Search Result

Dec 1, 2010

Sekadar perkongsian

Mengamit tahun baru dengan rasa kekurangan menyelesaikan perihal tahun semasa menyebabkan diri kita terasa bagai sama sahaja setiap tahun tanpa ada pertambahan atau anjakan yang dapat memajukan diri kita ke tahap yang lebih baik. Ungkapan “hari ini hendaklah lebih baik dari semalam dan hari esok mestilah lebih baik dari hari ini” sering kedengaran dalam luahan motivasi tetapi apakah perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan betul atau sekadar ungkapan penyedap kata – kata. Setiap tahun saya terasa sama sahaja seperti tahun – tahun sebelumnya. Saya masih perlu bekerja, perlu ke pejabat awal pagi dan pulang dari pejabat lewat petang, kekadang tu terlajak ke malam. Semua rutin harian bagaikan tertulis sebegitu tanpa ada peningkatan. Saya juga sering bertanya pada diri apa sebenarnya yang saya nak dalam hidup ini?

Adakah kekayaan yang dapat memberikan anjakan pada diri meningkat ke tahap yang lebih baik atau kenaikan pangkat di pejabat atau berkereta besar serta mewah yang dapat membuatkan diri saya terasa berlainan setiap tahun. Saya ada berjumpa dengan ustaz zawawi yang sering kita dengar ceramahnya di kaca tv bagi meningkatkan motivasi diri ke arah yang lebih positif. Banyak juga nasihat dan perkongsian yang diperolehi darinya. Katanya, saya sentiasa menetapkan matlamat bagi mengelak diri terasa bosan menghabiskan rutin harian. Contohnya seperti pada tahun 2002 saya nak memiliki kereta “Honda Accord”. Hasil dari matlamat yang kita tetapkan akan menganjakkan diri kita mengatur strategi dan susun atur perjalanan hidup menuju ke arah matlamat itu tadi. Dengan kita lakukan begitu akan membuatkan kita sentiasa teruja menghadapi hari – hari mendatang malah tahun – tahun yang mendatang juga menjadi sangat “fun” kerana kita bagaikan tidak sabar melihat hasil penetapan matlamat kita tadi serta aturan strategi yang kita ambil membuahkan hasil yang di impikan.

Dengan itu perasaan bosan dengan hidup akan dengan sendirinya akan terhapus. Kita juga sering mendengar “9 dari 10 punca pendapatan adalah daripada perniagaan dan 1 lagi tu datangnya dari makan gaji”. Saudara pernah tak berfikir mengapa di katakana sedemikian rupa. Saya melihat banyak barangan di gerai – gerai, kedai – kedai RM2, booth – booth kecil di pasaraya malah kedai – kedai kecil di sepanjang laluan koridor dalam KLCC yang pada pandangan atau pendapat normal mungkin merasakan malah tertanya – tanya bolehkah ianya laku untuk jualan. Bolehkah kita mendapat keuntungan daripada hasil jualan barangan tersebut dengan kos sewaan yang boleh dikatakan agak besar serta persaingan yang sangat hebat? Saya ada juga sesekali bertanya peniaga – peniaga tersebut boleh untuk ker jual barang ini? Katanya, boleh sangat malah kekadang tu keuntungan yang diperolehi diluar jangkaan walaupun ditolak hasil jualan dengan kos – kos ditanggung seperti sewaan, api dan sebagainya.
Kenapa hal ini berlaku? 9 dari 10 punca pendapatan adalah dari perniagaan diungkapkan sedemikian kerana peniaga – peniaga akan menjual barangan berlainan antara peniaga – peniaga tersebut. Katakan peniaga A menjual sayur – sayuran manakala penjual B pula menjual barangan basah, peniaga C pula menjual beras, gula dan barangan runcit lain. Ada tak kemungkinan peniaga A tidak mempunyai beras dan perlu membeli dari peniaga C dan peniaga B memerlukan sayur yang perlu dibeli dari peniaga A? Dengan pusingan atau putaran yang sedemikianlah yang menyebabkan ungkapan 9 dari 10 punca pendapatan adalah dari perniagaan. Tidak semua peniaga dapat menjual semua barangan sehinggakan dia tidak perlu membeli dari peniaga lain.

Ini semua hanya sekadar perkongsian kecil dalam kehidupan harian kita merempuh ranjau yang tidak pernah hilang durinya. Berilah pandangan dan pendapat saudara untuk dikongsi dengan pembaca lain untuk manfaat kita semua. Insya allah.

No comments:

Post a Comment