Search Result

Oct 26, 2010

Kelebihan dan Keistimewaan Hari Arafah

5 Kemulian dan keistimewaan yang Allah tawarkan pada hari Arafah iaitu : -
1- Hari Maghfirah
“Hari Arafah adalah hari maghfirah. Allah SWT berjanji dengan menyatakan, ‘akan digugurkan dosa – dosa hamba-Nya setahun sebelum dan setahun yang akan datang.’ Sebab itulah, bagi mereka yang tidak menunaikan haji sangat – sangat dituntut untuk berpuasa. Biasanya kalau kita lihat, orang yang berpuasa pada satu zulhijjah, dia akan meneruskan puasanya sehingga hari kedua, ketiga seterusnya hingga hari kesembilan zulhijjah’. Senario ini wujud apabila seseorang Muslim itu betul – betul menghayati betapa besarnya hari Arafah.”
2- Mustajab berdoa

Hari Arafah adalah hari yang paling mujarab berdoa. Allah mendengar doa hamba – hamba-Nya. Allah makbulkan doa – doa mereka yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu mintalah apa sahaja daripada Allah.

3- Terlepas daripada seksaan neraka

Hari yang paling ramai Allah SWT bebaskan hamba – hamba-Nya daripada seksaan neraka. Tetapi semuanya bersandarkan kepada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.

4- Turun Rahmat

Hari turunnya rahmat yang mencurah – curah. Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan – syaitan akan menjadi lemah hanya keran besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba – hamba-Nya yang beramal soleh.

5- Ibadat Puasa yang paling dimuliakan

Tidak ada hari yang allah paling muliakan ibadah puasanya melainkan puasa dibulan Ramadan dan puasa pada 9 zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.

No comments:

Post a Comment