Search Result

Jan 4, 2011

1st Day School

Jam baru menunjukkan 7.00 Pagi, alya yang dari semalam bersemangat untuk ke sekolah buat pertama kalinya telah bangun dan bertanyakan baju sekolahnya. Mama mana baju sekolah alya, mama dah gosok baju alya ker? tanya si alya pada mama. Baju alya ada kat atas meja tulis tu, jawab mama. Sambil memanaskan kereta saya mengambil gambar alya berpakaian sekolah. Itulah baju sekolah pertama yang alya ada. Dengan gaya tersendiri dia menggayakan pakaian seragam sekolahnya bersama beg yang baru. Tepat jam 8.00 pagi kami sampai di sekolah Al - Fatih. Kelihatan ramai ibu bapa yang berdiri di hadapan dan juga ditepi pagar sekolah untuk melihat gelagat anak - anak mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Inilah alam baru bagi anak - anak ini dalam membentuk sahsiah diri disamping menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dikelilingi oleh rakan dan guru. 


Kami sangka kami orang yang terakhir sampai ke sekolah tersebut kerana kelas mereka bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari, rupanya ada lagi segelintir ibu bapa yang lewat sampai mungkin terpaksa melayan karenah anak yang cuba mencari alasan untuk tidak ke sekolah. Teringat saya pada sesi "briefing" tempohari, jangan sedih atau kasihankan anak sekiranya mereka menangis dan tidak mahu ke sekolah, katanya teacher Iman. 
Si kecil yang cuba ditenangkan oleh teacher Iman
Anak - anak berperlakuan demikian kerana kepercayaannya masih menebal dengan ibubapa. Sekolah akan cuba sedaya - upaya untuk mengawal keadaan tersebut dan sekiranya tidak terkawal barulah kami akan menghubungi parents untuk mengambil mereka pulang, katanya lagi. Kata - katanya jelas menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam mengawal situasi sedemikian, mungkin ia adalah hasil dari pengalaman mereka mengendalikan sekolah selama beberapa tahun.

No comments:

Post a Comment