Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -
1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)
Search Result
Apr 19, 2011
Apr 12, 2011
Poco - Poco haram ?
Banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengharaman tarian “Poco – Poco” oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru – baru ini. Ada yang mengatakan tarian tersebut hanya sebagai tarian untuk senaman dan tak kurang juga yang mengatakan tarian tersebut sekadar mengisi masa senggang atau riadah dalam bentuk lebih santai. Saya ada terdengar baru – baru ini dalam salah satu daripada stesen radio yang menemubicara Jabatan Mufti Negeri Perak berkenaan perkara ini. Dalam temubicara tersebut dinyatakan sebelum tarian tersebut diharamkan Jabatan Mufti Negeri Perak ada mendapat aduan berkenaan tarian ini dan beliau sendiri tidak mengenali dan mengetahui akan kewujudan tarian ini. Oleh kerana terdapat aduan yang dibuat maka beliau telah meminta satu pasukan untuk mengkaji dan memantau tarian ini dari segi agama dan dari situlah di dapati tarian tersebut diamalkan oleh gereja sebagai satu upacara penyembahan/berdoa yang mana mengikut tarian asalnya adalah membentuk salib. Kalau kita nak bersenam, amalan yang sangat efektif adalah solat lima waktu, katanya. Dalam islam, setiap perkara dan perbuatan yang menyerupai amalan agama lain adalah diharamkan. Oleh yang demikian, tarian tersebut diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak. Disini saya cuba mencari sumber – sumber yang dapat memberikan maklumat berkenaan asal – usul tarian ini melalui “pakcik google” yang sangat efektif dan tidak mengecewakan dalam memenuhi tuntutan peminatnya.
Labels:
poco - poco,
tarian
Apr 10, 2011
Kaedah Sebenar Mandi Wajib
Sebenarnya artikel ini telah lama berada dalam simpanan saya dan saya sendiri telah lupa akan sumbernya. seingat sayalah artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan saya yang gemar menyimpan dan mencari maklumat bagi menambahkan ilmu yang tidak pernah kering andai digali. Semakin dalam ianya digali semakin banyaklah hasil yang diperolehi. Oleh itu sama - samalah kita manfaatkan maklumat yang tidak seberapa ini sebagai tambahan kepada ilmu yang telah kita ada serta pelajari.
Berikut ini adalah cara/kaedah sebenar mandi wajib supaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.
1. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm);
2. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan;
3. Beristinjak –membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada);
4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat;
5. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”;
6. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal;dan
7. Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wuduk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wuduk
Labels:
islam,
mandi wajid
Apr 7, 2011
Kembara Jalanan
Ramai orang sentiasa memasang keinginan untuk mengembara ke Negara asing kerana baginya banyak permandangan yang menarik dapat disaksikan disana tapi tak ramai yang habis untuk mengembara Negara sendiri (MALAYSIA). Sebenar banyak tempat – tempat menarik yang terdapat di Negara kita antaranya adalah seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Genting Highland dan sebagainya. Tempat – tempat ini adalah sangat sinonim dengan rakyat kita tapi sekiranya kita cuba mencari tempat – tempat menarik untuk diterokai/dilawati pastinya kita tidak akan diselubungi dengan kekecewaan. Saya sangat bertuah pada kali ini kerana disamping menjalankan tugasan yang diarahkan dapat juga merasa dan menikmati keindahan alam ciptaan ilahi yang jauh sekali dari terlintas di benak fikiran ini. Saya dibawa ke kawasan ini yang rasanya semua orang pasti pernah mendengar akan kewujudannya dan mungkin juga ada yang telah menawannya dan mungkin juga tidak kurang yang baru memasang impian untuk sampai disini. Saya sebenarnya tidak menyangka akan dibawa ke sini walaupun sekadar di permulaan kawasan. Gambar dibawah dapat menceritakan segalanya mengenai tempat ini.
Labels:
kembara jalanan
Apr 5, 2011
Ceritaku
![]() |
| Pemandangan pada ketinggian 29,000 batu nautica |
Labels:
airport,
kapal terbang,
my 2 cent
Mar 29, 2011
Angkara Mengantuk
Kemalangan adalah satu kejadiaan yang tidak diminta dan tidak juga diundang tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya ianya terjadi kerana diri kita sendiri. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku seperti mana yang dilaporkan didalam dada - dada akhbar adalah atas kecuaian diri si pemandu tersebut samada memandu dalam keadaan mabuk, tergesa - gesa dan yang paling banyak adalah memandu dibawah pengaruh mengantuk. Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dihidangkan dengan satu lagi kejadian angkara mengantuk. Memandu dibawah pengaruh mengantuk sangat - sangat mengundang bahaya kepada diri kalau memandu sendirian dan kepada keluarga sekiranya memandu bersama keluarga. Kejadian yang berlaku semalam amat mengerikan walaupun pemandu dan penumpangnya selamat. Kereta yang dipandu telah merempuh divider tepi jalan dan kereta tersebut tersadai di dalam longkang. Kereta tersebut boleh dikatakan total lost kerana dah berupa macam besi buruk. Keempat - empat tayar pancit dan absorber terkeluar.
Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.
Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.
Labels:
angkara mengantuk,
kemalangan,
mengantuk
Mar 24, 2011
SPM 2010
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua insan yang memperolehi keputusan baik dan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2010. Bagi insan yang tidak mendapat keputusan yang baik atau agak kurang memuaskan janganlah terasa rendah diri atau hilang semangat kerana itu semua bukanlah penamat bagi segalanya. Kecemerlangan dalam akademik hanyalah sebagai pemangkin kepada pembentukan diri dan ianya tidak menjamin dalam melakar kecemerlangan diri dalam kehidupan harian. Kegagalan pula bukanlah tanda negatif dalam pembentukan atau lakaran hidup hari mendatang. Dengan kegagalan inilah selalunya yang boleh mencetuskan anjakan dalam bagi menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dalam segala hal. Saya juga pernah melalui kegagalan dan saya pasti setiap insan yang bernama manusia akan tetap merasai kegagalan sekurangnya sekali dalam hidup ini kerana kita semua bukan insan yang dicipta untuk berjaya tetapi kita dicipta untuk membina kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri. Tidak semua orang akan sentiasa berada diatas dan tidak semua orang akan sentiasa berada dibawah. Akan ada satu masa kita perlu berada dibawah bagi memperingati diri akan kebesaran ALLAH s.w.t. Tetaplah berusaha dan terus berusaha dalam meniti kejayaan yang pasti akan datang menyapa sesiapa yang memintanya. Apa - apa pun percayalah pintu kejayaan tidak akan tertutup bagi yang berusaha dan ianya tidak akan selalu terbuka bagi yang lalai menghargainya. Tahniah dan sekalung syabas dihulur kepada yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada segalanya, hanyalah satu permulaan kepada erti sebuah kehidupan yang sebenar. Selamat tinggal SPM 2010.
Labels:
SPM
Subscribe to:
Posts (Atom)


