan islam. Dalam artikel tersebut ada satu persoalan yang di utarakan kepada penulis ruangan tersebut iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Persoalan yang di timbulkan adalah berkenaan denda yang dikenakan oleh bank - bank islam kepada peminjam sekiranya terlewat bayar di kira sebagai riba? Sekali saya baca soalan tersebut teringat saya pada satu perkara yang sering berlegar di benak insan yang kurang arif berkenaan hal ehwal muamalat dan perbankan islam iaitu setiap caj yang dikenakan oleh bank - bank islam sangat mirip kepada bank konvensional sehingga ada yang sanggup mengatakan semua itu sebagai sandiwara bank dalam "menghalalkan cara". Kita tidak boleh menyalahkan kepada sesiapa terhadap apa yang difikirkan kerana kita sudah terlalu lama dicengkam oleh bank konvensional yang bagaikan telah sebati dalam diri kita. Tidak ramai orang memahami sistem dan takrifan bank - bank islam yang mana ianya mematuhi syariah kerana sekiranya kita bandingkan dengan sistem dan takrifan bank - bank konvensional adalah sangat - sangat tidak berbeza pada pandangan mata kasar dan logik akal kita. Sebab itulah kita sering dinasihatkan agar tidak berfikir mengikut logik dalam hal - hal berkaitan agama islam. Sekiranya kita tidak pakar dalam memahami perkara berkaitan dan ada pakar yang sentiasa memantau perjalanan proses kerja bank - bank islam mengapa perlu kita mempertikaikannya. Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin, denda yang dikenakan oleh bank - bank islam tersebut adalah perlu kerana untuk mengelak daripada bank - bank islam ini di permainkan oleh orang ramai yang akan berpeluang mempergunakan sistem bank - bank islam untuk kepentingan sendiri.

Feb 20, 2011

South Korea's Incheon Airport named world's best for 6th year

South Korea's Incheon Airport
Seoul (The Korea Herald/ANN) - South Korea's Incheon International Airport was selected the Best Airport Worldwide in Airport Service Quality in 2010 for the sixth consecutive year, beating rivals Changyi Airport of Singapore and Hong Kong International Airport, the country's Ministry of Land, Transport and Maritime Affairs said. It is the first time that an airport has won the award six years in a row. Dubai Airport won the award for three consecutive years from 2001 to 2003. The ASQ is a comprehensive set of awards granted by Airports Council International, an association of around 1700 airports worldwide. South Korea's major gateway also won first places in Best Airport in Asia Pacific and Best Airport with annual passenger traffic between 25 and 40 million, the ministry said. Ministry officials attributed the airport's notable success as a Northeast Asian hub to its constant efforts to seek innovation. The list includes expanding its international routes, improving the airport's accessibility by establishing a railway and Incheon Bridge, which connects it with nearby cities, and offering prompt and efficient services to users, according to the ministry. Gimpo Airport, meanwhile, won the first place for the Best Airport with 15-25 million annual passengers.

sumber dari - yahoo news -

Feb 14, 2011

Simposium Dilema Melayu

"Simposium Dilema Melayu" yang berlangsung di PWTC pada 12 Feb 2011, banyak membicarakan berkaitan masalah orang melayu masa kini yang bagaikan menumpang ditanah sendiri. Berikut adalah artikel yang dipetik dari utusan malaysia

Feb 13, 2011

Khutbah Jumaat #1 : Perjuangan Rasulullah S.A.W

11/02/2011

Simpanan emas



Sekadar menyimpan emas untuk diri sendiri di kemudian hari, tiada masalah di sisi Islam dan Maqasid Shariah. Apa yang saya sifatkan sebagai bermasalah dalam tulisan ini adalah yang simpan emas sekejap, kemudian jual, kemudian simpan balik, kemudian jual semula. Iaitu mereka yang menjadikan emas untuk trading secara kerap kerana meraih untung perbezaaan nilainya. Jadi, jangan salah faham tulisan ini sebagai in total melarang simpanan emas. 


-Sebahagian petikan dr article Ust zaharuddin-


Marilah kita sama - sama merenungi perkara ini dan fahami apa yang dimaksudkannya. Hanya permata yang mengenal manikam. 

Feb 12, 2011

Adobe : #2

Original (kiri), Edited (kanan)

Feb 11, 2011

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 di Makkah al-Mukarramah.

Feb 7, 2011

Adobe

This is my first try since i know adobe. It always nice to learn new thing everyday. We will never bored when new thing coming daily.

Feb 5, 2011

Butterfly Park, Melaka

Pertama kali saya dicadangkan untuk menikmati keindahan pelbagai bentuk dan warna rama - rama, teruja jua rasanya. Jom kita ke taman rama - rama, kata isteri saya. Banyak ke rama - rama kat situ? tanya saya padanya. Entahlah rasanya ada banyak bentuk dan warna rama - rama kat situ, bolehlah anak - anak tengok rama - rama yang cantik - cantik kat situ, Katanya lagi. Oleh kerana tak ada apa - apa program petang tu, saya dan keluarga bersama keluarga kakak ipar saya terus ke taman rama - rama yang dimaksudkan.

