Search Result

Feb 1, 2011

Pemimpin

Memilih pemimpin negara adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan berat dan menjadi pemimpin negara juga merupakan satu tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai pemilih pemimpin, kita perlu melantik seorang insan sangat - sangat murni budi pekertinya disamping bertanggungjawab dan mempunyai ciri - ciri pemimpin serta yang paling - paling penting sekali adalah beriman kepada ALLAH s.w.t. Sebagai pemimpin pula, dia perlulah bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan dan sentiasa bermusyawarah dalam melaksanakan sesuatu perkara, tidak mudah dibayangi oleh hasutan luar dan berpendirian tegas demi menegakkan agama ISLAM. 


Kalau kita suka menonton filem - filem hasil buah tangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pastinya kita terkenankan dialog ini "Raja Adil, Raja di sembah, Raja zalim, Raja di sanggah". Begitulah rasanya bunyi dialog tersebut. Tapi apa yang nak di ketengahkan adalah setiap pemimpin hendaklah sentiasa berlaku adil untuk sentiasa mendapat tempat di hati rakyat. Sekiranya pemimpin tersebut di sanjung sampai ke mati pun dia tetap menjadi sanjungan umum. Andai pemimpin bersikap zalim dan tidak adil maka sampai ke matilah dia akan di kutuk. Bukan setakat dia yang menerima kutukan tersebut malah tempiasnya juga akan terkena pada keluarga dan keturunannya. Kerana setiap peristiwa adalah satu sejarah. Kita dapat lihat bagaimana reaksi rakyat yang akan bangkit melawan pemimpin yang tidak disukainya. Contoh yang paling hangat pada masa ini adalah kebangkitan rakyat mesir yang menuntut pemimpinnya untuk berundur kerana tidak tahan berada dibawah pemerintahannya. Mengapa semua ini terjadi dan adakah perkara ini tidak akan terjadi di negara lain?. Kebangkitan rakyat sememangnya boleh berlaku dimana - mana malah di negara kita juga boleh berlaku perkara sedemikian rupa. Sebagai pemimpin beringatlah bahawa kekuasaan akan hilang bila - bila masa saja. Andai berlaku adil kita akan dikenang sampai bila - bila dan kita sentiasa menjadi idola kepada golongan akan datang. Fahamilah apa yang berlaku di Mesir sekarang ini dan dalamilah kesan - kesan dan hayatilah sebab - sebab berlakunya peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment