Search Result

Dec 26, 2010

Bulan Kenduri

Musim cuti sekolah merupakan satu tarikh yang sentiasa dikaitkan dengan musim permulaan hidup berdua (berkahwin). Tidak kurang juga musim cuti sekolah jualah ramai yang membuat perancangan bercuti - cuti malaysia bagi merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga yang sering ditinggalkan ketika berkerja. Bagi pengendali hotel dan rumah penginapan, pada masa inilah dikatakan peak time kerana ramai yang akan menghubungi untuk menyewa hotel dan penginapan mereka sehingga kekadang ada yang kecewa kerana semuanya penuh. pada 25 Disember 2010, saya ada menghadiri majlis perkahwinan sedara di sebelah isteri, majlis yang dilangsungkan terasa amat meriah dan sangat tersusun.


Mungkin mengambilkira pengalaman lepas yang telah membuatkan mereka menyusun majlis mereka dengan baik. Setiba sahaja di majlis tersebut, kami disuruh untuk ke satu sudut yang telah disediakan untuk mengambil gambar kenangan. Setelah gambar diambil kami terus menuju ke tempat hidangan disediakan. Sungguh enak hidangan tersebut, terasa hati ingin menambah makanan tapi dek malu nanti dikatakan kebuluran plak. Sebenarnya saya terasa kenyang takut kalu tambah lagi nanti tak terhabis makanan, rugi la plak. Ikutlah sunah nabi, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kalu badan terlalu kenyang, diri akan terasa malas untuk melakukan aktiviti lain. Setelah selesai majlis tersebut, saya dan keluarga bersama sedara yang lain mengambil keputusan untuk mengisi masa terluang dengan bermain bowling.
Lepas ni kita nak buat per yer, kata isteri saya. Ada yang bagi pandangan untuk ke zoo, ada juga yang kata ke taman rama - rama dan ada juga yang kata ke tugu negara. Akhirnya semua mengambil keputusan ke Plaza Alam Sentral untuk menyaksikan juara longkang. Selepas asar jer kami semua berkumpul di pusat bowling. Ramai sungguh orang yang mengisi masa sengkang mereka dengan bermain bowling. Ada yang datang dengan rakan dan ada juga yang datang dengan keluarga. Biar dengan siapapun kita isi masa sengkang kita yang pasti tatasusila tetap perlu dijaga. Kami bermain 2 game, lepas jer game pertama terasa tangan ni sakit sedikit. Al maklumlah, jarang - jarang main bowling, sekali main terus terkejut tangan ni.

Selesai saja permainan baling - baling bola, terasa perut ni kosong jer, kami pun terus ambil keputusan untuk mencari gerai makan. Gerai yang dekat dengan rumah menjadi pilihan kerana lepas kenyang takut mengantuk menguasai diri susah plak nak drive. Pada si pengantin baru, diucapkan "Selamat Pengantin Baru" dan pada yang baru berhasrat untuk menjadi pengantin baru, persiapkan lah diri dengan rohani yang teguh pada Allah s.w.t kerana badai yang merempuh di kemudian hari tidak mengira kesediaan pasangan yang diuji. Andai pegangan pada yang Maha Pencipta menjadi panduan, maka walau ribut atau puting beliung sekali pun yang datang keutuhan rumahtangga akan tetap teguh menongkat bumi. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment