Search Result

May 30, 2011

Pengurusan Masa

Seketika kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak dan sangat kerap kita merasakan masa yang bergerak sangat pantas bergerak. Saya terasa 24 jam setiap hari tidak cukup untuk melaksanakan kerja dan juga perkara yang kita minati. Kenapa sering kali kita terasa masa sangat cepat bergerak? Saya sering tertanya - tanya akan perkara ini tapi sampai sekarang ia masih menjadi persoalan yang tidak dapat dileraikan. Kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak sekiranya kita menantikan sesuatu dan sering melihat jam bergerak. mungkinkah kerana kita jarang menghargai masa maka kita sering merasakan masa itu sangat cepat bergerak. Sekiranya kita menghargai masa pasti kita akan merasa masa sentiasa cukup untuk kita mengharungi perjalanan harian kita. "Demi MASA sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali sesiapa yang beriman". Sekiranya kita menghayatinya dengan penuh tawadduk dan istiqamah pasti kita sentiasa merasai akan keindahan dan nikmat MASA itu dalam liku -liku perjalanan yang penuh mencabar. Fahami dan rasailah masa awal pagi sesudah subuh untuk merasakan masa yang panjang walaupun hanya sekadar 1 jam. Segalanya terletak pada diri untuk menikmati hidangan ilahi dari sekecil - kecil perkara hingga yang tak terjangkau oleh kita. Kita insan biasa yang mewarisi agama islam dari ibubapa kita sepatutnya membuka mata dan merasa takut dengan warisan tersebut kerana ianya adalah detiknya kita lupa untuk mendalami ilmu agama islam yang kita warisi itu kerana kita terasa selesa dan terlindung dengan agama warisan kita itu. Percayalah bahawa "saudara baru" adalah lebih beruntung dari kita kerana berpeluang mendalami agama islam dan dapat melihat akan kelebihan serta keindahan yang ada di dalam islam. Alasan yang sering diberikan adalah tidak cukup masa untuk mendalaminya dan memberikan penghayatan yang padu bagi meningkatkan ilmu agama islam. Inilah kerugian kita dari setiap jam berdetik sehingga kita di sembahyangkan. Oleh itu hargailah MASA dan gunakanlah MASA sebaiknya serta jangan biarkan MASA sengkang kita merosakkan kita dalam diam.

May 11, 2011

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman


Mother knows best!” itulah slogannya.
Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.
Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.
“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.
“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

May 7, 2011

Selamat Hari Ibu@Happy Mother's Day

Pagi - pagi saya dah bergegas ke shah alam untuk menghadiri mesyuarat. Setiba saja saya di sana, saya nampak ramai sangat orang yang telahpun tiba. Sambil perlahan - lahan kenderaan saya melewati setiap sudut jalan untuk mencari ruangan parkir supaya saya dapat meletakkan kenderaan. Akhirnya dapat jua saya meletakkan kenderaan di sisi jalan yang kosong dan tidak menghalang lalulintas. Selesai saya mengunci kenderaan, saya pun terus ke perkarangan bangunan untuk mencari dewan mesyuarat. Setelah tamat mesyuarat saya pun terus keluar dari dewan dan menuju ke parkir kenderaan. Sebelum tiba ke parkir kenderaan, saya terlihat sekumpulan orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tengah - tengah antara mereka. Keinginan saya untuk mengetahu apa yang mereka kerumini tu saya pun mempercepatkan langkah saya.