Search Result

Jan 29, 2011

Tips Kewangan #2

Apabila kita lihat kepada tajuk di atas pastinya kita semua akan terfikir ini mesti tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk mengajar kita cara dan dapatkan duit. Sebenarnya itu bukanlah tujuan sebenarnya tapi ianya adalah lebih kepada membuka minda kita untuk kita mula berfikir di luar kemampuan kita, kalu dalam ungkapan english nya adalah "Think Out Of the BOX". Sebenarnya tips kewangan bukanlah untuk memberikan panduan kepada kita macam mana nak kaya cepat tapi mengasah bakat kita untuk berfikir dan bersedia menjadi orang kaya. Ia jua merupakan satu batu asas untuk kita menjana lebih banyak keuntungan dengan peluang yang kita nampak. Seperti sebelum ini saya ada nyatakan terdapat 5 level utama untuk kita menjadi jutawan. Dengan tips kewangan yang saya berikan ini maka kita semua mungkin akan tersedar di mana level kita sebenarnya. Setelah kita mempunyai asas kewangan yang kukuh iaitu dapat membayar semua hutang dan juga dapat membuat simpanan bulanan secara tetap kita maka kita di kira berada dalam asas kewangan. Untuk kita ke aras seterusnya adalah apabila kita dapat atau telah mempunyai simpanan 6 kali gaji bulanan kita. Kalau kita dapat mencapai tahap tersebut maka kita telah dikira berada di aras kewangan yang selamat iaitu sekiranya apa - apa pun yang berlaku sekurang - kurangnya kita dapat survive selama 6 bulan. 


Yang terbaik adalah lebih kurang 2 tahun. Oleh itu, perkara yang teramat - amat penting untuk kita menjadi jutawan adalah simpanan. Seperti tips kewangan sebelum ini iaitu SIMPANAN. Kali ini juga saya ingin tekankan lagi tips kewangan kali ini juga adalah SIMPANAN. Kenapa saya nyatakan SIMPANAN sebagai tips kewangan pertama dan kedua?. Rakan - rakan akan ketahuinya pada tips kewangan yang seterusnya, insya allah. Nantikanlah tips seterusnya. Berikan lah komen,cadangan, pandangan dan juga nasihat untuk dikongsikan bersama.

No comments:

Post a Comment