Search Result

Feb 27, 2011

Adobe : #3

Seperti yang dijanjikan saya baru berpeluang untuk menjawab kepada komen yang diberikan berkenaan post saya iaitu Adobe#2. Disini saya berikanlah cara - cara yang saya buat untuk menjadikan gambar yang pudar kepada yang lebih hidup dan menarik. Komen yang saya maksudkan adalah seperti dibawah :-



Gambar asal adalah seperti dibawah : -

Gambar Asal
yang akhirnya akan menjadi seperti dibawah : -
Gambar yang telah diedit
Bagi yang dah mahir dengan adobe mungkin akan merasakan ianya sangat simple tapi bagi sesiapa yang baru nak berjinak - jinak dengan adobe mungkin akan dapat menjadikan ini sebagai ilmu tambahan. Apa - apa pun saya cuma berharap agar komen yang telah diberikan telah terjawab dengan baik. Insya allah.

Step #1 : Pilih gambar tangkapan anda yang agak pudar.
Step #2 : Buka gambar yang dipilih itu menggunakan perisian adobe.
Step #3 : Duplicatekan gambar tersebut dengan menekan ctrl + J atau memilih menu layer -> duplicate layer seperti gambar dibawah : -
berikan nama bagi layer tersebut untuk memudahkan anda menguruskan gambar tersebut. Duplicate ini adalah untuk memelihara gambar asal. 
Step #4: Seterusnya pilih menu layer -> New Adjustment Layer -> Level seperti gambar dibawah : -
menu level akan dipaparkan seperti gambar dibawah : -
Step #5 : Ubah input level mengikut tahap yang bersesuaian dan seterusnya tekan butang OK. 

Anda akan dapati gambar yang pada mulanya pudar akan kelihatan lebih hidup dan menarik. Itu sahajalah serba sedikit cara - cara mengedit gambar dengan menggunakan perisian adobe. So, selamat mencuba.

2 comments:

  1. Salam sejahtera, terima kasih diatas suggestion yang diberikan. Memang terdapat banyak cara untuk melakukan teknik ini. Harapan agar saudara dapat memberikan tunjuk ajar dalam meningkatkan pengetahuan kita bersama.

    ReplyDelete