Search Result

Feb 14, 2011

Simposium Dilema Melayu

"Simposium Dilema Melayu" yang berlangsung di PWTC pada 12 Feb 2011, banyak membicarakan berkaitan masalah orang melayu masa kini yang bagaikan menumpang ditanah sendiri. Berikut adalah artikel yang dipetik dari utusan malaysia

"KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan. Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. ''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan"

Sekiranya kita mendalami apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri kita ini, maka kita akan sangat - sangat merasai. Kenapa hingga ke tahap itu diri kita ini. Kenapa keadaan ini berlaku? adakah ini semua adalah warisan generasi yang memperjuangkan kemerdekaan atau kesan daripada ketamakan kita pada pembangunan hingga lupa pada agenda melayu itu sendiri. Marilah kita sama - sama berfikir secara mendalam dan memahami setiap intipati ucapan daripada bekas PM kita agar kita tidak lagi menjadi "Melayu Mudah Lupa".

No comments:

Post a Comment