Search Result

Oct 17, 2010

our family gathering ....

Kesibukan dengan kerja - kerja pejabat ditambah pula dengan kerja rumah yang tak pernah putus - putus datang dan pergi membuat kami jarang sekali dapat bersama - sama melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan keluarga. Beginilah cara hidup masa kini yang memerlukan kedua - dua suami dan isteri berkerja dalam memenuhi keperluan hidup yang semakin membebankan dek kesibukan dalam mencari sesuap nasi. Hatta begitu ramai yang terperangkap dalam kesibukan itu dan sering mengenepikan perhatian terhadap anak - anak yang sedang membesar. "Perhatian" itulah perkara yang sering dilupakan dan sering ditinggalkan oleh kebanyakkan ibubapa zaman dunia tanpa sempadan ini dalam mengegar duniawi yang serba mencabar serta serba cepat dan pantas. Hitunglah masa yang kita luangkan bersama anak - anak kita. Nescaya kita akan dapat lihat mungkin 2 atau 3 jam sahaja dalam seminggu. Luangkan masa yang dimaksudkan adalah bersama anak - anak secara sepenuh masa dalam bermain atau melakukan aktiviti - aktiviti yang dapat mengembangkan minda mereka. Mungkin apa yang saya perkatakan disini terlalu ekstrem. Tapi renungilah semula setiap ayat yang diutarakan. Luangkan masa bersama anak bukan sekadar melihat mereka bermain dan sambil itu kita melakukan perkara lain termasuk menonton tv, memasak dan kerja - kerja yang bukan dikhaskan kepada anak -anak. Tepuk dada tanyalah selera. Kita sering marah bila anak - anak kita "buat perangai" dan kita akan biarkan anak - anak kita bila mereka diam bermain. Pernah tak kita terfikir mengapa anak - anak sering dan mungkin kerap "buat perangai" bila kita pulang dari kerja. Dalam kepenatan, tetiba sahaja mereka "buat perangai" dan merengek tak tentu pasal, mula kita naik darah dan semuanya jadi tak tenteram dek penat yang dirasai diri yang serba kekurangan ini. Fikirkan lah sejenak dan fahamilah ape yang diutarakan disini. Insya allah akan ditemui apa yang tersirat.


Wassalam

No comments:

Post a Comment