Search Result

Oct 20, 2010

Chong Wei harap pulih menjelang Sukan Asia

"SAYA tidak tahu sejauh mana tahap kecederaan buku lali saya tetapi saya harap dapat pulih menjelang Sukan Asia," kata jaguh perseorangan negara yang juga pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, semalam.

Chong Wei yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Melbourne 2006 pada Sukan Komanwel New Delhi baru-baru ini mengadu sakit di buku lali ketika beraksi menentang Rajiv Ouseph pada final temasya itu.

Sekembali daripada New Delhi, pemain kelahiran Pulau Pinang itu kemudian mendapat rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) dan semalam menjalani ujian imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Hospital Universiti Malaya (UM).

Sebelum ini, Chong Wei mengalami kecederaan belakang ketika beraksi di suku akhir menentang Taufik Hidayat di Kejohanan Dunia Paris, Ogos lalu selain mempunyai masalah kecederaan lama di lutut.

Ketua jurulatih, Rashid Sidek yang tidak tahu sebenar kecederaan itu berkata: “Dia belum turun menjalani latihan sejak kembali dari New Delhi. Saya harap dia sempat pulih dan boleh beraksi di Sukan Asia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, berkata pihaknya sudah mendapat ujian imbasan MRI ke atas buku lali pemain itu yang bengkak dan akan berbincang menentukan rawatan pemulihan terbaik.

“Peluangnya beraksi di Sukan Asia bergantung kepada kemajuan dan tindak balas dirinya terhadap rawatan yang diberi,” katanya.


- Berita Harian Online -

No comments:

Post a Comment