Search Result

Apr 19, 2011

Elakkan Iman Luntur

Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -


1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)

Apr 12, 2011

Poco - Poco haram ?

Banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengharaman tarian “Poco – Poco” oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru – baru ini. Ada yang mengatakan tarian tersebut hanya sebagai tarian untuk senaman dan tak kurang juga yang mengatakan tarian tersebut sekadar mengisi masa senggang atau riadah dalam bentuk lebih santai. Saya ada terdengar baru – baru ini dalam salah satu daripada stesen radio yang menemubicara Jabatan Mufti Negeri Perak berkenaan perkara ini. Dalam temubicara tersebut dinyatakan sebelum tarian tersebut diharamkan Jabatan Mufti Negeri Perak ada mendapat aduan berkenaan tarian ini dan beliau sendiri tidak mengenali dan mengetahui akan kewujudan tarian ini. Oleh kerana terdapat aduan yang dibuat maka beliau telah meminta satu pasukan untuk mengkaji dan memantau tarian ini dari segi agama dan dari situlah di dapati tarian tersebut diamalkan oleh gereja sebagai satu upacara penyembahan/berdoa yang mana mengikut tarian asalnya adalah membentuk salib. Kalau kita nak bersenam, amalan yang sangat efektif adalah solat lima waktu, katanya. Dalam islam, setiap perkara dan perbuatan yang menyerupai amalan agama lain adalah diharamkan. Oleh yang demikian, tarian tersebut diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak. Disini saya cuba mencari sumber – sumber yang dapat memberikan maklumat berkenaan asal – usul tarian ini melalui “pakcik google” yang sangat efektif dan tidak mengecewakan dalam memenuhi tuntutan peminatnya.

Apr 10, 2011

Kaedah Sebenar Mandi Wajib

Sebenarnya artikel ini telah lama berada dalam simpanan saya dan saya sendiri telah lupa akan sumbernya. seingat sayalah artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan saya yang gemar menyimpan dan mencari maklumat bagi menambahkan ilmu yang tidak pernah kering andai digali. Semakin dalam ianya digali semakin banyaklah hasil yang diperolehi. Oleh itu sama - samalah kita manfaatkan maklumat yang tidak seberapa ini sebagai tambahan kepada ilmu yang telah kita ada serta pelajari. 

Berikut ini adalah cara/kaedah sebenar mandi wajib supaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.

1.     Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm);
2.     Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan;
3.     Beristinjak –membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada);
4.     Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat;
5.     Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”;
6.     Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal;dan
7.     Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wuduk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wuduk

Apr 7, 2011

Kembara Jalanan

Ramai orang sentiasa memasang keinginan untuk mengembara ke Negara asing kerana baginya banyak permandangan yang menarik dapat disaksikan disana tapi tak ramai yang habis untuk mengembara Negara sendiri (MALAYSIA). Sebenar banyak tempat – tempat menarik yang terdapat di Negara kita antaranya adalah seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Genting Highland dan sebagainya. Tempat – tempat ini adalah sangat sinonim dengan rakyat kita tapi sekiranya kita cuba mencari tempat – tempat menarik untuk diterokai/dilawati pastinya kita tidak akan diselubungi dengan kekecewaan. Saya sangat bertuah pada kali ini kerana disamping menjalankan tugasan yang diarahkan dapat juga merasa dan menikmati keindahan alam ciptaan ilahi yang jauh sekali dari terlintas di benak fikiran ini. Saya dibawa ke kawasan ini yang rasanya semua orang pasti pernah mendengar akan kewujudannya dan mungkin juga ada yang telah menawannya dan mungkin juga tidak kurang yang baru memasang impian untuk sampai disini. Saya sebenarnya tidak menyangka akan dibawa ke sini walaupun sekadar di permulaan kawasan. Gambar dibawah dapat menceritakan segalanya mengenai tempat ini.

Apr 5, 2011

Ceritaku

Pemandangan pada ketinggian
29,000 batu nautica
Kali ini saya menghala ke Sarawak sekali lagi tapi bukan ibu negerinya. Saya bersama 2 orang rakan ke Sarawak untuk satu tugasan khas. Macam best je kan. Tak delah kami disini ada urusan untuk diselesaikan. Perjalanan menaiki kapal terbang ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 59 minit tidak termasuk check-in dan tunggu luggage. Masuk je dalam kapal terbang saya tengok dah ramai yang mengambil tempat duduk dan ada beberapa orang sedang beratur sambil menunggu penumpang yang hadapan memasukkan hand luggage ke tempat penyimpanan. Sekali imbas perasaan risau pun terbit dek kerana takut – takut tempat penyimpanan telah penuh. Kalau dah penuh macam mana nak letak bag yang saya galas ni, kata saya dalam hati. Sambil menunggu tu saya pun tinjau nombor tempat duduk saya dan tempat penyimpanan. Sampai je saya di tempat duduk saya pun cari ruang untuk memuatkan bag galas saya supaya saya tak lah kena letak bag kat tepi kaki. Kebetulan tempat duduk saya terletak di tepi tingkap dan ditengah – tengah antara tempat duduk saya dan rakan saya ada seorang lelaki yang telah dulu mengambil tempat duduknya. Saya pun minta untuk di memberikan ruang untuk saya masuk ke tempat duduk saya. Baru je saya duduk ditempat tersebut lelaki di sebelah saya pun menegur sambil online di mobile phone “saya je ker yang terasa panas atau tempat ini memang panas, katanya pada saya”. Memang panas, balas saya. Pramugari tadi beritahu yang aircon akan dipasang setelah kapal terbang ini berlepas, katanya lagi. Saya pun ambil buku di hadapan saya sambil menunggu kapal terbang tersebut berlepas. Sekali lagi lelaki tersebut menyapa saya, “inilah kali pertama saya naik kapal terbang merasa panas macam ni. Selalunya saya naik airasia tak panas macam ni, katanya lagi”. Saya pun mengiakan sahaja apa yang dibebelkannya kerana saya sendiri pun tak pasti akan perkara itu walaupun saya pernah menaiki pesawat airasia tapi saya tak perasan akan hal tersebut. Beberapa minit kemudian di pun membebel lagi pada saya, inilah kali pertama saya tengok orang berkipas dengan kertas dalam kapal terbang dan ini jugalah kali pertama saya tengok pramugari berpeluh kerana kepanasan, katanya lagi.