Search Result

Nov 23, 2009

Mukaddimah insan ........

Salam sejahtera,

Kali pertama blog ini dicreate adalah sebagai pengisi masa lapang yang diharap dapat memberikan sedikit informasi kepada para blogger berkaitan apa - apa sahaja yang dapat dikongsi dalam dunia tanpa sempadan ini tetapi hajat yang menggunung bagaikan tidak kesampaian kerana terdapat komitmen tambahan dalam melayari perjalanan kehidupan yang penuh berliku ............andai masa dapat dipusing akan ku pusingkan masa tersebut biar diri ini sentiasa menjadi kanak - kanak yang tak perlu berfikir dan memikirkan apa - apa ......sebaliknya sentiasa ceria dan gembira sahaja ...........alangkah indahnya dunia ini sekiranya tidak diuji ..........masakan itu boleh berlaku kerana lahirnya kita kedunia ini adalah untuk diuji .......kita yang terjadi daripada setitik air yang jernih yang sangat suci dan bercantum sehingga berjaya menjadi seorang bayi ...............alangkah bertuahnya kita kerana dipilih untuk menghadapi ujian yang maha esa. semoga perjalanan hidup ini dapat diteruskan dengan tahap - tahap yang terjangkau oleh diri........andai beratnya ujian yang mendatang maka tinggi lah tahap kita disisi yang maha esa .....biar diri ini dipandang rendah oleh insan lain tapi jangan terhina dipandangan illahi ......tetapkan iman dan teguhkan pegangan dengan mengikut tinggalan nabi iaitu al-quran dan as -sunnah.