Feb 1, 2011

Pemimpin

Memilih pemimpin negara adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan berat dan menjadi pemimpin negara juga merupakan satu tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai pemilih pemimpin, kita perlu melantik seorang insan sangat - sangat murni budi pekertinya disamping bertanggungjawab dan mempunyai ciri - ciri pemimpin serta yang paling - paling penting sekali adalah beriman kepada ALLAH s.w.t. Sebagai pemimpin pula, dia perlulah bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan dan sentiasa bermusyawarah dalam melaksanakan sesuatu perkara, tidak mudah dibayangi oleh hasutan luar dan berpendirian tegas demi menegakkan agama ISLAM. 

Jan 31, 2011

Membentuk cara hidup ISLAM

Sebagai orang islam kita pasti sentiasa dahagakan sebuah negara yang bukan sahaja dinobatkan sebagai negara islam tapi setiap aspek perlulah mengikut garis panduan al - quran dan as - sunnah. Dengan 2 perkara itulah insya allah, kita semua akan selamat dunia dan akhirat. Banyak kes - kes penyelewangan dan juga keruntuhan moral di paparkan di dada akhbar serta di hebahkan jua melalui media elektronik. Kes penderaan kanak - kanak semakin mengancam hidup anak - anak kecil, kes kehilangan kanak - kanak dan juga kes pembuangan bayi di tepi - tepi tong sampah. Yang baik dan punyai sedikit naluri manusia membuang bayinya ke tepi - tepi masjid dan juga tepi - tepi rumah orang. 

Jan 29, 2011

Tips Kewangan #2

Apabila kita lihat kepada tajuk di atas pastinya kita semua akan terfikir ini mesti tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk mengajar kita cara dan dapatkan duit. Sebenarnya itu bukanlah tujuan sebenarnya tapi ianya adalah lebih kepada membuka minda kita untuk kita mula berfikir di luar kemampuan kita, kalu dalam ungkapan english nya adalah "Think Out Of the BOX". Sebenarnya tips kewangan bukanlah untuk memberikan panduan kepada kita macam mana nak kaya cepat tapi mengasah bakat kita untuk berfikir dan bersedia menjadi orang kaya. Ia jua merupakan satu batu asas untuk kita menjana lebih banyak keuntungan dengan peluang yang kita nampak. Seperti sebelum ini saya ada nyatakan terdapat 5 level utama untuk kita menjadi jutawan. Dengan tips kewangan yang saya berikan ini maka kita semua mungkin akan tersedar di mana level kita sebenarnya. Setelah kita mempunyai asas kewangan yang kukuh iaitu dapat membayar semua hutang dan juga dapat membuat simpanan bulanan secara tetap kita maka kita di kira berada dalam asas kewangan. Untuk kita ke aras seterusnya adalah apabila kita dapat atau telah mempunyai simpanan 6 kali gaji bulanan kita. Kalau kita dapat mencapai tahap tersebut maka kita telah dikira berada di aras kewangan yang selamat iaitu sekiranya apa - apa pun yang berlaku sekurang - kurangnya kita dapat survive selama 6 bulan. 

Jan 24, 2011

Alya's 1st Bike

Basikal pertama kepunyaan Alya
Setelah lama menanti untuk memiliki sebuah basikal, akhirnya terjawab jua bagi Alya. Basikal ini adalah janji saya padanya sempena hari lahirnya yang ke 4 pada 29 Disember 2010. Setiap hari dia bertanya bila abah nak belikan alya basikal?, saya sering menjawab nanti abah belikan ye. Semua jawapan yang diberikan adalah untuk sekadar mengambil hatinya kerana saya masih tidak berkesempatan untuk mencari kedai basikal. Saya pernah juga pergi mencari basikal untuk kanak di nilai 3 tapi semuanya tidak memenuhi kehendak sama ada bagi pihak Alya mahupun saya sendiri. Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis kenduri di Batang kali, dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin terpandang saya pada banner yang memaparkan jualan clearance stok bagi basikal. Oleh kerana terasa masa tidak mengizinkan pada masa tu saya pun mengambil keputusan untuk singgah sewaktu perjalanan pulang dari majlis kenduri kalau kedai tersebut masih buka. Seperti yang dirancangkan, saya bertolak balik majlis kenduri pada jam 5.00 ptg. 

Jan 23, 2011

Islamik VS Konvensional


Khutbah Jumaat 21/01/2011, telah mengingatkan saya pada perbincangan saya bersama rakan – rakan berkaitan soal bank islamik dan konvensional. Apa yang diperkatakan di dalam khutbah tersebut tentang perbezaan penting antara bank islamik dan konvensional adalah soal riba. Bank islamik tidak mengamalkan riba dan setiap urusannya adalah berlandaskan syariah seperti jual beli yang dilakukan mengikut konsep jual beli islam iaitu musyawarah, al- baiti dan sebagainya manakala bank konvesional tidak mementingkan soal hukum jual beli dalam memberikan perkhidmatan mereka.

Jan 21, 2011

Tips Kewangan

Sekiranya kita membicarakan tentang kewangan pastinya kita akan terdorong untuk berfikir yang kita telah "master" soal kewangan diri dan juga keluarga. Tapi pernah atau tidak kita terfikir kenapa kita masih tidak dapat mengetahui setiap sen yang kita keluarkan untuk sesuatu. Pernah atau tidak kita melihat atau berbincang soal perbelanjaan bulanan kita bagi mengetahui jumlah yang dapat kita simpan dalam sebulan. 

Jan 20, 2011

Web Banner

Maksud ?

Web banner atau juga dikenali sebagai banner ad adalah salah satu cara atau medium pengiklanan di alam cyber(WWW). Tujuan utama web banner adalah untuk menarik trafik ke laman seseorang dengan cara klik pada banner tersebut. Terdapat pelbagai cara yang dibuat untuk tujuan itu seperti imej (GIF, JPEG,PNG), dalam bentuk Javascript dan juga program – program multimedia seperti (Java, Shockwave, flash dan sebagainya). Untuk memberikan tarikan yang lebih banyak terhadap iklan yang dipaparkan selalunya akan dimasukkan jua animasi, bunyi – bunyian, video dan sebagainya. Web banner selalunya akan digunakan oleh seseorang untuk mempromosikan barangan kepada pelanggan. Secara konsep, ianya adalah sama seperti pengiklanan secara tradisional iaitu untuk memperkenal dan mempromosikan barangan bagi produk baru dan juga mengwar – warkan sesuatu promosi seperti diskaun dan sebagainya kepada pelanggan bagi produk yang sedia ada.

Jan 19, 2011

Sekadar berkongsi

Bekerjasama/gotong - royong
Seminggu saya kali ini amat menyedihkan, mana tidaknya setiap hari pegi keje awal pagi n balik lewat malam kekadang tu sampai tak sempat nak borak ngan anak - anak. Inilah penangan perubahan yang dibuat di ofis. Bukan perancangan tidak dibuat dan bukan salah sesiapa tetapi mungkin sedikit kekeliruan dan kealpaan telah membuatkan perancangan yang disusun terpaksa dirombak di pertengahan jalan. Walaupun sesuatu perkara itu dilakukan hampir sempurna tetapi jangan risau pasti akan ada perkara yang tak terjangka yang akan berlaku. 

Jan 18, 2011

Padatnya Hujung Minggu

Padatnya hujung minggu 15 dan 16 Januari 2011, apa tidaknya bermula dari hari jumaat pagi saya menghadiri seminar "Multiple Streams Of Income In A Flash by Robert Allen & Patrick Chan" yang sangat - sangat bermakna dan terasa ianya sangat berharga. Mana tidaknya, seminar tersebut di sampaikan oleh "Robert Allen" iaitu New York Best Seller Author. Pengalaman yang berharga itu sangat susah untuk dilupakan. Malamnya pula saya bergegas untuk ke pejabat bagi melaksanakan kerja - kerja seperti yang telah dijadualkan.

Jan 4, 2011

1st Day School

Jam baru menunjukkan 7.00 Pagi, alya yang dari semalam bersemangat untuk ke sekolah buat pertama kalinya telah bangun dan bertanyakan baju sekolahnya. Mama mana baju sekolah alya, mama dah gosok baju alya ker? tanya si alya pada mama. Baju alya ada kat atas meja tulis tu, jawab mama. Sambil memanaskan kereta saya mengambil gambar alya berpakaian sekolah. Itulah baju sekolah pertama yang alya ada. Dengan gaya tersendiri dia menggayakan pakaian seragam sekolahnya bersama beg yang baru. Tepat jam 8.00 pagi kami sampai di sekolah Al - Fatih. Kelihatan ramai ibu bapa yang berdiri di hadapan dan juga ditepi pagar sekolah untuk melihat gelagat anak - anak mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Inilah alam baru bagi anak - anak ini dalam membentuk sahsiah diri disamping menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dikelilingi oleh rakan dan guru. 

Tetap Pendirian

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

Riwayat Ahmad

Huraian & Pengertian :

1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.

Jan 3, 2011

First School Uniform

Jan 4, 2011 merupakan hari pertama Alya Saffiyah memasuki alam persekolahan. Walaupun hanya prasekolah dia sangat excited menyiapkan kelengkapan dan yang paling menariknya dia sanggup untuk tido awal supaya dapat bangun awal untuk ke sekolah awal pagi esoknya. Perkara yang saya sangat tersentuh adalah sewaktu saya ingin menunaikan solat maghrib, alya nak mengaji abah, katanya pada saya. Alhamdulillah, saya harap keinginannya ini dapat membimbingnya menjadi anak yang solehah. Insya Allah.

Jan 1, 2011

AL - Fatih : Briefing Session 4 Parents


First work from alya saffiyah, she love to go to school. Hence, she love to have new friend and teachers. Good Luck dear. May ALLAH bless her always. Insya ALLAH.

2011 : Membuka Lembaran Baru


1 Jan 2011, lembaran lama dilabuh sampai lembaran baru disingkap. Detik berubahnya tahun sentiasa dinanti oleh seluruh dunia kerana pada waktu itulah akan ada banyak bunga api dipertontonkan untuk menandakan bermulanya tahun baru.