Search Result

Apr 5, 2011

Ceritaku

Pemandangan pada ketinggian
29,000 batu nautica
Kali ini saya menghala ke Sarawak sekali lagi tapi bukan ibu negerinya. Saya bersama 2 orang rakan ke Sarawak untuk satu tugasan khas. Macam best je kan. Tak delah kami disini ada urusan untuk diselesaikan. Perjalanan menaiki kapal terbang ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 59 minit tidak termasuk check-in dan tunggu luggage. Masuk je dalam kapal terbang saya tengok dah ramai yang mengambil tempat duduk dan ada beberapa orang sedang beratur sambil menunggu penumpang yang hadapan memasukkan hand luggage ke tempat penyimpanan. Sekali imbas perasaan risau pun terbit dek kerana takut – takut tempat penyimpanan telah penuh. Kalau dah penuh macam mana nak letak bag yang saya galas ni, kata saya dalam hati. Sambil menunggu tu saya pun tinjau nombor tempat duduk saya dan tempat penyimpanan. Sampai je saya di tempat duduk saya pun cari ruang untuk memuatkan bag galas saya supaya saya tak lah kena letak bag kat tepi kaki. Kebetulan tempat duduk saya terletak di tepi tingkap dan ditengah – tengah antara tempat duduk saya dan rakan saya ada seorang lelaki yang telah dulu mengambil tempat duduknya. Saya pun minta untuk di memberikan ruang untuk saya masuk ke tempat duduk saya. Baru je saya duduk ditempat tersebut lelaki di sebelah saya pun menegur sambil online di mobile phone “saya je ker yang terasa panas atau tempat ini memang panas, katanya pada saya”. Memang panas, balas saya. Pramugari tadi beritahu yang aircon akan dipasang setelah kapal terbang ini berlepas, katanya lagi. Saya pun ambil buku di hadapan saya sambil menunggu kapal terbang tersebut berlepas. Sekali lagi lelaki tersebut menyapa saya, “inilah kali pertama saya naik kapal terbang merasa panas macam ni. Selalunya saya naik airasia tak panas macam ni, katanya lagi”. Saya pun mengiakan sahaja apa yang dibebelkannya kerana saya sendiri pun tak pasti akan perkara itu walaupun saya pernah menaiki pesawat airasia tapi saya tak perasan akan hal tersebut. Beberapa minit kemudian di pun membebel lagi pada saya, inilah kali pertama saya tengok orang berkipas dengan kertas dalam kapal terbang dan ini jugalah kali pertama saya tengok pramugari berpeluh kerana kepanasan, katanya lagi.
Kapal terbang hampir mendarat
Kapal terbang tersebut akhirnya berlepas dan aircon mula dipasang untuk memberi kesejukan dalam kapal terbang tersebut. Setelah habis membelek – belek majalah yang ada saya pun simpan kembali di hadapan tempat duduk. sambil menunggu makanan dihidangkan saya pun terlihat akhbar hari ini di hadapan tempat duduk lelaki tadi. Saya pun minta kebenaran untuk membaca akhbar tersebut. Ok, katanya ringkas. Setelah habis membelek – belek akhbar tersebut saya pun letakkan kembali pada tempat akhbar tersebut diambil. Seketika kemudian makanan pun sampai, apa lagi saya pun makan lah dengan gembiranya kerana masih tak makan tengahari la katakan. Setelah selesai makan pramugari yang hidangkan makan tadi mengutip kembali makanan yang dihidangkan kepada penumpang. Lelaki tadi kembali memulakan bicara, katanya dia berasal dari Negeri Sembilan. Orang putih ambil bahasa orang Negeri Sembilan tapi orang Negeri Sembilan tak heran pun, katanya dengan yakin. Terkejut dan pelik jugak la saya rasa bila dengar macam tu. Saya pun tanya dia kenapa plak kata macam tu? Yelah semua orang tak kiralah airport mana pun kalau keluar airport untuk balik ke rumah akan guna ape?, tanya dia pada saya. Guna teksilah, kata saya. Semua orang akan guna LIMO untuk balik ke rumah dan LIMO tu kalau rujuk kepada bahasa Negeri Sembilan adalah LIMA, katanya sambil tergelak. Saya pun mengangguk tanda faham. Kalau orang Negeri Sembilan bersembang akan gunakan perkataan – perkataan ini iaitu “engkaw, dior, jando dan sebagainya” kan so perfume yang famous pun guna perkataan orang Negeri Sembilan iaitu dior Jandos, katanya lagi dengan penuh semangat. Saya pun anggukkan kepala ada jugak la logiknya. Dah penat saya dengar bebelannya tu saya pun tinjau keluar dan Nampak macam cantik je awan dari atas. Saya pun ambil mobile phone saya dan ambil gambar – gambar yang saya rasa menarik beberapa keeping. Lelaki tadi pun menjengah ke tingkap juga dan sekali lagi membebel, kapal terbang ini dah lama dan uzur tengoklah sayap kapal terbang tu lebar dan besar kalau kapal terbang baru sayapnya lebih kecil dan tirus macam airbus yang airasia beli. Saya pun dalam terasa “annoying” mengangguk apa yang diperkatakan sebab saya bukannya pakar dalam hal kapal terbang ni. Kalau pasal ICT blehlah saya bagi pendapat. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di sini kata saya pada pegawai yang ditugaskan untuk mengambil kami di airport. Kami dibawa ke hotel yang telah ditempah dan saya terasa sangat lega kerana tidak perlu lagi mendengar bebelan lelaki kapal terbang itu lagi.
Pemandangan Dari Kapal Terbang
Salah Satu Bandaraya Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment