Search Result

Jan 24, 2011

Alya's 1st Bike

Basikal pertama kepunyaan Alya
Setelah lama menanti untuk memiliki sebuah basikal, akhirnya terjawab jua bagi Alya. Basikal ini adalah janji saya padanya sempena hari lahirnya yang ke 4 pada 29 Disember 2010. Setiap hari dia bertanya bila abah nak belikan alya basikal?, saya sering menjawab nanti abah belikan ye. Semua jawapan yang diberikan adalah untuk sekadar mengambil hatinya kerana saya masih tidak berkesempatan untuk mencari kedai basikal. Saya pernah juga pergi mencari basikal untuk kanak di nilai 3 tapi semuanya tidak memenuhi kehendak sama ada bagi pihak Alya mahupun saya sendiri. Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis kenduri di Batang kali, dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin terpandang saya pada banner yang memaparkan jualan clearance stok bagi basikal. Oleh kerana terasa masa tidak mengizinkan pada masa tu saya pun mengambil keputusan untuk singgah sewaktu perjalanan pulang dari majlis kenduri kalau kedai tersebut masih buka. Seperti yang dirancangkan, saya bertolak balik majlis kenduri pada jam 5.00 ptg. 
Dalam hati berharap agar kedai basikal tersebut tidak tutup. Bukanya apa, saya rasa di kampung lebih senang untuk mencari kedai basikal dari kehidupan di Bandar. Sepanjang permerhatian dan survey yang saya buat dengan bertanya rakan pejabat, semuanya bagaikan tidak tahu untuk memberikan lokasi kedai basikal di sekitar. Sampai saja didepan kedai basikal yang dimaksudkan saya pun memberhentikan kereta saya, terdengar suara dari tempat duduk belakang, Alya nak basikal tu abah, katanya dengan nada yang cukup riang. Saya membalas ok, abah parking kereta dulu pastu kita pegi tengok sama - sama yer. Nanti Alya pilih basikal yang Alya suka kay. Dalam keriangan, dia berkata okay abah. Setelah beberapa minit meninjau jenis dan model basikal yang terdapat di kedai tersebut Alya dan saya akhirnya berpuashati dengan basikal yang dipilih dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Saya pun membuat bayaran tanpa memikirkan lagi macam mana nak membawa balik basikal tersebut. Selepas saya mengambil resit daripada tokey kedai tersebut saya pun terus mendapatkan basikal yang telah dibeli. Baru saja saya pegang basikal tersebut untuk di usung keluar kedai teringat saya, eh macam mana saya nak bawa balik basikal ni? muat ke saya nak letakkan dalam kereta saya yang tidak berapa besar tu? Saya pun patah balik pada tokey kedai tersebut, tokey macam mana saya nak bawa balik basikal ni? muat ke saya masukkan ke dalam kereta saya yang tidak berapa besar tu, sambil menunjukkan kereta saya yang terletak di depan kedai tersebut. Boleh, boleh jangan risau, basikal tersebut boleh letak kat tengah - tengah tempat duduk belakang kat tempat letak kaki. Betul ke tokey macam tak percaya jer, basikal ni besar jugak ni tokey, kata saya pada tokey kedai tersebut. Tak pa, saya suruh orang saya masukkan basikal tersebut bagi awak, kata tokey kedai tersebut untuk memuaskan hati saya. Rupanya boleh muat jugak basikal tersebut diletakkan di tengah - tengah tempat duduk belakang kat tempat letak kaki. Cuma Alya terpaksa bersempit sikitlah sementara nak sampai ke rumah kerana kaki dia tidak boleh letak kat tempat letak kaki tersebut. Tak pe abah Alya boleh angkat kaki alya, katanya dalam keriangan dan ketidak sabaran untuk menunggang basikal tersebut. Sampai saja dirumah, Alya terus bertanya pada saya, abah boleh Alya naik basikal tu? Nanti kita bawak basikal tu pegi taman yer, Alya naik kat taman yer, kata saya padanya. Dia pun mengangguk tanda setuju. Tak sampai lima minit dia bertanya lagi bila kita nak pegi taman ni? katanya. Nanti abah solat kejap pastu kita pegi taman yer. Pada mulanya saya ingat boleh bawa Alya pegi ke taman yang berdekatan supaya dia boleh naik basikal tersebut kat tempat yang luas sedikit tapi lepas je solat badan dah terasa penat untuk keluar rumah lagi. Akhirnya saya ambil keputusan untuk bagi Alya naik basikal tersebut di halaman rumah sahaja. Lain kali la abah bawak pegi taman okay, kata saya pada Alya dalam nada memujuk. Okay abah, katanya ringkas. Gembira rasanya hati saya kerana akhirnya saya dapat juga menunaikan janji saya pada Alya untuk membelikannya basikal. Semoga basikal tersebut dapat menguatkan fizikalnya bagi menghadapi cabaran kehidupan mendatang yang sangat mencabar. Semoga Alya dan Anis menjadi anak yang solehan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment