Search Result

Showing posts with label my 2 cent. Show all posts
Showing posts with label my 2 cent. Show all posts

Apr 5, 2011

Ceritaku

Pemandangan pada ketinggian
29,000 batu nautica
Kali ini saya menghala ke Sarawak sekali lagi tapi bukan ibu negerinya. Saya bersama 2 orang rakan ke Sarawak untuk satu tugasan khas. Macam best je kan. Tak delah kami disini ada urusan untuk diselesaikan. Perjalanan menaiki kapal terbang ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 59 minit tidak termasuk check-in dan tunggu luggage. Masuk je dalam kapal terbang saya tengok dah ramai yang mengambil tempat duduk dan ada beberapa orang sedang beratur sambil menunggu penumpang yang hadapan memasukkan hand luggage ke tempat penyimpanan. Sekali imbas perasaan risau pun terbit dek kerana takut – takut tempat penyimpanan telah penuh. Kalau dah penuh macam mana nak letak bag yang saya galas ni, kata saya dalam hati. Sambil menunggu tu saya pun tinjau nombor tempat duduk saya dan tempat penyimpanan. Sampai je saya di tempat duduk saya pun cari ruang untuk memuatkan bag galas saya supaya saya tak lah kena letak bag kat tepi kaki. Kebetulan tempat duduk saya terletak di tepi tingkap dan ditengah – tengah antara tempat duduk saya dan rakan saya ada seorang lelaki yang telah dulu mengambil tempat duduknya. Saya pun minta untuk di memberikan ruang untuk saya masuk ke tempat duduk saya. Baru je saya duduk ditempat tersebut lelaki di sebelah saya pun menegur sambil online di mobile phone “saya je ker yang terasa panas atau tempat ini memang panas, katanya pada saya”. Memang panas, balas saya. Pramugari tadi beritahu yang aircon akan dipasang setelah kapal terbang ini berlepas, katanya lagi. Saya pun ambil buku di hadapan saya sambil menunggu kapal terbang tersebut berlepas. Sekali lagi lelaki tersebut menyapa saya, “inilah kali pertama saya naik kapal terbang merasa panas macam ni. Selalunya saya naik airasia tak panas macam ni, katanya lagi”. Saya pun mengiakan sahaja apa yang dibebelkannya kerana saya sendiri pun tak pasti akan perkara itu walaupun saya pernah menaiki pesawat airasia tapi saya tak perasan akan hal tersebut. Beberapa minit kemudian di pun membebel lagi pada saya, inilah kali pertama saya tengok orang berkipas dengan kertas dalam kapal terbang dan ini jugalah kali pertama saya tengok pramugari berpeluh kerana kepanasan, katanya lagi.

Feb 1, 2011

Pemimpin

Memilih pemimpin negara adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan berat dan menjadi pemimpin negara juga merupakan satu tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai pemilih pemimpin, kita perlu melantik seorang insan sangat - sangat murni budi pekertinya disamping bertanggungjawab dan mempunyai ciri - ciri pemimpin serta yang paling - paling penting sekali adalah beriman kepada ALLAH s.w.t. Sebagai pemimpin pula, dia perlulah bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan dan sentiasa bermusyawarah dalam melaksanakan sesuatu perkara, tidak mudah dibayangi oleh hasutan luar dan berpendirian tegas demi menegakkan agama ISLAM. 

