Kemalangan adalah satu kejadiaan yang tidak diminta dan tidak juga diundang tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya ianya terjadi kerana diri kita sendiri. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku seperti mana yang dilaporkan didalam dada - dada akhbar adalah atas kecuaian diri si pemandu tersebut samada memandu dalam keadaan mabuk, tergesa - gesa dan yang paling banyak adalah memandu dibawah pengaruh mengantuk. Semalam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dihidangkan dengan satu lagi kejadian angkara mengantuk. Memandu dibawah pengaruh mengantuk sangat - sangat mengundang bahaya kepada diri kalau memandu sendirian dan kepada keluarga sekiranya memandu bersama keluarga. Kejadian yang berlaku semalam amat mengerikan walaupun pemandu dan penumpangnya selamat. Kereta yang dipandu telah merempuh divider tepi jalan dan kereta tersebut tersadai di dalam longkang. Kereta tersebut boleh dikatakan total lost kerana dah berupa macam besi buruk. Keempat - empat tayar pancit dan absorber terkeluar.
Compresornya juga terkeluar ke tengah jalan. Difahamkan keluarga tersebut dari bentong ke raub bagi membeli buku untuk anak. Jadikanlah ini sebagai peringatan kepada semua supaya sentiasa memandu dalam keadaaan yang tidak mengantuk kerana bukan sahaja diri malah keluarga yang bersama di dalam kenderaan itu juga bagai nyawa dihujung tanduk menanti sedikit kesilapan atau kealpaan untuk menjamah tragedi. Biarlah kita dijemput ALLAH dalam keadaan yang baik dari yang menyayat hati.
