Search Result

Oct 30, 2010

Murabbi Cinta

Anak - anak muda sering dikatakan sangat cetek dan sering jua orang yang berasa diri telah tua mengatakan "kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga". Ada jua ungkapan yang mengatakan "sape yang makan garam dulu". Semuanya terarah kepada anak muda yang sering mendesak dalam melakukan sesuatu. Itulah nilai seorang anak muda dan jua nilai seorang tua. Kedua - duanya mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Janganlah memandang kelebihan usia memantapkan pengalaman tetapi jadikanlah kelebihan usia sebagai pemangkin untuk mendidik anak - anak muda. Jangan dibiarkan keegoan diri meruntun semangat anak muda yang sering dahagakan pengajaran, pengalaman malah bimbingan yang menjurus kepada jalan ALLAH s.w.t. Itulah antara intipati yang boleh diperolehi dalam cara yang mudah untuk difahami dan dapat membuka minda tak mengira usia samada tua mahupun muda. Begitulah besarnya pengalaman yang tidak mungkin dapat digarap oleh insan yang tidak melaluinya dengan penuh berhemah. Amat rugilah sekiranya pengalaman yang diperolehi disimpan bagai boleh runtuh dunia ini andai diberikan kepada insan yang memerlukannya. Harga sebuah pengalaman amat besar nilainya jika dilimpahkah ke tempat yang sepatutnya. Hayatilah bait - bait yang didedahkan didalam sebuah buku yang dapat meningkatkan jatidiri dalam melayari kehidupan yang belum tentu pengakhirannya.

No comments:

Post a Comment