Nov 1, 2010

Mengejar barisan hadapan

Untuk menaiki flight kita mestilah sampai 1 jam lebih awal bagi membuat pendaftaran masuk dan sebagainya. Saya sampai lebih kurang 1 jam 30 minit awal di airport pada kali ini. Setelah selesai membuat pendaftaran masuk menggunakan cara baru iaitu melalui web check-in dan kemudian baru membuat pendaftaran masuk barangan. Walau ini bukanlah kali pertama saya membuat pendaftaran masuk melalui web check-in tetapi dek sebab ia menjadi wajib tergagau jugak la nak buat pendaftaran menggunakan web check-in ini. Setelah selesai semuanya saya dan rakan – rakan menerusnyakan niat seterusnya iaitu menunaikan solat kerana takut tak sempat untuk bersolat sewaktu sampai. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Setelah selesai solat kami pun terus memasuki ruang menunggu di pintu yang telah ditetap. Sambil berjalan, kami bersembang beberapa perkara termasuklah perkara yang berlaku sewaktu menaiki pesawat untuk sampai disini. Kami tidak mahu lambat memasuki pesawat lagi. Kata kawan saya, kali ini kita jangan jadi macam mana kita datang nanti tak der tempat nak letak barang lagi. Setelah sampai di ruang menunggu kami pun menoleh ke semua penjuru untuk mencari lokasi yang terbaik untuk menjadi orang terawal memasuki pesawat. Setelah meninjau – ninjau beberapa minit kami pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi berhadapan dengan pintu dan kaunter masuk. Setelah duduk dikerusi tersebut kami berkata, hehe kali ni tentu kita akan menjadi antara orang yang terawal memasuki pesawat. Kami pun ketawa bersama – sama. Selang beberapa minit terdengar suara dari pembesar suara yang memanggil semua penumpang untuk beratur bagi memasuki pesawat. Kami pun dalam kehairanan mencari – cari dari mana datangnya suara tersebut sedangkan kami semua duduk dihadapan kaunter dan pintu masuk. Selalunya suara tersebut datang dari kaunter itu. Tinjau punya tinjau barulah kami perasan yang suara tadi datang dari kaunter dari sebelah hujung satu lagi. Rupanya kami duduk di tempat duduk yang paling akhir. Sambil berjalan kami ketawa, ingatkan kita boleh jadi orang pertama masuk pesawat tapi rupanya kitorang lah antara orang yang terakhir memasuki pesawat. Sambil ketawa keriangan kami meneruskan perjalanan memasuki pesawat yang telah sedia untuk berlepas. Nasib baik kali ini walaupun masuk lewat masih ada ruang untuk menyimpan barang – barang kami kalau tidak menyesal tak sudah mahunya kami kat situ.

Oct 29, 2010

Flight Oh Flight

Rasanya dah lama saya tak keluar outstation. Mungkin ini kali ketiga kot bagi tahun ini saya di arahkan untuk  outstation. Saya tiba di KLIA 1 jam sebelum kapal terbang (flight) bertolak. Saya bersama 3 lagi rakan saya iaitu A.M.R  bukan nama sebenar telah ditugaskan ke sana selama beberapa hari. Setelah kami check-in, kami teruskan perjalanan ke tempat menunggu sebelum berlepas di pintu A_. dalam perjalanan itu saya tetiba rasa nak ke tandas. Al maklum la nak naik Flight takut kena pegi tandas dalam Flight nanti rasa tak selesa sangat la plak. Nampak je tandas saya terus masuk sambil berpesan pada rakan – rakan yang lain “saya gi tandas dulu”. Keluar je dari tandas saya terus berjalan untuk mengejar rakan – rakan yang lain yang saya rasa telah sampai di tempat menunggu. Setelah saya sampai di tempat menunggu tersebut saya pun melihat sekeliling mencari rakan – rakan yang lain. Beberapa minit saya mencari – cari namum bayang – bayang dorang pun tak nampak. Rasanya dorang semua dah masuk ke dalam flight kot. Dalam masa yang sama terdengar pengumuman daripada pembesar suara “semua penumpang – penumpang penerbangan MH___ sila beratur untuk menaiki flight, keutamaan diberikan kepada penumpang yang berada di kedudukan __ hingga __.” , apa lagi saya pun terus beratur kerana merasakan rakan – rakan saya tadi telah masuk ke dalam flight. Sampai je dalam flight, saya pusing sekeliling untuk mencari rakan – rakan yang lain. Nampaknya dorang masih tak masuk flight la, kata saya dalam hati sambil merungut, manalah dorang semua pegi nie. Saya pun terus duduk di bangku yang telah ditetapkan. Beberapa minit lepas tu barulah saya nampak rakan – rakan saya masuk. Sambil tersenyum saya menegur diorang, “mana korang pegi, puas aku cari korang”. Dengan muka yang sedikit berkerut dorang membalas “yo la tu, kitorang tunggu kat luar tandas tadi sampai nak terlepas flight rupanya ko kat sini, dah la masuk sorang – sorang phone pun tutup”. Rakan saya yang lain pula berkata “puas kitorang cari ko tadi rupanya ko dah kat dalam flight, kitorang suruh orang kaunter tu tunggu ko tapi orang kaunter tu kata ko dah masuk tapi kitorang tak percaya dan kitorang suh dia check sekali lagi.”. sekali lagi dia check dalam senarai yang telah memasuki tempat menunggu, katanya yang tak masuk lagi Cuma ________. Dalam kehairanan rakan – rakan saya meneruskan langkah dengan berat hati ke dalam flight. Saya dan rakan – rakan saya ketawa sambil diorang berkata macam manalah ko leh menyelinap masuk cepat sampai kitorang pun tak nampak ko. Diorang berkata lagi, sebabkan ko la kitorang dah tak der tempat nak letak barang. Aku dengan perasaan sedikit bersalah tersenyum kekelatan.