Search Result

Dec 19, 2010

MAHA 2010

 Walaupun MAHA 2010 telah berlalu 2 minggu yang lalu tapi kehangatannya mungkin masih dirasai. Bagi sesiapa yang tidak sempat untuk menghadirinya akan terasa amat rugi dan bagi peminat tumbuhan hiasan akan terasa lebih rugi kerana sangat banyak tumbuhan - tumbuhan hiasan yang dipamer jua dijual. Semua tumbuhan - tumbuhan hiasan tersebut cantik dan keinginan untuk memiliki tumbuhan tersebut akan terasa membuak - buak dengan melihat kecantikannya yang pelbagai warna. Saya yang tidak suka tumbuhan hiasan jua terasa bagai ingin memilikinya tapi diri terasa susah lah untuk menjaganya. Akan begitu, terbeli jualah 4 jenis pokok orkid dan sepohon pokok cili yang cantik dan subur. Saya ada ceritakan pada rakan pejabat yang saya beli sepohon pokok cili, tunggulah 2 minggu lagi pokok tu akan mati punyalah, katanya sambil tersenyum. Pengalamannya yang membeli pokok serupa pada MAHA sebelumnya membuatkan dia berkata demikian.
Nanti sampai 2 minggu kalu tak mati pokok tersebut saya tangkap gambar dan terus mms pada kau, kata saya dengan nada yakin dan ingin buktikan saya boleh jaga pohon tersebut. Sekarang terbukti benar pohon tersebut masih mekar dan kehijauan dan yang paling gembiranya pohon tersebut telah mengeluarkan putik bunga sebanyak 4 putik yang mana menandakan berkemungkinan pohon tersebut akan mengeluarkan buah selepas luruhnya bunga.
Pokok yang dah berusia 2 minggu dari
hari terakhir MAHA 2010



Terasa puas walau tak pandai jaga pokok. Betullah kata orang tua - tua, tidak rugi berbakti pada tanah, badan sihat otak cergas.
Bunga Orkid yang suka aircon dan tak suka panas

No comments:

Post a Comment