Search Result

Mar 3, 2011

Hobi


Clown Fish & Anemone
 Setiap orang pasti mempunyai kecendurungan atau hobi yang tersendiri kan. Ada yang suka kumpul setem, ada yang suka kumpul duit lama, ada juga yang suka bela ikan, ada yang suka pancing ikan dan bermacam - macam lagi hobi yang terlalu banyak untuk disenaraikan disini. Teringat saya sewaktu kecil - kecil dulu saya suka sangat mengumpul setem. Setiap surat yang sampai di depan rumah saya akan saya periksa dulu setem yang digunakan sama ada saya dah ada atau belum. Sekiranya setem tu tiada dalam dalam simpanan saya, saya akan koyak setem tersebut hingga kekadang tu sampai saya di marahi oleh si pemunya surat tersebut. Rasa - rasanya ramai juga yang mempunyai hobi sama macam saya kan? Saya juga suka memasuki peraduan yang ada di akhbar tempatan. Antara peraduan yang pernah saya sertai adalah teka sepak takraw, MAMEE dan Piala Thomas.
Anemone
Daripada peraduan itu, dua daripadanya membuahkan hasil tetapi hanya satu yang tidak pernah saya lupai iaitu peraduan Piala Thomas. Tahu tak hadiah aper yang saya dapat? Betul mestilah raket badminton dan yang lebih manis adalah Malaysia dapat menjulang Piala Thomas pada ketika itu. Setiap hobi yang kita suka merupakan satu penyegar kepada diri kita kerana dengan hobi itulah kita selalunya mendapat ketenangan dan kekadang tu boleh memberi kita ilham bagi kita melayari liku - liku kehidupan yang sangat mencabar dan berduri.

2 comments:

  1. saya pun ada hobi bela ikan jugak..tapi fresh water jer...mlm2 layan ikan..pastu tidor..

    ReplyDelete
  2. bagus la macam tu, nanti bleh la turunkan ilmu skit pasal selok - belok penjagaan ikan (fresh water).....

    ReplyDelete