Search Result

Mar 24, 2011

SPM 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua insan yang memperolehi keputusan baik dan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2010. Bagi insan yang tidak mendapat keputusan yang baik atau agak kurang memuaskan janganlah terasa rendah diri atau hilang semangat kerana itu semua bukanlah penamat bagi segalanya. Kecemerlangan dalam akademik hanyalah sebagai pemangkin kepada pembentukan diri dan ianya tidak menjamin dalam melakar kecemerlangan diri dalam kehidupan harian. Kegagalan pula bukanlah tanda negatif dalam pembentukan atau lakaran hidup hari mendatang. Dengan kegagalan inilah selalunya yang boleh mencetuskan anjakan dalam bagi menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dalam segala hal. Saya juga pernah melalui kegagalan dan saya pasti setiap insan yang bernama manusia akan tetap merasai kegagalan sekurangnya sekali dalam hidup ini kerana kita semua bukan insan yang dicipta untuk berjaya tetapi kita dicipta untuk membina kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri. Tidak semua orang akan sentiasa berada diatas dan tidak semua orang akan sentiasa berada dibawah. Akan ada satu masa kita perlu berada dibawah bagi memperingati diri akan kebesaran ALLAH s.w.t. Tetaplah berusaha dan terus berusaha dalam meniti kejayaan yang pasti akan datang menyapa sesiapa yang memintanya. Apa - apa pun percayalah pintu kejayaan tidak akan tertutup bagi yang berusaha dan ianya tidak akan selalu terbuka bagi yang lalai menghargainya. Tahniah dan sekalung syabas dihulur kepada yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada segalanya, hanyalah satu permulaan kepada erti sebuah kehidupan yang sebenar. Selamat tinggal SPM 2010.

No comments:

Post a Comment