Search Result

Jan 23, 2011

Islamik VS Konvensional


Khutbah Jumaat 21/01/2011, telah mengingatkan saya pada perbincangan saya bersama rakan – rakan berkaitan soal bank islamik dan konvensional. Apa yang diperkatakan di dalam khutbah tersebut tentang perbezaan penting antara bank islamik dan konvensional adalah soal riba. Bank islamik tidak mengamalkan riba dan setiap urusannya adalah berlandaskan syariah seperti jual beli yang dilakukan mengikut konsep jual beli islam iaitu musyawarah, al- baiti dan sebagainya manakala bank konvesional tidak mementingkan soal hukum jual beli dalam memberikan perkhidmatan mereka.


Saya teringat pada apa yang dibincangkan oleh kami sewaktu makan pagi, kata salah seorang rakan saya contohnya kad kredit apa yang membezakan antara kad kredit konvensional dan kad kredit islamik. Keduanya mengenakan caj perkhidmatan dan sekiranya kita lambat membayar dikenakan caj lewat. Katanya lagi kewujudan bank islamik cuma sebagai menghalalkan cara. Saya tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk menerangkan kerana ianya adalah soal akidah kita kalau tersilap dalam menjelaskan berkemungkinan kita boleh terpesong akidah. Saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan tersebut. Saya terasa perkara yang tidak dibincangkan dalam perbualan kami tempoh hari adalah soal keuntungan dunia dan juga keuntungan akhirat. Penubuhan panel syariah yang terdiri dari golongan yang pakar dalam soal berkaitan bagi mengawal selia perjalanan urusan bank islamik tidak perlu dipersoalkan kerana kita bukan insan yang sesuai untuk berbuat demikian. Apa yang perlu kita lakukan cuma memastikan bahawa pilihan yang kita buat berdasarkan keyakinan kita terhadap bank islamik itu sendiri. Jika kita mempersoalkan sebagaimana di atas kita juga boleh mempersoalkan tentang ayam yang kita makan, kita sendiri tidak Nampak sama ada ayam tersebut di sembelih dengan betul atau tidak. Dengan keyakinan kitalah membuatkan kita makan ayam tersebut kerana kita yakin ada pihak lain yang lebih pakar dalam soal ini mengawal selia urusan penyembelihan ini. Sama jua dengan daging khindir, mengapa kita tidak mempersoalkan kenapa kita tidak boleh makan sedangkan rakan bukan-muslim kita berpendapat bahawa daging khindir tersebut lebih sedap dari daging ayam. Inilah yang dikatakan keyakinan kita terhadap hukum ALLAH, sekiranya ALLAH melarang kita memakan daging khindir maka kita tidak makan dan sama juga dengan hukum jual beli, ALLAH telah melarang kita berkaitan soal riba. Dengan kewujudan bank islamik yang diawasi oleh panel pakar maka kita tidak ada pilihan lain selain menegakkan hukum ALLAH iaitu mengelak riba.

No comments:

Post a Comment