Search Result

Jan 31, 2011

Membentuk cara hidup ISLAM

Sebagai orang islam kita pasti sentiasa dahagakan sebuah negara yang bukan sahaja dinobatkan sebagai negara islam tapi setiap aspek perlulah mengikut garis panduan al - quran dan as - sunnah. Dengan 2 perkara itulah insya allah, kita semua akan selamat dunia dan akhirat. Banyak kes - kes penyelewangan dan juga keruntuhan moral di paparkan di dada akhbar serta di hebahkan jua melalui media elektronik. Kes penderaan kanak - kanak semakin mengancam hidup anak - anak kecil, kes kehilangan kanak - kanak dan juga kes pembuangan bayi di tepi - tepi tong sampah. Yang baik dan punyai sedikit naluri manusia membuang bayinya ke tepi - tepi masjid dan juga tepi - tepi rumah orang. 


Banyak yang diperkatakan pada hari ini tapi adakah semua itu telah membentuk dan membendung masalah ini. Sejujurnya saya rasa tiada satu pun cadangan untuk kita menggunakan atau berbalik kepada cara hidup islam dan menghidupkan nur islam yang semakin hari semakin terhakis dek pembangunan yang melampau. Bukan kita ini anti kepada pembangunan tapi selarikanlah pembangunan yang di idamkan dengan kerohanian yang teguh dalam tauhid yang sebenar. Kita tidak perlu menyalahkan kita berada dalam negara yang pelbagai bangsa, mari kita semua lihat dan merenung kembali kepada sejarah islam sewaktu nabi junjungan kita cuba menyebarkan islam. Terdapat banyak tentangan yang diterima tetapi Nabi tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan ISLAM sebagai agama yang di terima di sisi ALLAH. Penghijrahan Nabi ke Madinah membuka satu lembaran baru bagi sejarah ISLAM kerana sewaktu itulah agama islam dapat di anuti tanpa perlu bersembunyi. Nabi pernah bersabda "Aku dengan agamaku dan engkau dengan agama engkau", sekiranya kita menghayati apa yang terungkap dalam sabda rasullullah tersebut mungkin kita akan memjadi rakyat yang sangat bertuah dengan limpahan rahmat ALLAH kerana ISLAM itu sendiri tidak pernah memaksa untuk dianuti malah jauh sekali menjadi pengganas. ISLAM itu kedamaian, ISLAM itu ketengan dan ISLAM itu juga lambang kesepaduan antara insan. Mengapa kita perlu menjauhi ISLAM hanya kerana keasyikan dan keseronokan yang sementara, hanya keresahan dan ketidak tenteram diri yang akan menyelubungi diri andai di jauhkan ISLAM dari penghayatan sebenar. Memang susah untuk kita menjadikan ISLAM suatu cara hidup andai kita berkubang dengan menjauhi ISLAM dah berbelas - belas tahun. Percayalah andai pintu hati terbuka untuk diberikan hidayah insya allah ketenangan dan kedamaian abadi akan dirasai dalam bentuk yang tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata hanya yang merasainya akan merasai apa itu cara hidup ISLAM yang sebenar. Setiap perkara yang dilarang ada hikmahnya kerana ALLAH maha mengetahui apa yang disebaliknya. Kita lahiran dunia akhir zaman hanya perlu menghayati akan perjuangan nabi - nabi zaman dahulu dalam memyebarkan ajaran agama ALLAH. Setiap perkara telah dilalui pada zaman dahulu untuk diteladani. Perkahwinan rasullullah dengan ramai wanita juga adalah bersebab untuk memberikan pengajaran kepada umat ISLAM bahawa yang terbaik hanyalah dengan seorang isteri. Tiada hadis sahih yang menyatakan sekiranya seseorang isteri itu sanggup bermadu akan diberikan payung emas di akhirat kelak. Itulah apa yang saya dapat nasihat daripada ustaz - ustaz yang pernah saya temui. Untuk kita mempercayai ustaz atau ulama jua memerlukan kita mengharungi peringkat - peringkat tertentu. Jangan mempercayai atau mengikut ulama tanpa melihat latar belakang dan pegangan ulama tersebut. Andai ulama tersebut hanya berpegang kepada Al - Quran dan Hadis sahaja insya allah itulah ulama yang boleh di percayai. Tetapi awas jangan terpedaya dengan itu sahaja. Lihatlah dan perhatikan lah bagaimana kesimpulan atau huraian yang diberikannya bagi satu - satu perkara yang hanya ulama sahaja yang dapat memberikan penjelasan yang betul.  Sentiasalah bandingkan penjelasan yang diberikan dengan beberapa ulama yang di kenalpasti dan mempunyai kepakaran dalam perkara yang dijelaskan. Insya Allah samalah kita berjuang dalam diam, secara terang atau apa jua cara yang wajib bagi kita sebagai umat islam. Selemah - lemah iman adalah orang yang hanya mampu berdoa bagi sesuatu perkara yang batil. 

No comments:

Post a Comment