Search Result

Oct 21, 2010

Bahayakah Jaringan Sosial (Facebook)

Dunia tanpa sempadan telah digunakan sebaiknya dalam aplikasi/jaringan sosial terkenal dan sangat popular di kalangan semua golongan dari remaja sehingga yang lewat usia. Jaringan sosial yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan iaitu Facebook. Sebelum letupan Facebook meliputi dunia, terdapat jua jaringan sosial yang menjadi perintis kepada jaringan sosial ini iaitu Friendster tapi malangnya friendster telah dikabusi oleh jaringan - jaringan sosial yang lain seperti twitter dan Facebook. Mengapa Facebook sangat popular sehinggakan menjadi kegilaan manusia seluruh dunia. Jika dilihat dari ciri - ciri asas Facebook, twitter malah Friendster yang terawal adalah kerana ianya bagaikan jejak kasih versi maya yang mana dapat menemukan semula insan - insan yang telah lama terputus hubungan didalam alam maya ini. Oleh kerana kelebihan inilah maka kegilaan terhadap jaringan sosial kian meningkat. Ciri - ciri tersebut tidak mati disitu kerana jaringan sosial ini telah ditambahbaikkan dengan bermacam - macam aplikasi yang dapat menarik penggemarnya menatap jaringan sosial tersebut hingga lupa hendak makan, malah yang lebih teruk sehingga lupa dengan aktiviti - aktiviti lain diluar. Dulu kita dilitupi dengan kegilaan kepada video games, online games dan pelbagai lagi games yang melalaikan. Dengan adanya jaringan sosial ini kegilaan sebelumnya telah tersongsang ke jaringan sosial malah kegilaan sebelum ini hanya melibatkan golongan remaja tapi kegilaan yang baru ini telah melibatkan hampir seluruh golongan tak kira tua atau muda. Tapi dalam evolusi baru ini kita terlupa bahawa dalam kelebihan ada jua kelemahannya. Mungkin dengan kegilaan kita terhadap jaringan sosial ini membuatkan kita melupakan kelemahan yang terdapat dalam jaringan sosial itu. Antara kelemahan/keburukan/bahaya terhadap jaringan sosial tersebut adalah seperti dibawah : -

i) Membuang masa. Inilah kelemahan yang sangat ketara dalam evolusi dunia tanpa sempadan. Pekerja pejabat yang sampai ke tempat duduknya perkara pertama yang dibuat setelah membuka PC adalah melayari jaringan sosial. Ada yang marah dan kecewa apabila pejabat mereka tidak membenarkan pekerjanya melayari jaringan sosial. Malah ada yang mengatakan bahawa tanpa jaringan sosial ini kita semua bagaikan tidak mengikut peredaran zaman dan ada jua berkata kita bagaikan katak didalam tempurung jika tiadanya capaian jaringan sosial. Tapi tidakkah mereka terfikir yang lebih baik samada melayari jaringan sosial atau membaca buku - buku ilmiah? Membaca buku selalunya dikatakan dibuat bila ada masa terluang tapi jaringan sosial tidak pernah kira waktu. Ada sesetengahnya sampai hilang semangat untuk bekerja kalu tak dapat mencapai jaringan sosial.

ii) Status di jaringan sosial. Kekadang pabila kita berada didalam segmen jejak kasih maya sampai kita lupa yang diri ini sudah ada tanggungjawab. Ada yang sanggup menipu dengan meletakkan status "single" walaupun dah "bkn single" hingga sampai ada kes bercerai berai dek kerana status yang diletakkan.

iii)Ada setengah insan yang gila jaringan sosial sehingga bagaikan tidak kisah semua maklumat diri dipaparkan seperti nama, alamat rumah, no tel dan sebagainya. Mereka bagaikan lupa bahawa dunia ini penuh dengan dugaan yang dijanjikan oleh allah swt. Sekiranya sesiapa berniat buruk terhadap insan yang dikenali dijaringan sosial tersebut menggunakan maklumat itu untuk melakukan perkara - perkara yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada diri.

iv) Photo yang diuploadkan itu boleh ditatapi oleh seluruh pelusuk dunia. Maka dengan hal yang demikian semakin berleluasalah teknik - teknik pengeditan gambar yang boleh diilhamkan dengan adanya gambar tersebut. walaupun kita memprivasikan photo tersebut tapi kita tidak akan rasa puas sekiranya oleh lain xdapat melihatnya. Perkara ini jika tidak dibendung atau dikawal dengan baik maka mungkin boleh mengaibkan diri dan keluarga yang disayangi. So fikir - fikirkanlah seribu kali sebelum photo disiarkan.

v) Ada setengahnya yang menerima sahaja kenalan yang request. Jaga - jagalah mungkin kenalan yang diaccept itu ada menyimpan niat yang tidak baik. Dari jadi kenalan biasa hingga kenalan rapat dan akhirnya tanpa berfikir panjang menerima pelawaan untuk berjumpa walaupun kekadang kita sendiri tak mengenalinya sangat. Ini boleh membahayakan diri. Ada juga kes yang melibatkan perjumpaan dijaringan sosial diteruskan tentangan 4 mata yang akhirnya menyebabkan keluarga kehilangan anak.

So fikir - fikirkanlah. Jangan melihat kelebihan melebihi dari yang sepatutnya dan gunakanlah kemudahan evolusi dunia tanpa sempadan dengan bijak dan berpada - pada. Jangan jadikan ia sebagai pemangkin kepada jenayah cyber dan pemangkin kepada keruntuhan nilai - nilai murni yang dibawa oleh rasullullah s.a.w. Berpeganglah kepada al-quran dan hadis nescaya tidak akan lari kita dari landasannya. Insya allah.

No comments:

Post a Comment