Search Result

Apr 19, 2011

Elakkan Iman Luntur

Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -


1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)



2. Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan Allah
Khusyuk hanya diperolehi dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama - lama dalam solat.


3. Selalu menghadiri majlis ilmu
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh daripada majlis ilmu. Kalau Rasulullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan kepada Rasulullah.


Langkah - langkah cadangan yang dinyatakan adalah sebagai asas kepada seseorang dalam mencapai dan mengecapi nikmat kemanisan iman. Jadi, umat islam hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari nikmat tersebut dan tidak sekali - kali mengabaikannya. Ada seseorang berkata, "kita sering beribadat dan menimba ilmu tapi sekiranya kita mencapai kelazatannya maka barulah kita akan merasa sesuatu dalam diri."


- sumber daripada artikel majalah SOLUSI siri 30 - 

No comments:

Post a Comment