Search Result

Oct 30, 2010

Kelantan Juara Baru Piala Malaysia

Setelah kecewa tahun lalu dengan kekalahan 1 - 3 kepada pasukan yang sama di temui pada final Piala Malaysia tahun ini iaitu Negeri Sembilan, kelantan bermula dengan agak perlahan dan ketinggalan 0 - 1 oleh jaringan penalti yang disudahi oleh Shahrulain. Amukan kelantan bermula sebaik sahaja perlawanan bersambung untuk tempoh 45 minit terakhir. Serangan demi serangan diatur oleh pasukan kelantan manakala pasukan Negeri Sembilan bagaikan telah berpuashati dengan kedudukan 1 - 0, memperlahankan rentak permainan yang akhirnya memakan diri. Jaringan penyamaan diperolehi oleh kelantan melalui penyerangnya Hairuddin Omar yang mana jua mencipta sejarah pemain yang bermain dalam 2 final berturut - turut bersama pasukan yang berlainan. Ketiadaan ketua pasukan Negeri Sembilan yang juga merupakan nadi pertahanan mereka amat dirasakan dan seterusnya telah menjelmakan kemurungan kepada mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia bagi tahun kedua berturut - turut. Pertukaran pemain oleh pasukan Negeri Sembilan sedikit menampakkan hasil dengan beberapa percubaan dihasilkan mereka tetapi tidak menerjah jaring pasukan lawan. Akhirnya Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan dan iltizam yang mendalam ditunjukkan oleh pasukan Kelantan dengan keputusan 1 - 2 yang memihak kepada pasukan Kelantan.

No comments:

Post a Comment