Search Result

Oct 31, 2010

Hikmah Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

Riwayat Bukhari

Huraian :


1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.

2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.

- JAKIM -

Oct 30, 2010

Kelantan Juara Baru Piala Malaysia

Setelah kecewa tahun lalu dengan kekalahan 1 - 3 kepada pasukan yang sama di temui pada final Piala Malaysia tahun ini iaitu Negeri Sembilan, kelantan bermula dengan agak perlahan dan ketinggalan 0 - 1 oleh jaringan penalti yang disudahi oleh Shahrulain. Amukan kelantan bermula sebaik sahaja perlawanan bersambung untuk tempoh 45 minit terakhir. Serangan demi serangan diatur oleh pasukan kelantan manakala pasukan Negeri Sembilan bagaikan telah berpuashati dengan kedudukan 1 - 0, memperlahankan rentak permainan yang akhirnya memakan diri. Jaringan penyamaan diperolehi oleh kelantan melalui penyerangnya Hairuddin Omar yang mana jua mencipta sejarah pemain yang bermain dalam 2 final berturut - turut bersama pasukan yang berlainan. Ketiadaan ketua pasukan Negeri Sembilan yang juga merupakan nadi pertahanan mereka amat dirasakan dan seterusnya telah menjelmakan kemurungan kepada mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia bagi tahun kedua berturut - turut. Pertukaran pemain oleh pasukan Negeri Sembilan sedikit menampakkan hasil dengan beberapa percubaan dihasilkan mereka tetapi tidak menerjah jaring pasukan lawan. Akhirnya Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan dan iltizam yang mendalam ditunjukkan oleh pasukan Kelantan dengan keputusan 1 - 2 yang memihak kepada pasukan Kelantan.

Murabbi Cinta

Anak - anak muda sering dikatakan sangat cetek dan sering jua orang yang berasa diri telah tua mengatakan "kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga". Ada jua ungkapan yang mengatakan "sape yang makan garam dulu". Semuanya terarah kepada anak muda yang sering mendesak dalam melakukan sesuatu. Itulah nilai seorang anak muda dan jua nilai seorang tua. Kedua - duanya mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Janganlah memandang kelebihan usia memantapkan pengalaman tetapi jadikanlah kelebihan usia sebagai pemangkin untuk mendidik anak - anak muda. Jangan dibiarkan keegoan diri meruntun semangat anak muda yang sering dahagakan pengajaran, pengalaman malah bimbingan yang menjurus kepada jalan ALLAH s.w.t. Itulah antara intipati yang boleh diperolehi dalam cara yang mudah untuk difahami dan dapat membuka minda tak mengira usia samada tua mahupun muda. Begitulah besarnya pengalaman yang tidak mungkin dapat digarap oleh insan yang tidak melaluinya dengan penuh berhemah. Amat rugilah sekiranya pengalaman yang diperolehi disimpan bagai boleh runtuh dunia ini andai diberikan kepada insan yang memerlukannya. Harga sebuah pengalaman amat besar nilainya jika dilimpahkah ke tempat yang sepatutnya. Hayatilah bait - bait yang didedahkan didalam sebuah buku yang dapat meningkatkan jatidiri dalam melayari kehidupan yang belum tentu pengakhirannya.

Alamat Mimpi

Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

(Muslim)

Huraian :

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha.

Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102).

Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4).

Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

- JAKIM -

Oct 29, 2010

Flight Oh Flight

Rasanya dah lama saya tak keluar outstation. Mungkin ini kali ketiga kot bagi tahun ini saya di arahkan untuk  outstation. Saya tiba di KLIA 1 jam sebelum kapal terbang (flight) bertolak. Saya bersama 3 lagi rakan saya iaitu A.M.R  bukan nama sebenar telah ditugaskan ke sana selama beberapa hari. Setelah kami check-in, kami teruskan perjalanan ke tempat menunggu sebelum berlepas di pintu A_. dalam perjalanan itu saya tetiba rasa nak ke tandas. Al maklum la nak naik Flight takut kena pegi tandas dalam Flight nanti rasa tak selesa sangat la plak. Nampak je tandas saya terus masuk sambil berpesan pada rakan – rakan yang lain “saya gi tandas dulu”. Keluar je dari tandas saya terus berjalan untuk mengejar rakan – rakan yang lain yang saya rasa telah sampai di tempat menunggu. Setelah saya sampai di tempat menunggu tersebut saya pun melihat sekeliling mencari rakan – rakan yang lain. Beberapa minit saya mencari – cari namum bayang – bayang dorang pun tak nampak. Rasanya dorang semua dah masuk ke dalam flight kot. Dalam masa yang sama terdengar pengumuman daripada pembesar suara “semua penumpang – penumpang penerbangan MH___ sila beratur untuk menaiki flight, keutamaan diberikan kepada penumpang yang berada di kedudukan __ hingga __.” , apa lagi saya pun terus beratur kerana merasakan rakan – rakan saya tadi telah masuk ke dalam flight. Sampai je dalam flight, saya pusing sekeliling untuk mencari rakan – rakan yang lain. Nampaknya dorang masih tak masuk flight la, kata saya dalam hati sambil merungut, manalah dorang semua pegi nie. Saya pun terus duduk di bangku yang telah ditetapkan. Beberapa minit lepas tu barulah saya nampak rakan – rakan saya masuk. Sambil tersenyum saya menegur diorang, “mana korang pegi, puas aku cari korang”. Dengan muka yang sedikit berkerut dorang membalas “yo la tu, kitorang tunggu kat luar tandas tadi sampai nak terlepas flight rupanya ko kat sini, dah la masuk sorang – sorang phone pun tutup”. Rakan saya yang lain pula berkata “puas kitorang cari ko tadi rupanya ko dah kat dalam flight, kitorang suruh orang kaunter tu tunggu ko tapi orang kaunter tu kata ko dah masuk tapi kitorang tak percaya dan kitorang suh dia check sekali lagi.”. sekali lagi dia check dalam senarai yang telah memasuki tempat menunggu, katanya yang tak masuk lagi Cuma ________. Dalam kehairanan rakan – rakan saya meneruskan langkah dengan berat hati ke dalam flight. Saya dan rakan – rakan saya ketawa sambil diorang berkata macam manalah ko leh menyelinap masuk cepat sampai kitorang pun tak nampak ko. Diorang berkata lagi, sebabkan ko la kitorang dah tak der tempat nak letak barang. Aku dengan perasaan sedikit bersalah tersenyum kekelatan.

Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa Dan Tempat

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.

Riwayat Bukhari Muslim

Huraian :
 
Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan yang tidak bersalah, orang yang baik dan orang yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila kecelakaan itu berlaku.

Di suatu zaman, akan berlaku penyerangan atau pertempuran diantara golongan atau puak ditempat yang disasarkan, yang melibatkan ramai terkorban. Dan ramai yang telah cedera akibat pertempuran itu.

Perhitungan atau balasan diakhirat kelak hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi semua pejuang akan menerima perhitungan menurut niatnya. yang baik akan menerima balasan yang baik manakala pejuangan yang jahat akan menerima balasan kejahatannya diakhirat kelak.

- JAKIM -

Oct 28, 2010

Kesabaran Allah S.w.t

Hadith :
Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.”

(Muslim)

Huraian :


Nikmat Allah S.W.T maha luas dan tiada sesiapapun dapat menyekatnya. Allah juga Maha Sabar dalam setiap urusan-Nya. Manusia yang dijadikan oleh Allah adalah makhluk yang diamanahkan untuk menggunakan nikmat yang diperolehi itu untuk keperluan mendekatkan diri kepada-Nya. Namun begitu ada juga golongan manusia yang menggunakan nikmat Allah tetapi dalam masa yang sama mereka semakin jauh daripada Allah S.W.T. Hal ini terjadi kerana hati mereka telah mati lantaran nikmat itu diguna atau disalurkan kepada perkara-perkara mungkar termasuklah golongan yang syirik atau kafir yang seolah-olah nikmat itu tidak disedari oleh mereka dan akhirnya menjadikan mereka semakin sesat dan melupakan Allah. Bagi orang yang kufur tetapi mendapat keistimewaan atau nikmat yang lebih ini mereka dikatakan mendapat istidraj iaitu pemberian nikmat Allah yang besar tetapi pemberian itu tidak diredhai-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Manusia yang mendapat istidraj adalah manusia yang lupa daratan. Maka apakah ertinya hidup ini jika mendapat seribu macam nikmat seperti kaya, berkuasa dan sebagainya tetapi sama sekali tidak diberkati malah dibenci oleh Allah S.W.T. Sepatutnya orang-orang yang kaya dengan berbagai nikmat hendaklah mengunakan nikmat Allah itu untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah agar hidup mereka diredhai Allah bahkan itulah sifat makhluk yang benar-benar bersyukur.

