Search Result

Feb 5, 2011

Butterfly Park, Melaka

Pertama kali saya dicadangkan untuk menikmati keindahan pelbagai bentuk dan warna rama - rama, teruja jua rasanya. Jom kita ke taman rama - rama, kata isteri saya. Banyak ke rama - rama kat situ? tanya saya padanya. Entahlah rasanya ada banyak bentuk dan warna rama - rama kat situ, bolehlah anak - anak tengok rama - rama yang cantik - cantik kat situ, Katanya lagi. Oleh kerana tak ada apa - apa program petang tu, saya dan keluarga bersama keluarga kakak ipar saya terus ke taman rama - rama yang dimaksudkan.
Tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 seorang bagi dewasa dan RM5.00 seorang bagi kanak - kanak atas 3 tahun. Saya ingat itu saja tiket yang dikenakan kat taman tu. Ada bawa kamera tak? tanya penjaga kaunter. Afa, kenapa yer? tanya saya pada penjaga kaunter tersebut. Kalau nak bawa masuk kamera encik kena bayar RM3.00 untuk satu kamera, Kata si penjaga kaunter tersebut. La kamera pun kena caj ke?, tanya saya. Ya encik, jawabnya kembali. Dengan hati yang berat saya gagahkan untuk membayar RM3.00 bagi tiket untuk kamera masuk melawat rama - rama. Dalam hati saya mengeluh, inilah pertama kali saya berhadapan dengan caj untuk membawa masuk kamera ke taman. Nasib baik kamera tu tak bernyawa, kalu tak mesti kena bayar lagi mahal rasanya, huhu. Nak buat macam mana, inilah dinamakan globalisasi, tanpa duit wujudlah sempadan. Dengan lain perkataan, globalisasi menjadikan duit sebagai sempadannya. Cuma ingatlah jangan biarkan duit beraja dihati nanti boleh memusnahkan diri sendiri. Jadikanlah iman penguasa hati yang sentiasa berserah kepada ALLAH s.w.t. Perasaan teruja mula bertukar kepada sedih kerana daripada keseluruhan taman rama - rama tersebut rasanya hanya 10% sahaja yang didiami oleh rama - rama yang lainnya adalah kawasan hidupan reptilia. Rama - rama yang banyak dapat dilihat adalah di muzium dan kedai cenderamata yang terletak di penghujung taman iaitu laluan untuk keluar dari taman tersebut. Baru saya sedar, rupa - rupanya rama - rama di Malaysia ini mungkin semakin pupus dek kerana insan - insan yang berakal sentiasa mengejar pembangunan bangunan yang tinggi - tinggi tanpa menjaga dan melindungi ekosistem flora dan fauna ciptaan ALLAH s.w.t.

No comments:

Post a Comment