Search Result

Mar 29, 2011

Angkara Mengantuk

Kemalangan adalah satu kejadiaan yang tidak diminta dan tidak juga diundang tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya ianya terjadi kerana diri kita sendiri. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku seperti mana yang dilaporkan didalam dada - dada akhbar adalah atas kecuaian diri si pemandu tersebut samada memandu dalam keadaan mabuk, tergesa - gesa dan yang paling banyak adalah memandu dibawah pengaruh mengantuk. Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dihidangkan dengan satu lagi kejadian angkara mengantuk. Memandu dibawah pengaruh mengantuk sangat - sangat mengundang bahaya kepada diri kalau memandu sendirian dan kepada keluarga sekiranya memandu bersama keluarga. Kejadian yang berlaku semalam amat mengerikan walaupun pemandu dan penumpangnya selamat. Kereta yang dipandu telah merempuh divider tepi jalan dan kereta tersebut tersadai di dalam longkang. Kereta tersebut boleh dikatakan total lost kerana dah berupa macam besi buruk. Keempat - empat tayar pancit dan absorber terkeluar.

Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.

Mar 24, 2011

SPM 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua insan yang memperolehi keputusan baik dan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2010. Bagi insan yang tidak mendapat keputusan yang baik atau agak kurang memuaskan janganlah terasa rendah diri atau hilang semangat kerana itu semua bukanlah penamat bagi segalanya. Kecemerlangan dalam akademik hanyalah sebagai pemangkin kepada pembentukan diri dan ianya tidak menjamin dalam melakar kecemerlangan diri dalam kehidupan harian. Kegagalan pula bukanlah tanda negatif dalam pembentukan atau lakaran hidup hari mendatang. Dengan kegagalan inilah selalunya yang boleh mencetuskan anjakan dalam bagi menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dalam segala hal. Saya juga pernah melalui kegagalan dan saya pasti setiap insan yang bernama manusia akan tetap merasai kegagalan sekurangnya sekali dalam hidup ini kerana kita semua bukan insan yang dicipta untuk berjaya tetapi kita dicipta untuk membina kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri. Tidak semua orang akan sentiasa berada diatas dan tidak semua orang akan sentiasa berada dibawah. Akan ada satu masa kita perlu berada dibawah bagi memperingati diri akan kebesaran ALLAH s.w.t. Tetaplah berusaha dan terus berusaha dalam meniti kejayaan yang pasti akan datang menyapa sesiapa yang memintanya. Apa - apa pun percayalah pintu kejayaan tidak akan tertutup bagi yang berusaha dan ianya tidak akan selalu terbuka bagi yang lalai menghargainya. Tahniah dan sekalung syabas dihulur kepada yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada segalanya, hanyalah satu permulaan kepada erti sebuah kehidupan yang sebenar. Selamat tinggal SPM 2010.

Mar 18, 2011

Mar 11, 2011

Kemalangan, saman dan ....

 Hari ini sekali lagi saya dihidangkan dengan santapan mata yang amat tidak diingini oleh semua insan yang lahir ke dunia. Satu kemalangan antara kereta dan motosikal berlaku betul – betul di depan mata saya. Motosikal yang ditunggang seorang diri di jalan yang lurus tiba – tiba dipaksa melanggar kereta yang ingin memasuki simpang.  Adakah salah si penunggang motosikal yang menunggang dijalan yang lurus atau si pemandu kereta yang tidak tahu untuk bersabar untuk memasuki simpang? Sama  – samalah kita fikirkan secara rasional tanpa menggunakan emosi sebagai asas pemikiran yang akan menjadi kurang waras untuk menilai situasi. Beberapa kali saya dihidangkan dengan peristiwa yang bagaikan lumrah bagi insan di jalanraya. Sekiranya kita prihatin dalam melihat statistik kemalangan jalanraya rasanya sudah tentu rakan – rakan sekalian dapat melihat hampir lebih kurang 1 – 2 kemalangan pasti akan berlaku tanpa mengira kerosakan dan ianya akan bertambah apabila datangnya curahan air dari langit. Pernah x kita terfikir kenapa perkara ini berlaku?


Mar 4, 2011

Mimpi

Hari ini saya dan rakan seperti biasa akan ke kedai untuk menikmati juadah pagi sebagai pelapik perut sebelum memasuki waktu rehat tengahari. Sambil makan kami akan berbual – bual dan bercerita tentang perkara – perkara yang terjadi pada hari sebelumnya. Ada seorang rakan saya membuka cerita tentang mimpi yang dialaminya sebelum ini. Diantara cerita – cerita mimpi yang kami perkatakan saya tertarik dengan satu mimpi yang dialami oleh salah seorang dari rakan saya, mimpinya jika diamati dengan penuh teliti rasanya bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Rakan saya itu bermimpi dia diikat dan dibelenggu dalam keadaan gelap sambil diiringi oleh seorang yang berjubah hitam melalui beberapa lubang yang berbentuk seperti kubang kerbau yang dipenuhi dengan api yang marak.

Khutbah Jumaat #2 : Akauntabiliti terhadap amanah

04/03/2011

Mar 3, 2011

Hobi


Clown Fish & Anemone
 Setiap orang pasti mempunyai kecendurungan atau hobi yang tersendiri kan. Ada yang suka kumpul setem, ada yang suka kumpul duit lama, ada juga yang suka bela ikan, ada yang suka pancing ikan dan bermacam - macam lagi hobi yang terlalu banyak untuk disenaraikan disini. Teringat saya sewaktu kecil - kecil dulu saya suka sangat mengumpul setem. Setiap surat yang sampai di depan rumah saya akan saya periksa dulu setem yang digunakan sama ada saya dah ada atau belum. Sekiranya setem tu tiada dalam dalam simpanan saya, saya akan koyak setem tersebut hingga kekadang tu sampai saya di marahi oleh si pemunya surat tersebut. Rasa - rasanya ramai juga yang mempunyai hobi sama macam saya kan? Saya juga suka memasuki peraduan yang ada di akhbar tempatan. Antara peraduan yang pernah saya sertai adalah teka sepak takraw, MAMEE dan Piala Thomas.