- JAKIM -

Oct 27, 2010

ETP: Tiada lagi pasar malam, Bazaar Makan ganti gerai


Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu. Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.  Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. “Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu. Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari. Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020. Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah. Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar. Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500 orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd. Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta. Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

Empat Kunci Kemurkaan

Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”

(At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Huraian :

1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.

2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.

3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.

- JAKIM -

Oct 26, 2010

Kelebihan dan Keistimewaan Hari Arafah

5 Kemulian dan keistimewaan yang Allah tawarkan pada hari Arafah iaitu : -
1- Hari Maghfirah
“Hari Arafah adalah hari maghfirah. Allah SWT berjanji dengan menyatakan, ‘akan digugurkan dosa – dosa hamba-Nya setahun sebelum dan setahun yang akan datang.’ Sebab itulah, bagi mereka yang tidak menunaikan haji sangat – sangat dituntut untuk berpuasa. Biasanya kalau kita lihat, orang yang berpuasa pada satu zulhijjah, dia akan meneruskan puasanya sehingga hari kedua, ketiga seterusnya hingga hari kesembilan zulhijjah’. Senario ini wujud apabila seseorang Muslim itu betul – betul menghayati betapa besarnya hari Arafah.”
2- Mustajab berdoa

Hari Arafah adalah hari yang paling mujarab berdoa. Allah mendengar doa hamba – hamba-Nya. Allah makbulkan doa – doa mereka yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu mintalah apa sahaja daripada Allah.

3- Terlepas daripada seksaan neraka

Hari yang paling ramai Allah SWT bebaskan hamba – hamba-Nya daripada seksaan neraka. Tetapi semuanya bersandarkan kepada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.

4- Turun Rahmat

Hari turunnya rahmat yang mencurah – curah. Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan – syaitan akan menjadi lemah hanya keran besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba – hamba-Nya yang beramal soleh.

5- Ibadat Puasa yang paling dimuliakan

Tidak ada hari yang allah paling muliakan ibadah puasanya melainkan puasa dibulan Ramadan dan puasa pada 9 zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.

German firms blocking Facebook over security: report

Many of Germany's top companies are blocking access to Facebook and other social networking sites over fears of industrial espionage and other security concerns, according to a report released Sunday. BERLIN (AFP) - – Many of Germany's top companies are blocking access to Facebook and other social networking sites over fears of industrial espionage and other security concerns, according to a new report . Business weekly Wirtschaftswoche said in an advance copy of its Monday issue that many companies on the Dax-30 blue-chip index saw an unacceptable risk posed by employees using such sites at work.

Many external social media sites are no longer available to most of our staff due to security concerns," said a representative for the second-biggest German bank, Commerzbank. Construction materials group HeidelbergCement drew similar conclusions before outlawing Facebook and micro-blogging site Twitter, and automaker Volkswagen said it had also banned "various social networks". Beyond the risk of staff revealing trade secrets in online chats, companies fear that such sites could expose them to computer viruses transmitted by clicking on a link within someone's 'wall', according to the report.

"Before it was email that was the favourite gateway for damaging software -- today it is social networks," Christian Fuchs of anti-virus provider Kaspersky was quoted as saying. Luxury car maker Porsche recently restricted Facebook use over industrial espionage fears, according to the report, while energy group E.ON and industrial gas giant Linde have also curbed access to Facebook and video sharing site YouTube at some of their offices.

Worries over lost productivity prompted other corporations such as Daimler to pull the plug on Facebook for some of its staff. A study by IT security firm Clearswift indicated that 30 percent of German companies fear social networking sites will distract their employees from work if they have unlimited access. However, a much larger group -- 56 percent -- cited security concerns as the primary reason to restrict such sites, Wirtschaftswoche said.

- http://malaysia.news.yahoo.com/ -

Zulhijjah yang dilupakan

Kelebihan 10 Hari Pertama bulan Zulhijjah


Nabi Muhammad bersama deraian air mata ketika berdoa panjang pada haji terakhir beliau tanda kecintaan beliau yang sangat dalam terhadap umatnya dan juga sebagai tanda kasihnya beliau kepada kekasihnya yang maha esa. Ketika bermulanya gelincir matahari sehingga terbenamnya matahari 9 Zulhijjah diriwayatkan sebagai masa yang paling afdal untuk berdoa seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Ramai di kalangan kita yang telah mengetahui akan kelebihan 10 malam terakhir bulan Ramadan, tetapi tidak ramai daripada kita yang mengetahui akan kelebihan 10 hari pertama bulan zulhijjah. Iman al – Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas rabiallahuanhu bahawa Nabi SAW bersabda :

‘Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari – hari yang sepuluh ini.’

Para sahabat bertanya “Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah SAW bersabda “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).”

Dalam bulan zulhijjah ini Allah s.w.t memberikan kelebihan kepada mereka yang mampu melakukan Ibadah haji dan umrah dan bagi orang yang tidak mampu jua disediakan kelebihan - kelebihan seperti dibawah : -

1) Solat;
2) Puasa;
3) Bertakbir, Tahlil dan Tahmid;
4) Berkorban;dan
5) Bertaubat dari Maksiat dan Dosa;

Terdapat satu cerita yang meyatakan bahawa terdapat seorang insan yang mengamalkan puasa 9 hari pertama di bulan zulhijjah tidak pernah sakit sehingga pada satu tahun terdapat satu hari yang dia berpuasa tetapi dikatakan berbuka puasa awal oleh kerana dirinya terasa waktu berbuka telah tiba kerana ketika itu keadaan bagaikan waktu berbuka tetapi setelah berbuka disedari yang belum tiba waktu bagi dia berbuka maka terbatallah puasanya pada hari itu dan pada tahun tersebut jualah dia jatuh sakit dan tidak lama selepas itu dia meninggal dunia. Begitulah betapa besarnya kelebihan untuk umat islam menghayati 9 hari zulhijjah. Kejarlah kelebihan ini dan jadikanlah ia sebagai pesta yang Allah s.w.t berikan untuk kita berlumba – lumba mendapatkan kelebihannya selain 10 malam terakhir bulan puasa yang kebanyakan umat islam mengetahuinya.

Sabar Mencerminkan Keimanan

Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”


Riwayat Bukhari

Huraian :

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

- JAKIM -

Oct 25, 2010

Bapa Kepada Janda - Janda ....

Makanan bagi balu - balu terutama balu para syuhada yang tinggal di sekeliling rumah Sayidina Ali bin Abi Talib akan disediakan setiap pagi tapi mereka tidak mengetahui siapakah yang memberikan/menyediakan makanan yang mereke perolehi didepan pintu rumah.

Misteri insan yang sangat pemurah ini tidak diketahui sehinggalah Sayidina Ali kembali ke rahmatullah. Sejak dari itulah tiada lagi makanan tersedia didepan pintu rumah para balu - balu tersebut. Dengan itu maka diketahuilah oleh mereka bahawa makanan yang mereka perolehi setiap pagi sebelum ini adalah hasil ihsan daripada Sayidina Ali.

Kita tidak/sangat sudah untuk dapat melihat atau menemui insan yang boleh bertindak seperti Sayidina Ali dalam masyarakat Islam masa kini. Sebaliknya kebanyakkan sering dilingkungi oleh sikap suka bergantung dan mengharapkan bantuan atau pertolongan dari orang/pihak lain. Hal ini bukan terjadi pada masyarakat miskin malah para jutawan jua ada yang masih bergantung kepada bantuan daripada pihak lain untuk memajukan perniagaan mereka. Sepatutnya merekalah yang memberikan bantuan kepada masyarakat yang miskin. Itulah keadaannya, mungkinkah kita dapat menghayati perlakuan atau perbuatan - perbuatan baik daripada para nabi dan rasul atau setidak - tidaknya daripada para sahabat - sahabat nabi dalam melayari hidup kita masa kini. Wallahualam ....

Wasilah Meningkatkan Darjat

Hadith :

 Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat? Jawab para sahabat:”Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Kata baginda:”Sempurnakanlah wudhuk sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya) banyak berjalan ke masjid dan menanti waktu masuk sembahyang, perkara inilah yang dinamakan Ribat”

(Muslim)

Huraian :


1. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itu sungguh luas. Ini terbukti dengan terdapatnya berbagai bentuk perbuatan yang dikategorikan sebagai amal ibadah serta mendapat ganjaran bonus daripada Allah.

2. Selaku manusia yang beriman peluang-peluang ini hendaklah direbut dengan penuh keimanan apalagi jika perkara-perkara itu kelihatan terlalu remeh (biasa) dan mudah.

