Search Result

Dec 6, 2010

Muharam

6 Disember 2010 bersamaan dengan 29 Zulhijah 1431 hijrah yang mana ia merupakan hari terakhir sebelum umat Islam melangkah ke tahun baru mengikut kalendar Islam. Kita sering lupa akan tarikh dan tahun mengikut pengiraan kalendar Islam tapi kita tidak pernah lupa tarikh dan tahun bagi pengiraan kalendar bukan Islam. Kebanyakan rakan – rakan saya sendiri tertanya – tanya kenapa 7 Disember 2010 adalah hari cuti umum. Mungkin itulah penjajahan yang sangat berjaya oleh orang bukan Islam terhadap orang Islam. Islam bermula dengan bulan Muharam dan diakhiri dengan bulan Zulhijah. Dalam setiap bulan Islam itu terdapatnya peristiwa – peristiwa yang penting untuk diingati oleh umat Islam. Bersempena kehadiran bulan Muharam ini, marilah kita sama – sama menghayati sejarah bermulanya pengiraan takwim hijrah.


Secara umumnya hari awal Muharam atau juga dikenali sebagai maal hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah. Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Takwim hijrah atau juga dikenali sebagai takwim islam merupakan takwim yang digunakan oleh umat islam untuk menentukan hari kebesaran islam. Ia merupakan sejenis kalendar lunar iaitu yang berasaskan bulan dan di dalamnya terdapat hanya 354 hari setahun. Tidak seperti kalendar barat yang mempunyai 365 atau 366 sekiranya tahun lompat dalam setahun. Kenapa kalendar islam cuma mempunyai 354 dalam setahun? Sekiranya kita meneliti jumlah hari dalam sebulan bagi kalendar barat, hari yang paling banyak dalam sebulan adalah 31 hari dan hari yang paling sedikit adalah 28 hari dan 4 tahun sekali akan terjadinya hari yang paling sedikit adalah 29 hari yang mana ia dikenali sebagai tahun lompat. Bagi kalendar islam hari yang paling banyak dalam sebulan hanyalah 30 hari dan hari yang paling sedikit adalah sebanyak 29 hari.

Sejarah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Islam menggalakkan kita untuk membaca doa bagi akhir tahun (29 Zulhijah) dan keesokkannya membaca pula doa awal tahun (1 Muharam). Doa awal tahun adalah seperti di bawah : -



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."








Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

No comments:

Post a Comment