Daripada carian yang dilakukan didapati banyak yang boleh diambil sebagai renungan bersama dan tergantung kepada diri sendiri untuk menilainya. Perkara asal yang perlu kita fahami adalah sekiranya banyak pendapat yang mengatakan 2 pendapat berlainan dalam satu perkara dan setiapnya mempunyai hujah – hujah yang jelas maka kita sebagai insan biasa yang sentiasa lalai dalam mengerjakan amal makruf dan tidak terketinggalan dalam membenarkan perkara mungkar hendaklah mengambil jalan tengah iaitu “hindarilah dari perkara yang was – was” yang mana sekiranya ditinggalkan pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya. Itulah pendirian yang sentiasa dijadikan pedoman hidup kerana kita semua diberi akal untuk berfikir dan dalam islam perkara yang penting adalah“jangan berfikir mengikut logik akal” kerana tersesat tanpa diduga. Renung – renung dan kupas – kupaskanlah dengan mata hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan allah s.w.t. Berikut adalah maklumat yang saya perolehi dari “pakcik google” :-
1. Surat pengharaman tarian poco – poco dari Jabatan Mufti Negeri Perak;
2. Artikel daripada http://wanmus.com/tarian-poco-poco-haram.html
"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.
kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."
No comments:
Post a Comment