3. Dalam setiap perbuatan niat adalah perkara yang paling penting kerana dengan inilah Allah mengukur sejauhmanakah keikhlasan hati hamba-Nya.

- JAKIM -

Oct 24, 2010

NS, Kelantan ke final : Ulangan Final 2009

Hajat Kedah, Johor FC tidak kesampaian

NEGERI Sembilan dan Kelantan mengulangi aksi final Piala Malaysia musim lalu, apabila memenangi perlawanan separuh akhir kedua masing-masing, malam tadi.

Negeri Sembilan, penyandang juara yang bergelar juara Piala FA musim ini, mengatasi defisit satu gol di tempat sendiri apabila menewaskan Johor FC 2-0 di Stadium JCorp di Pasir Gudang, untuk mara dengan agregat 2-1.

Skuad Wan Jamak Wan Hassan yang menewaskan Kelantan 3-1 dalam final 2009, menjaringkan gol berharga menerusi tandukan Shukor Adan pada minit ke-36 dan sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-60, malah tuan rumah bimbingan Azuan Zain terus tertekan apabila Mohd Izuan Jarudin dilayangkan kad merah lapan minit sebelum tamat.

Di Stadium Sultan Mohd IV, penjaga gol Helmi Eliza Elias yang bertindak cemerlang sepanjang permainan di Stadium Darulaman Rabu lalu dan 79 minit aksi malam tadi, akhirnya tertewas apabila tertumbuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-79.

Helmi Eliza cuba menangkap sepakan sudut lencong Norshahrul Idlan Talaha tetapi bola terlepas dan melepasi garisan gol untuk menghadiahkan kemenangan dengan jaringan tunggal untuk Kelantan.

Kehilangan jurulatih B Sathianathan kerana hukuman penggantungan enam bulan yang bermula semalam, tidak melemahkan semangat barisan Red Warriors yang mendapat sokongan lebih 20,000 peminat setia.
Namun deretan cubaan berbahaya Kelantan yang diterajui Indra Putra Mahayudin dan Norshahrul Idlan sepanjang babak pertama, gagal menembusi benteng Hijau Kuning, hinggalah kesilapan Helmi Eliza, 11 minit sebelum tamat, memberikan tiket final buat kali kedua berturut-turut untuk Kelantan.

- www.bharian.com.my -

Mentera Dibolehkan Asalkan Tidak Bercampur Syirik


Hadith :
 
Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

 
(Muslim)
Huraian :
 
Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. 
Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam.
Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. 
Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

- JAKIM -

Oct 23, 2010

Haramkah duit sumbangan hasil dari sumber perjudian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
 Dalam kesibukan insan - insan dalam merencana hal ehwal ekonomi hingga ke hal ehwal sendiri sempat jua insan - insan ini diusik bak isu yang tetiba menjadi hangat. Entah dari mana isu itu timbul pun kita tak dapat pastikan. Tapi kita sebagai seorang insan yang dilahirkan dengan akal fikiran inilah yang sentiasa membezakan kita dengan makhluk lainnya ciptaan illahi. Dengan akal fikiran inilah yang membuatkan syaitan tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud pada Adam dan menjadi musuh utama anak - anak adam dalam melayari kehidupan di bumi Allah yang tersimpan seribu satu hikmah dan ujian.


Diri ini bukanlah insan yang terbaik dalam mengupas persoalan ini malah memberikan pandangan dengan pengetahuan yang cetek adalah sangat - sangat ditakuti akan memberi gambaran serta persepsi yang salah. Itulah musuh dalam selimut yang amat ditakuti dalam dunia evolusi tanpa sempadan. Disini disertakan 2 pandangan ilmuan islam yang saya petik dari soaljawab.wordpress.com. Semoga dengan petikan ini dapat membuka minda kita dalam melayari kehidupan dalam dunia yang serba mencabar ini. Insya allah.


Dari drmaza.com :
Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?
Mazlan, Pulau Pinang.


Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.


Dari ustaz zaharuddin :


Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.
DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.
2.   Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )
Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)
Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه – أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)
RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)


Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

-  http://soaljawab.wordpress.com -

Rooney out for three weeks with ankle complaint

Wayne Rooney will be out for three weeks with an ankle injury, after he agreed a new deal to stay at Manchester United.

Rooney was carried out of training on Tuesday as the storm over his future raged. And Sir Alex Ferguson has confirmed Rooney will now be out of action until the middle of next month.
Wayne Rooney picked up another knock to his ankle in training.
''Wayne will be out for three weeks,'' he told radio station Key103.
Significantly, the timescale would see him ruled out of the first Manchester derby of the season on November 10, while Rooney will also miss the Champions League return against Bursaspor a week earlier, next week's Carling Cup tie with Wolves, plus Premier League games against Stoke on Sunday, Tottenham and Wolves again when they visit Old Trafford on November 6.
Rooney has already sat out matches against Valencia and Sunderland prior to the international break amid confusion over his injury.
It was Rooney's claim that he was not suffering from an ankle problem - which completely contradicted the words of his manager - following England's draw with Montenegro 10 days ago.
But after he made a brief appearance against West Brom on Saturday, a training ground tackle from Paul Scholes has put him on the sidelines.

- http://www.soccernet.com -

Oct 22, 2010

Rooney is staying

Wayne Rooney has agreed a new five-year contract to stay at Manchester United until at least June 2015.

The agreement follows intensive discussions between the Club and the player’s representatives and means that by the end of his contract Wayne will have been a Manchester United player for 11 years.

Sir Alex Ferguson said: “It’s been a difficult week, but the intensity of the coverage is what we expect at Manchester United.  I said to the boy that the door is always open and I’m delighted Wayne has agreed to stay.

“Sometimes, when you’re in a club, it can be hard to realise just how big it is and it takes something like the events of the last few days to make you understand.  I think Wayne now understands what a great club Manchester United is.

“I’m pleased he has accepted the challenge to guide the younger players and establish himself as one of United’s great players. It shows character and belief in what we stand for.
“I’m sure everyone involved with the Club will now get behind Wayne and show him the support he needs to produce the performances we know he is capable of.”

Wayne Rooney said: “I’m delighted to sign another deal at United.  In the last couple of days, I’ve talked to the Manager and the owners and they’ve convinced me this is where I belong.  I said on Wednesday the Manager’s a genius and it’s his belief and support that have convinced me to stay

“I’m signing a new deal in the absolute belief that the management, coaching staff, board and owners are totally committed to making sure United maintains its proud winning history – which is the reason I joined the Club in the first place.

“I’m sure the fans over the last week have felt let down by what they’ve read and seen.  But my position was from concern over the future.  The fans have been brilliant with me since I arrived and it’s up to me through my performances to win them over again.”

- http://www.manutd.com -

'Join City and die': Angry mob of United fans gather outside Rooney's house to deliver chilling message to the under-fire star


  • Notorious hooligan crew gather outside striker's mansion as anger grows
  • The gang of more than 30 warn Rooney not to join bitter rivals Man City
  • The striker insists trophies, not money is reason behind decision to quit
  • Sources predict he will never play for the Manchester United again


A furious mob of Manchester United hooligans gathered outside Wayne Rooney's mansion last night to warn the striker not to join their bitter city rivals.


While Rooney, wife Coleen and baby son Kai were holed up inside more than 30 men - some covering their faces with balaclavas - massed outside waving a banner declaring 'Join City and die'.


The baying mob repeatedly buzzed the intercom of the £4.5million house and demanded the wantaway striker came out to face them.

     Sinister: Rooney was home when a mob of United fans turned up at his front gate
     ====================================================

Police were called at around 8.30pm and Manchester United also sent their own private security staff wearing stab vests in an attempt to defuse the flash point.

In action: Rooney joined United in 2004 from Everton


And last night ex-England manager Graham Taylor warned Rooney, 25 on Sunday, would need 'protection for the rest of his life' if he crossed Manchester and joined super-rich City.


The gang are thought to be from the notorious Men in Black hooligan crew who have previously targeted Rio Ferdinand when he stalled on contract negotiations and David Beckham after United were beaten in a European match.


A neighbour called the police after spotting the gang outside the house in the village of Prestbury, Cheshire.


A Manchester United source said: 'A few of them shouted at Rooney over his intercom. They were calling him names and saying, "If you leave Man United we're going to kill you".'


Cheshire Police confirmed an incident had occurred in the affluent village south east of Manchester, but refused to give further details.


A spokesman for the force said: 'Cheshire Police can confirm that a call was received from a resident in Prestbury regarding 20 to 30 people assembling outside their address.


