Search Result

Mar 11, 2011

Kemalangan, saman dan ....

 Hari ini sekali lagi saya dihidangkan dengan santapan mata yang amat tidak diingini oleh semua insan yang lahir ke dunia. Satu kemalangan antara kereta dan motosikal berlaku betul – betul di depan mata saya. Motosikal yang ditunggang seorang diri di jalan yang lurus tiba – tiba dipaksa melanggar kereta yang ingin memasuki simpang.  Adakah salah si penunggang motosikal yang menunggang dijalan yang lurus atau si pemandu kereta yang tidak tahu untuk bersabar untuk memasuki simpang? Sama  – samalah kita fikirkan secara rasional tanpa menggunakan emosi sebagai asas pemikiran yang akan menjadi kurang waras untuk menilai situasi. Beberapa kali saya dihidangkan dengan peristiwa yang bagaikan lumrah bagi insan di jalanraya. Sekiranya kita prihatin dalam melihat statistik kemalangan jalanraya rasanya sudah tentu rakan – rakan sekalian dapat melihat hampir lebih kurang 1 – 2 kemalangan pasti akan berlaku tanpa mengira kerosakan dan ianya akan bertambah apabila datangnya curahan air dari langit. Pernah x kita terfikir kenapa perkara ini berlaku?


Sebaik mana pun rakyat Malaysia dan sealim mana sekalipun rakyat Malaysia bila pegang sahaja stereng pasti bagai dirasuk untuk memandu samada laju, tidak mengikut peraturan atau secara merbahaya. Adakah kurikulum pembelajaran memandu kenderaan yang harus dipersalahkan atau penguatkuasaan yang lemah perlu ng ditegur atau tekanan pekerjaan harian yang sentiasa mahukan kepantasan atau mungkinkah struktur jalanraya di Malaysia yang kurang selamat atau terdapat unsur – unsur lain yang tidak terlihat oleh mata kasar? Kurikulum pemanduan bagi saya hanya sebagai asas dalam melengkapkan diri pemandu untuk memandu secara cekap. Tempoh 8 – 10 jam belajar memandu bukanlah satu jangka masa yang lama untuk memahirkan seseorang untuk mengawal kenderaan. Sedangkan belajar di sekolah pun kita ambil masa lebih kurang 1 tahun bagi setiap darjah atau tingkatan. Penguatkuasaan yang lemah juga bukanlah alasan kepada penyumbang kepada peningkatan kemalangan. Andai ia sebagai penyebab kemalangan kenapa sewaktu hari hujan yang membuatkan pemandu berhati – hati mengawal kenderaan mereka lebih banyak berlaku kemalangan dari hari tanpa hujan. Saya pernah menyaksikan dan mengira jumlah kemalangan yang berlaku sewaktu hujan turun, sepanjang lebih kurang 25km sebanyak 4 kemalangan yang berlaku yang mana ianya melibatkan tidak kurang dari 3 kenderaan dalam satu – satu kejadian. Adakah ini kerana lemahnya penguatkuasaan trafik? Akhir – akhir ini ramai yang menghela nafas panjang kerana terpaksa membayar saman yang berjela – jela panjangnya. Adakah ini menandakan penguatkuasaan yang lemah? Oleh kerana ingin menggalakkan pesalah lalulintas untuk membayar saman maka kerajaan telah mengumumkan potongan 50% kepada jumlah saman yang perlu dibayar oleh pesalah – pesalah ini. 


Saman yang dikeluarkan adalah dengan harapan dapat mendidik pengguna jalanraya untuk mematuhi peraturan jalanraya tapi bila potongan diberikan adakah ini menjadi salah satu daripada pembelajaran yang diberikan? sama – samalah kita fikirkan baik buruk sesuatu perkara dan perlu menunding jari menyalahkan sesiapa dengan pelbagai alasan yang kekadang tu tidak terfikir langsung oleh pemikiran yang rasional alasan sedemikian yang diberikan. Badan penguatkuasa juga perlu lebih prihatin dalam mengenakan saman, janganlah saman dikenakan pada tahun 2000 tapi tarikh surat yang sampai ke orang yang kena saman pada tahun 2008, ini juga menimbulkan ketidakpuasan hati pesalah tersebut. Macam mana nak puashati kalau selepas 8 tahun baru dapat surat mengatakan diri bersalah. Sedangkan mengikut undang – undang dalam tempoh tertentu si pesalah perlu mengemukakan butiran diri di balai polis berdekatan. Sekiranya ini tidak dilakukan maka akan dikategorikan sebagai melakukan kesalahan kerana ingkar notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini boleh menyebabkan tuan sebagai pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan disenarai hitam oleh JPJ. Maklumat lanjut berkaitan saman ekor yang merupakan penyumbang terbesar dalam kesalahan lalulintas di laman web JPJ http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=94:soalan-lazim-saman-ekor&catid=20:penguatkuasaan&Itemid=45&lang=ms . Apa – apa pun setiap perkara yang dilaksanakan pasti ada baik dan buruknya. Ianya tergantung kepada diri sendir dalam membuat penilaian samada ingin mengambil sebagai positif atau negatif. Tepuk dada Tanya selera. Peraturan yang manusia buat pasti dicabuli oleh manusia sendiri dan yang kekal hanyalah peraturan ciptaan ALLAH s.w.t.

No comments:

Post a Comment