Search Result

Mar 4, 2011

Mimpi

Hari ini saya dan rakan seperti biasa akan ke kedai untuk menikmati juadah pagi sebagai pelapik perut sebelum memasuki waktu rehat tengahari. Sambil makan kami akan berbual – bual dan bercerita tentang perkara – perkara yang terjadi pada hari sebelumnya. Ada seorang rakan saya membuka cerita tentang mimpi yang dialaminya sebelum ini. Diantara cerita – cerita mimpi yang kami perkatakan saya tertarik dengan satu mimpi yang dialami oleh salah seorang dari rakan saya, mimpinya jika diamati dengan penuh teliti rasanya bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Rakan saya itu bermimpi dia diikat dan dibelenggu dalam keadaan gelap sambil diiringi oleh seorang yang berjubah hitam melalui beberapa lubang yang berbentuk seperti kubang kerbau yang dipenuhi dengan api yang marak.
Didalam setiap lubang atau kubang tersebut juga dipenuhi dengan manusia. Secara tiba – tiba dirinya ditolak ke dalam kubang tersebut oleh orang yang berjubah hitam sehingga jatuh ke dalam kubang yang ada api marak tersebut tetapi katanya dia tidak merasa panas atau melecur dengan bakaran api tersebut. Mimpi tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terungkai oleh kami. Adakah mimpi tersebut sebagai perantara dalam menyampaikan pesan oleh yang maha esa atau ianya adalah mainan syaitan? Rasanya mungkin kita semua pernah dengar “mimpi tu mainan tidur” kan?. Saya pernah baca satu buku berkaitan tafsir mimpi tapi sentiasa mengingatkan diri yang semua itu tidak boleh mempengaruhi diri dalam mengharungi kehidupan seharian. Cuma yang penting kita kena percaya kepada perkara - perkara ghaib yang mana ia adalah salah satu daripada rukun iman. Oleh yang demikian, apa yang kita alami dan mimpi itu jadikanlah sebagai panduan dan pemangkin kepada pembinaan iman yang lebih teguh dan utuh dalam menghadapi kehidupan duniawi yang penuh duri – duri bak duri durian yang akan melukakan kita andai terkena walaupun sedikit.

6 comments:

  1. Kadang kala dalam hidup ini kita sering alpha dan terlupa hal dunia yang kekal abadi..Allah sayangkan kepada makluk ciptaan-Nya yang bernama MANUSIA walaupun ada antaranya yang angkuh dan sombong....namun DIA Maha Penyanyang....yang mungkin menyapa kita agar kembali khusyuk dijalan-Nya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu .....kita sering mengejar hal duniawi sampai ke kadang tertinggal hal - hal akhirat. Kejarlah dunia bagai kita akan hidup seribu tahun dan kejarlah akhirat bagai kita akan mati esok hari. Seimbangkan keduanya, insya allah selama dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. kekadang kita terlupa kerana terlalu asyik dengan bisikan syaitan yang menabur dan mewarnai kehidupan yang cukup indah...bagaikan musafir berada dipadang pasir yang dahagakan air sehinggakan seluruh kelopak matanya hanya menampak air dihadapan, kiri dan kanannya..tetapi pada hakikatnya itu hanyalah ilusi semata2..yang akhirnya rebah menyembah bumi akhirnyaaaa...pulang jua kepangkuan-Nya..

    ReplyDelete
  4. sangat dalam maksudnya .....sungguh menusuk kalbu dan boleh membuka minda dalam memuhasabah diri melihat kelemahan yang ada....hanya permata yang mengenal manikam ....

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita mencari keredhaan-Nya..Ya Allah janganlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau memberi petunjuk kepada kami dan tetap dan teguhkanlah hati kami di jalan-Mu....amin...

    ReplyDelete
  6. amin ....semoga tinggalan kita dapat dimanfaatkan oleh umat sejagat......

    ReplyDelete