 'Police attended the scene and the group dispersed peacefully. No offences were disclosed.' 

Protection: Police and security staff were called after the mob demanded Rooney came out to face them
 
Men in Black: The gang warned the striker not to join their bitter rivals Man City after he
demanded a transfer
 ========================================================

On Wednesday United's one-nil Champions League win over Turkish champions Bursaspor was a sideshow as the war of words raged on between Rooney and manager Sir Alex Ferguson. Yesterday Sir Alex and the club's chief executive, David Gill, met to decide their next move. In a statement the club said: 'We are aware that there is intense public and media interest on the club at the moment, but there are no developments of note to report," read an official club statement. 'We can confirm a number of meetings have taken place today, including with the player's representative. 'The outcome of those meetings will become clear in the near future. In the meantime, fans are asked to be patient.' Rooney dropped his bombshell transfer request just hours before the kick-off on Wednesday shocking fans in side Old Trafford. He claimed was leaving because the club were not prepared to invest in world-class players to win trophies.And he said he was 'surprised' by the version of events given by Sir Alex in his press conference on Tuesday

Rooney said: 'I met with David Gill (Man United chief executive) last week and he did not give me any of the assurances I was seeking about the future squad. Then I told him I would not be signing a new contract.' After the match Ferguson hit back saying his star will not find a better club. And commenting on the fact it was his 2,000th match in charge of United, he said: 'After the week I have had it feels more like my 10.000th game.' As star player and manager fought it out, another leading figure in the Rooney saga was enjoying the limelight. There seems to be no way back for Rooney with Manchester United and it seems certain he will leave in the January transfer window. His statement, released without the approval of the club, challenged Ferguson's authority. Ferguson - who pointed out he had won 30 trophies - believes Manchester United deserves better. Since Rooney moved to United from Everton six years ago he has won a European Cup, three Premier League titles, a world club championship and three League Cup. The player's statement said: 'I was interested to hear what Sir Alex had to say yesterday and surprised by some of it.

'It is absolutely true, as he said, that my agent and I have had a number of meetings with the club about a new contract. During those meetings in August I asked for assurances about the continued ability of the club to attract the top players in the world. 'I have never had anything but complete respect for MUFC. How could I not have done given its fantastic history and especially the last six years in which I have been lucky to play a part?' 'For me its all about winning trophies - as the club has always done under Sir Alex. Because of that I think the questions I was asking were justified. 'Despite recent difficulties, I know I will always owe Sir Alex Ferguson a huge debt. He is a great manager and mentor who has helped and supported me from the day he signed me from Everton when I was only 18. 'For Manchester United's sake I wish he could go on forever because he's a one off and a genius.' On Tuesday Ferguson questioned the striker's respect for the club.He said: 'I was in the office on August 14 when David Gill told me he’d had a call from (Rooney's) agent saying that Wayne wasn’t going to sign his contract. 'So then David came across to see me. He said he couldn’t believe it and neither could I.  'I was dumbfounded, I couldn’t understand it at all because only months before he’d said he was at the biggest club in the world and he wanted to stay for life. 'We just don’t know what’s changed the boy’s mind. David was shocked, I was shocked.

'I had a meeting with the boy and he reiterated what his agent had said. He wanted to go. I said to him, "Just remember one thing: respect this club. I don’t want any nonsense from you, respect your club". 'What we’re seeing now in the media is disappointing because we’ve done everything we can for Wayne Rooney, since the minute he’s come to the club. 'We’ve always been there as a harbour for him. Any time he’s been in trouble, the advice we’ve given him – I’ve even been prepared to give him financial advice, many times. 'But you do that for your players, not just Wayne Rooney. That’s Manchester United. This is a club which bases all its history and its tradition on the loyalty and trust between managers and players and the club. 'That goes back to the days of Sir Matt. That’s what it’s founded on. Wayne’s been a beneficiary of this help, just as Ryan Giggs, Paul Scholes and all the players have been. That’s what we’re there for.'  If he doesn't play for the club again meaning he could be paid £1million in wages for doing nothing before he is sold in January. But Ferguson left the door open slightly saying: 'There’s always an offer there for Manchester United to negotiate with a player. That’s still there.' Meanwhile a huge marquee was delivered to Rooney's home in preparation for a huge party on Sunday to celebrate his 25th birthday. It is not known if Sir Alex has accepted his invitation. 
 http://www.dailymail.co.uk/