Search Result

Jan 18, 2011

Padatnya Hujung Minggu

Padatnya hujung minggu 15 dan 16 Januari 2011, apa tidaknya bermula dari hari jumaat pagi saya menghadiri seminar "Multiple Streams Of Income In A Flash by Robert Allen & Patrick Chan" yang sangat - sangat bermakna dan terasa ianya sangat berharga. Mana tidaknya, seminar tersebut di sampaikan oleh "Robert Allen" iaitu New York Best Seller Author. Pengalaman yang berharga itu sangat susah untuk dilupakan. Malamnya pula saya bergegas untuk ke pejabat bagi melaksanakan kerja - kerja seperti yang telah dijadualkan.



Mengikut jadual asal kerja - kerja tersebut dapat disiapkan dalam lingkungan jam 12.00 tengah malam, tetapi perancangan yang dilakukan tidak berlaku seperti yang diimpikan. Pelbagai masalah telah timbul sehingga ke menjelang pagi. Sedikit kekecewaan terasa kerana saya sekiranya kerja - kerja tersebut tidak disiapkan jua jam 8.00 pagi maka perancangan saya untuk menghadiri satu lagi seminar pada pagi sabtu tersebut akan tergendala.
Kegelisahan saya ternyata benar kerana masalah - masalah yang timbul tidak dapat disiapkan. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi, telefon saya berdering, terdengar satu suara dari dalam telefon tersebut yang sangat dikenali. Dengan penuh harapan bertanya "bila abg nak balik, katanya" Dengan perasaan serba - salah antara tuntutan kerja dan tuntutan peribadi menghantui diri. Saya terasa bagaikan tersepit di persimpangan yang sangat susah untuk dipilih. Akhirnya dengan nada perlahan dan tersekat - sekat keluar dari mulut saya "abg tak siap kerja lagi, kita pergi tengah hari bleh?", kata saya padanya. Terdiam seketika suara yang penuh dengan harapan tadi, dengan sayu dia membalas, kalu dah macam tu tak pelah". Saya pada masa itu sangat - sangat mengharapkan bahawa kerja - kerja yang saya buat itu dapat berakhir menjelang tengah hari. 24 jam saya masih tidak tidur, kerja - kerja tersebut perlu disiapkan secepat mungkin kerana masyarakat perlu diutamakan. Jam menunjukkan pukul 12.30 Tengah hari, masalah masih tidak dapat disiapkan lagi, saya dengan rasa bersalah menemui ketua saya menyatakan saya perlu balik kerana terdapat pertindihan agenda pada hari tersebut. "Ikutlah saya tak kisah", katanya dengan nada geram. Mengenangkan kerja tersebut merupakan tanggungjawab saya maka saya bertahan dan bersabar untuk segera menyiapkan dan menyelesaikan masalah yang masih tidak ada noktahnya. Jam menunjukkan pukul 1.45 ptg, telefon saya kembali berdering. Saya dengan berat hati kerana terasa sangat kasihan dan tersepit menggagahkan diri mengangkat telefon tersebut, "Tak abis keja lagi ker? pukul berapa nak pergi ni?", katanya dari kejauhan.
Bagi menyedapkan hatinya saya menjawab, lagi setengah jam saya bergerak dari pejabat. Tepat jam 2.15 ptg, saya tanpa memikirkan kerja yang tidak selesai itu terus balik ke rumah. Dengan kepenatan yang teramat sangat itu kalu diikutkan hati mahu saja saya terus tidur waktu sampai di rumah tapi mengenangkan ada insan yang setia menunggu walaupun sedih tidak dapat menghadiri seminar seawal pagi saya pun gagahkan diri untuk menghadiri seminar seperti yang dijanjikan. Tepat Jam 4.00 ptg saya sampai di seminar, nasib baik saya hanya ketinggalan satu sesi ceramah. Seminar tersebut tamat jam 8.00 malam. Di perjalanan pulang, saya singgah sebentar membeli makan untuk makan malam. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 9.00 malam. Setelah selesai makan, saya kembali bergegas untuk ke pejabat bagi menyelesaikan kerja - kerja dan masalah yang masih belum selesai. Semua masalah telah dapat diselesaikan menjelang jam 3.00 pagi. Saya dengan senang hatinya pulang ke rumah dan waktu tu lah baru dapat berehat. Awal pagi ahad, saya kembali bergegas untuk ke seminar sampailah ke jam 9.00 malam. Saya tiba dirumah lebih kurang jam 10.45 malam. Sambil menunggu perlawanan bola sepak EPL yang mana menemukan MU dengan SPURS jam 12.00 tengah malam , saya tidurkan anak - anak saya. Oleh kerana kepenatan telah menyelubungi diri saya bagaikan tidak berdaya untuk meneruskan hajat menyaksikan perlawanan EPL tersebut. Hari ini hari aper?, terdengar satu suara yang sayup - sayup singah di corong telingan ini. Tanpa berfikir saya menjawab, hari ini hari jumaat. Terasa lemah seluruh badan dan sangat malas untuk membuka mata. Beberapa ketika saya pun mencapai telefon bimbit untuk melihat jam. Dengan sepantas kilat saya meloncat dari katil kerana jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Saya pun siapkan diri secepat yang boleh dan terus ke tempat kerja. Ingatkan pagi isnin membawa sinar cahaya yang terang rupanya hanya ilusi ciptaan diri kerana sampai je di pejabat saya di hujani dengan pelbagai soalan yang menjurus kepada masalah yang masih belum selesai. Huh ingatkan semua masalah dah selesai rupanya masih terdapat beberapa masalah yang tidak tersangka berlaku. Itulah satu pengalaman yang sangat memenatkan dan sangat melesukan fikiran dan fizikal diri. Padatnya hujung minggu, sangat menyentuh dan sangat tidak tersangka. Janganlah kita menyangka persiapan yang rapi dapat menzahirkan keputusan yang baik kerana sebelum sampai di garisan penamat akan sentiasa ada liku dan cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah dan berhemah. Sekiranya akal dikuasai kelesuan fikiran akan menjadikan segalanya kusut dan bercelaru. Berfikirlah dengan tenang walau dalam keadaan yang amat genting. Fikir - fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment