Search Result

May 7, 2011

Selamat Hari Ibu@Happy Mother's Day

Pagi - pagi saya dah bergegas ke shah alam untuk menghadiri mesyuarat. Setiba saja saya di sana, saya nampak ramai sangat orang yang telahpun tiba. Sambil perlahan - lahan kenderaan saya melewati setiap sudut jalan untuk mencari ruangan parkir supaya saya dapat meletakkan kenderaan. Akhirnya dapat jua saya meletakkan kenderaan di sisi jalan yang kosong dan tidak menghalang lalulintas. Selesai saya mengunci kenderaan, saya pun terus ke perkarangan bangunan untuk mencari dewan mesyuarat. Setelah tamat mesyuarat saya pun terus keluar dari dewan dan menuju ke parkir kenderaan. Sebelum tiba ke parkir kenderaan, saya terlihat sekumpulan orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tengah - tengah antara mereka. Keinginan saya untuk mengetahu apa yang mereka kerumini tu saya pun mempercepatkan langkah saya.
sesampai saja ditempat tersebut saya lihat ada seorang lelaki sedang meniarap di atas jalan. Kenapa dengan abang tu?, tanya saya pada pakcik yang berada di sebelah. Mungkin pitam kot katanya tanda mengagak dan menunjukkan dia juga baru sampai disitu. saya pun merapati lagi kumpulan tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi lelaki yang meniarap di jalan. Ketika itu juga saya terdengar siren ambulan yang bergegar ke tempat tersebut. Ambulan yang sampai di situ terus mengeluarkan papan pengusung untuk mengangkat lelaki yang masih meniarap di jalan. Dalam kesibukan orang ramai membantu petugas ambulan saya bertanya abang yang berada di sebelah saya. Kenapa dengan abang tu?, tanya saya. Tadi dia reverse kereta lepas tu terlanggar motosikal di belakang kereta, dia pun keluar dari kereta untuk mengangkat motosikal yang jatuh tadi. Malangnya baru je dia angkat motosikal tersebut terus dia jatuh tertiarap dan tidak boleh bergerak. Rasanya mungkin semasa dia cuba mengangkat motosikal tersebut, ada otot@uratnya yang tersalah dan menyebabkannya tidak dapat bergerak, cerita abang sebelah saya dengan panjang lebar. Saya pun melihat kereta yang dimaksudkannya. Saya ingat dia seorang sahaja, rupa - rupanya dia membawa 2 orang anak lelaki yang berumur lebih kurang 3 - 4 tahun. Terdetik di dalam hati macam mana lah perasaan anak - anak ini bila melihat ayah mereka terlantar sebegitu di depan mata. Orang ramai yang berada disitu mula bertanya sapa yang akan ikut lelaki tersebut bersama ambulan. Saya, kata satu suara yang kedengaran sebak sedikit, dia adalah ibu kepada lelaki tersebut. Seketika kemudian terdengarlah suara tangisan anak - anak lelaki tersebut kerana ditinggalkan ayahnya. Atuk kepada anak - anak tersebut cuba menenangkan mereka dan dalam hati saya terasa lega kerana ada juga orang yang boleh tengok@jaga anak - anak tersebut. Bayangkanlah kalu lelaki tersebut hanya datang dengan anak - anaknya sapalah yang akan jaga anak - anak tersebut. Setelah keadaan semakin baik disitu saya pun teruskan perjalanan ke parkir untuk mengambil kenderaan saya. Dalam perjalanan saya mendengar radio dan terdengarlah banyak kiriman ucapan "Happy Mother's Day" yang ke udara. Rupanya dah sampai sambutan hari ibu. Teringat saya pada ibu saya di kampung yang dah lama saya tak balik melawat mereka cuma suara yang selalu saya dengar. Teringin sangat untuk saya pulang ke kampung rasanya. Janganlah abaikan ibu dan bapa selagi mereka masih ada di dunia ini. Sesibuk mana pun kita di perantauan, ingatlah ibu di kampung sentiasa menanti kepulangan kita di muka pintu. Hargailah setiap detik bersama mereka kerana kesunyian akan menyelubungi diri andai mereka sudah tiada. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu"@"Happy Mother's Day" walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu tapi dengan adanya sambutan ini sedikit sebanyak kita akan lebih menghargai dan akan terasa ianya lebih istimewa dari hari - hari biasa. Jasamu tidak terbalas dengan wang ringgit hanya kasih sayang yang tulus ikhlas sebagai penyejuk hati.

No comments:

Post a Comment