Search Result

Dec 16, 2010

Malaysia gah di Bukit Jalil

SAFEE (kiri) merai jaringannya bersama rakan
sepasukan, S Kunanlan ketika aksi separuh
akhir menentang Vietnam di Stadium
Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
- Foto Osman Adnan
(Kredit pada Berita Harian)
Zaman kegemilangan Malaysia bagaikan kembali semula setelah kita melihat aksi separuh akhir di stadium bukit jalil yang dibanjiri peminat yang sentiasa dahagakan kemeriahan dan kegemilangan Malaysia. Stadium Bukit Jalil semalam yang dibanjiri lautan pengyokong tempatan dan jua penyokong vietnam sangat gembira dengan aksi yang disajikan dengan kedua - dua pasukan saling berbalas serangan. 



Pujian harus diberikan kepada semua pemain Malaysia kerana tidak takut untuk memperagakan aksi terpuji dan sentiasa mengucar - kacirkan pertahanan vietnam. Malaysia sudah sebelah kali berada di pentas final tetapi anak - anak buah "King Raja" tidak boleh mendabik dada bermegah dengan kelebihan yang dimiliki sebaliknya perlu lebih berwaspada dengan sajian di tempat lawan pada sabtu ini.


Apa - apapun saya rasa persembahan dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh mereka harus mendapat sokongan yang tidak berbelah daripada semua penyokong Malaysia. Jangan sokong bila menang dan mengeji mereka bila kalah. Persembahan yang bersemangat dan tidak mengenal erti putus asa sahajalah yang sentiasa dinantikan oleh peminat tempatan terhadap mutu permainan Malaysia. 


Pujian jua harus ditujukan kepada penjaring 2 gol Malaysia yang memberi peluang kepada Malaysia menjejak ke pentas perlawanan akhir. Teruskanlah usaha dan berikanlah yang terbaik untuk dijadikan pendorong dan pemanking kepada kegemilangan yang terpuji. Peminat - peminat bolasepak tempatan sentiasa berada disisi pemain - pemain Malaysia andai sajian yang diberikan bermutu dan tidak longlai. 


Ayuh teruskan perjuanganmu menjejak pentas akhir buat kali kedua sejak tahun 1996. Jangan sekadar "jaguh kampung" yang dapat mempersembahkan aksi garang ditempat sendiri tapi bila berada di tempat lawan takut untuk menunjukkan taring ajaib. MALAYSIA BOLEH.



No comments:

Post a Comment