Search Result

Oct 26, 2010

Zulhijjah yang dilupakan

Kelebihan 10 Hari Pertama bulan Zulhijjah


Nabi Muhammad bersama deraian air mata ketika berdoa panjang pada haji terakhir beliau tanda kecintaan beliau yang sangat dalam terhadap umatnya dan juga sebagai tanda kasihnya beliau kepada kekasihnya yang maha esa. Ketika bermulanya gelincir matahari sehingga terbenamnya matahari 9 Zulhijjah diriwayatkan sebagai masa yang paling afdal untuk berdoa seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Ramai di kalangan kita yang telah mengetahui akan kelebihan 10 malam terakhir bulan Ramadan, tetapi tidak ramai daripada kita yang mengetahui akan kelebihan 10 hari pertama bulan zulhijjah. Iman al – Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas rabiallahuanhu bahawa Nabi SAW bersabda :

‘Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari – hari yang sepuluh ini.’

Para sahabat bertanya “Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah SAW bersabda “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).”

Dalam bulan zulhijjah ini Allah s.w.t memberikan kelebihan kepada mereka yang mampu melakukan Ibadah haji dan umrah dan bagi orang yang tidak mampu jua disediakan kelebihan - kelebihan seperti dibawah : -

1) Solat;
2) Puasa;
3) Bertakbir, Tahlil dan Tahmid;
4) Berkorban;dan
5) Bertaubat dari Maksiat dan Dosa;

Terdapat satu cerita yang meyatakan bahawa terdapat seorang insan yang mengamalkan puasa 9 hari pertama di bulan zulhijjah tidak pernah sakit sehingga pada satu tahun terdapat satu hari yang dia berpuasa tetapi dikatakan berbuka puasa awal oleh kerana dirinya terasa waktu berbuka telah tiba kerana ketika itu keadaan bagaikan waktu berbuka tetapi setelah berbuka disedari yang belum tiba waktu bagi dia berbuka maka terbatallah puasanya pada hari itu dan pada tahun tersebut jualah dia jatuh sakit dan tidak lama selepas itu dia meninggal dunia. Begitulah betapa besarnya kelebihan untuk umat islam menghayati 9 hari zulhijjah. Kejarlah kelebihan ini dan jadikanlah ia sebagai pesta yang Allah s.w.t berikan untuk kita berlumba – lumba mendapatkan kelebihannya selain 10 malam terakhir bulan puasa yang kebanyakan umat islam mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment