Search Result

Jan 20, 2011

Web Banner

Maksud ?

Web banner atau juga dikenali sebagai banner ad adalah salah satu cara atau medium pengiklanan di alam cyber(WWW). Tujuan utama web banner adalah untuk menarik trafik ke laman seseorang dengan cara klik pada banner tersebut. Terdapat pelbagai cara yang dibuat untuk tujuan itu seperti imej (GIF, JPEG,PNG), dalam bentuk Javascript dan juga program – program multimedia seperti (Java, Shockwave, flash dan sebagainya). Untuk memberikan tarikan yang lebih banyak terhadap iklan yang dipaparkan selalunya akan dimasukkan jua animasi, bunyi – bunyian, video dan sebagainya. Web banner selalunya akan digunakan oleh seseorang untuk mempromosikan barangan kepada pelanggan. Secara konsep, ianya adalah sama seperti pengiklanan secara tradisional iaitu untuk memperkenal dan mempromosikan barangan bagi produk baru dan juga mengwar – warkan sesuatu promosi seperti diskaun dan sebagainya kepada pelanggan bagi produk yang sedia ada.

Kelebihan ?

Kelebihan Web banner adalah lebih murah dan semakin diminati kerana alam maya telah menjadi satu medium yang sangat berkuasa dan sangat penting masakini. Kita akan merasa terpinggir sekiranya tidak mempunyai capaian internet di rumah atau di pejabat. Inilah dikatakan dunia tanpa sempadan. Bayangkan dengan ada web banner anda di internet dan pasaran yang akan diperolehi bukan hanya di Malaysia malah boleh merentasi segala lautan yang ada dunia ini. Kecanggihan ini yang perlu digunakan oleh semua usahawan – usahawan yang bercita – cita besar untuk memperkenalkan produk ke pasaran antarabangsa.

Kelemahan ?

Web banner ini kadang – kadang bagi sesetengah pengguna ianya bagaikan mengganggu kandungan asal laman dan juga boleh merugikan “bandwidth” laman tersebut. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk menarik pelanggan.

Kesimpulannya

Web banner adalah satu medium yang baik untuk memastikan produk yang dikeluarkan mendapat liputan seluruh dunia tetapi ianya akan menjadi gangguan kepada para pengguna sekiranya terlalu banyak web banner diletakkan di dalam laman utama hingga boleh menjejaskan kandungan asal laman tersebut. Apa –apa pun segalanya perlu dilakukan secara profesional dan kena pada tempatnya.

No comments:

Post a Comment