Search Result

Jun 18, 2011

Ceritaku

Hari saya sangat bertuah kerana terdetik dihati saya untuk mengerjakan solat asar berjemaah di surau. Kebiasaannya kita selalu dihadapkan dengan kuliah subuh atau kuliah maghrib tapi kali ini saya dihidangkan dengan kuliah asar yang ringkas tapi padat. Imam tersebut berkongsi ilmu yang sangat bernilai untuk dihayati bersama. Kisah yang diketengahkan adalah daripada kisah nabi khiddir kalu tak silap sayalah. Ianya mengisahkan 3 orang sahabat yang disuruh oleh nabi khiddir untuk memasuki sebuah gua. Sahabat pertama memasuki gua yang gelap gelita dan tertanya -tanya kenapalah nabi munyuruhnya memasuki gua tersebut. Dalam merentasi kegelapan gua tersebut, dia terlanggar seketul batu dan terdetik didalam hatinya "inilah yang mungkin disuruh oleh nabi merentasi gua ini". Tanpa berlengah dia pun mengambil batu tersebut satu demi satu tapi masih banyak untuk dikutip.


Demi untuk cuba mengutip seberapa banyak yang boleh dia pun membuka baju bagi mengisi batu - batu yang telah dikutip tadi hingga penuh dan seterusnya dia pun keluar dengan batu yang sangat banyak dibawanya. Setibanya dia diluar, nabi pun bertanya apakah yang kamu perolehi? katanya inilah yang saya perolehi dari dalam gua tersebut sambil meletakkan batu yang berada didalam bajunya. Wah, batu yang dirasakan oleh beliau rupanya adalah permata dan terdetik dihatinya kalu inilah yang diperolehi seluarpun nak dibukanya untuk penuhkan dengan batu - batu tadi. Sahabat kedua pula memasuki gua sambil mencari apa yang dimaksudkan oleh nabi khiddir. Sambil tertanya - tanya sendirian dia terlanggar seketul batu yang besar dan terdetik di dalam hatinya inilah mungkin yang dimaksudkan oleh nabi. Dia tidak seperti sahabat pertama tadi, dia hanya mengambil sedikit sahaja untuk dimasukkan kedalam poket seluarnya kemudian terus keluar dari gua tersebut. Tibalah giliran sahabat yang ketiga untuk memasuki gua tersebut. Sahabat ini juga masuk dalam keadaan tertanya - tanya seperti dua sahabat yang lain. Sambil berjalan dia terlanggar batu yang besar tapi tidak diendahkan olehnya. Beberapa kali dia terlanggar batu yang besar dan juga kecil tapi tidak diendahkan olehnya hingga dia keluar dengan tangan kosong. 


Pengajaran yang dapat kita kaitkan dalam cerita tersebut adalah, kita sebagai insan yang belum tahu apa yang akan kita peroleh di hujung atau di alam akhirat hendaklah berusaha bersungguh - sungguh melaksanakan segala yang disuruh oleh allah s.w.t tanpa mengira keadaan dan masa. Solat 5 waktu sehari semalam hanya sebagai modal dan keuntungan yang diperolehi adalah perkara - perkara sunat yang kita laksanakan tanpa mengira penat dan lelah seperti solat sunat, puasa sunat dan segala perkara yang disunatkan oleh kita. Kita sebenarnya bertuah kerana hidup dizaman segala soalan telah dibocorkan oleh allah s.w.t melalui para rasul dan para nabi. Cuba kita fikir - fikirkan sekiranya kita hidup di zaman jahiliah dan zaman permulaan islam berkembang bagaimanakah keadaan kita sama ada kita diberi hidayah untuk membenarkan kata - kata para nabi dan rasul ketika itu atau kita dibiarkan tersesat dalam golongan yang mungkar kepada Allah s.w.t. Muhasabahlah diri dan perbanyakkanlah amalan - amalan sunat bagi menampung kepincangan amalah wajib semoga kita diletakkan di kalangan orang - orang yang dekat dengan rasulullah s.a.w, insaya allah. Jangan jadi seperti sahabat yang kedua atau ketiga kerana selaganya telah didedahkan tapi tidak diambil dengan penuh keimanan. Takutilah azab yang akan dihadiahkan oleh Allah s.w.t kepada kita dari takutkan hinaan orang ramai sekiranya dikatakan tidak mengikut peredaran zaman. Renung - renungkan dan fikir -fikirkanlah semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah yang maha esa. Insya allah.

No comments:

Post a Comment