Search Result

Mar 29, 2011

Angkara Mengantuk

Kemalangan adalah satu kejadiaan yang tidak diminta dan tidak juga diundang tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya ianya terjadi kerana diri kita sendiri. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku seperti mana yang dilaporkan didalam dada - dada akhbar adalah atas kecuaian diri si pemandu tersebut samada memandu dalam keadaan mabuk, tergesa - gesa dan yang paling banyak adalah memandu dibawah pengaruh mengantuk. Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dihidangkan dengan satu lagi kejadian angkara mengantuk. Memandu dibawah pengaruh mengantuk sangat - sangat mengundang bahaya kepada diri kalau memandu sendirian dan kepada keluarga sekiranya memandu bersama keluarga. Kejadian yang berlaku semalam amat mengerikan walaupun pemandu dan penumpangnya selamat. Kereta yang dipandu telah merempuh divider tepi jalan dan kereta tersebut tersadai di dalam longkang. Kereta tersebut boleh dikatakan total lost kerana dah berupa macam besi buruk. Keempat - empat tayar pancit dan absorber terkeluar.

Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.

Saya juga pernah mengalaminya sewaktu perjalanan pulang daripada kuala lumpur ke utara. Setelah habis menghadiri mesyuarat yang diarahkan saya mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi rakan - rakan yang dah lama tidak berjumpa. Keesokkan saya perlu ke tempat kerja pula, jam pada waktu tu menunjukkan pukul 12.30 malam. Dalam keadaan badan terasa penat dan lesu saya gagahkan diri untuk memandu pulang ke utara. Sebelum kejadian tersebut, beberapa kali saya berhenti untuk menghilangkan mengantuk dengan membasuh muka dan membeli sedikit makanan ringan dengan hasrat untuk menghilangkan mengantuk. Saya kembali meneruskan perjalanan kerana pada waktu tu saya cuma rasa ingin cepat sampai dan boleh rehatkan badan secepat mungkin. Oleh kerana desakan itulah juga saya memandu dibawah pengaruh mengantuk. Apa yang saya ingat pada waktu tu saya memandu seperti biasa dan sampai saja di terowong saya bagaikan bermimpi, apa yang saya nampak dan dengar pada waktu tu adalah cahaya - cahaya lampu serta hon kenderaan lain untuk menyedarkan saya. Tapi malangnya saya tetap tidak sedar ketika itu sehinggalah saya terasa kereta saya melanggar sesuatu. Pada waktu itu jugalah saya tersedar dan kereta saya telah mati enjin dan bergerak ke tepi jalan. Dalam keadaan gelap saya cuba menghidupkan kereta saya, kali pertama tidak boleh dan kali kedua juga tidak boleh, dalam hati saya rasa sangat - sangat menyesal dengan kejadian itu. Kenapalah saya tak tidur saja dulu bagi menghilangkan mengantuk, kata saya dalam hati. Dah la tempat kereta saya tu mati enjin sangat gelap, saya sendiri tak berani untuk keluar melihat keadaan kereta saya yang melanggar sesuatu. Niat saya untuk melihat keadaan kenderaan tersebut di R & R terdekat. Saya buat cubaan kali ketiga untuk menghidupkan kereta saya tu agar saya dapat keluar dari kegelapan. Kali ini saya sangat - sangat bersyukur kerana kereta tersebut berjaya dihidupkan. Saya pun teruskan perjalanan saya hingga ke R & R terdekat. Sampai je saya di R & R saya pun terus berhentikan kereta saya dan periksa kerosakannya. Masyaallah, bonet depan kereta saya terangkat dah jadi macam kereta kebal la. Sekali lagi saya terasa sangat - sangat menyesal dengan kejadian itu. Seketika kemudian saya teruskan perjalanan pulang ke rumah sambil memikirkan berapa lah yang perlu saya bayar untuk membaiki kerosakan tersebut dan juga mengimbas kembali kejadian tersebut. Seingat saya jalan selepas terowong adalah jalan yang berliku - liku. Saya terfikir waktu tu macam mana la saya boleh lepas liku - liku jalan itu dalam keadaan saya tidur. Saya sangat - sangat bersyukur yang Allah masih melindungi saya daripada mengalami kejadian yang lebih teruk.

No comments:

Post a Comment