Search Result

Jan 21, 2011

Tips Kewangan

Sekiranya kita membicarakan tentang kewangan pastinya kita akan terdorong untuk berfikir yang kita telah "master" soal kewangan diri dan juga keluarga. Tapi pernah atau tidak kita terfikir kenapa kita masih tidak dapat mengetahui setiap sen yang kita keluarkan untuk sesuatu. Pernah atau tidak kita melihat atau berbincang soal perbelanjaan bulanan kita bagi mengetahui jumlah yang dapat kita simpan dalam sebulan. 

Perkara asas yang kita perlu tahu dalam membentuk keluarga untuk hidup tenang tanpa bebanan hutang adalah memastikan sebanyak mungkin wang yang kita ada di kategorikan sebagai simpanan. Banyak seminar kewangan menyatakan kekayaan tidak diukur dengan berapa besar kereta yang kita ada atau berapa besar rumah kita tetapi kekayaan sering di lihat dalam konteks yang berlainan iaitu berapa berapa banyak wang simpanan kita. Sekiranya rumah kita besar tapi hutang kita banyak tak guna jugak kan. Kalau kereta kita besar tapi kita kena bekerja macam orang gila pun tak guna jugak kan. Di sini apa yang nak saya katakan adalah untuk kita mahir dalam kewangan perkara asas yang perlu kita tahu adalah menyusun perbelanjaan mengikut kemampuan dan bukan mengikut keinginan kita. Terdapat 7 aras untuk kita mencapai hidup tenang dan bahagia dari konteks kewangan. Ini apa yang saya belajar dan faham dari seminar - seminar dan juga bengkel - bengkel yang saya hadiri. 

Tahap pertama adalah ASAS. Pada tahap ini kita perlu membuat pelan perbelanjaan bulanan kita. Yang paling penting daripada jumlah yang kita perolehi, berapa banyak simpanan yang kita boleh buat. Dengan simpanan inilah kita dapat menjana wang yang lebih banyak dengan pengurusan wang yang betul. Ada juga kita dengan jutawan muflis. Kenapa perkara demikian berlaku?. Antara faktor utama adalah tidak mahir dalam menguruskan dan tersilap dalam soal pengurusan wang yang ada.

Tips kewangan utama yang ingin saya sampaikan disini adalah? ya memang betul "SIMPANAN". Jangan kita cuba berfikir menjadi jutawan kalau wang hasil tulang empat kerat kita tidak dapat disalurkan untuk simpanan. Jadi rakan - rakan sekalian, cubalah banyakkan simpanan bagi membentuk diri menjadi jutawan. Saya akan berikan tips yang seterusnya pada hari yang lain pula. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment