Hari saya sangat bertuah kerana terdetik dihati saya untuk mengerjakan solat asar berjemaah di surau. Kebiasaannya kita selalu dihadapkan dengan kuliah subuh atau kuliah maghrib tapi kali ini saya dihidangkan dengan kuliah asar yang ringkas tapi padat. Imam tersebut berkongsi ilmu yang sangat bernilai untuk dihayati bersama. Kisah yang diketengahkan adalah daripada kisah nabi khiddir kalu tak silap sayalah. Ianya mengisahkan 3 orang sahabat yang disuruh oleh nabi khiddir untuk memasuki sebuah gua. Sahabat pertama memasuki gua yang gelap gelita dan tertanya -tanya kenapalah nabi munyuruhnya memasuki gua tersebut. Dalam merentasi kegelapan gua tersebut, dia terlanggar seketul batu dan terdetik didalam hatinya "inilah yang mungkin disuruh oleh nabi merentasi gua ini". Tanpa berlengah dia pun mengambil batu tersebut satu demi satu tapi masih banyak untuk dikutip.
Search Result
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
Jun 18, 2011
Apr 19, 2011
Elakkan Iman Luntur
Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -
1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)

Apr 10, 2011
Kaedah Sebenar Mandi Wajib
Sebenarnya artikel ini telah lama berada dalam simpanan saya dan saya sendiri telah lupa akan sumbernya. seingat sayalah artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan saya yang gemar menyimpan dan mencari maklumat bagi menambahkan ilmu yang tidak pernah kering andai digali. Semakin dalam ianya digali semakin banyaklah hasil yang diperolehi. Oleh itu sama - samalah kita manfaatkan maklumat yang tidak seberapa ini sebagai tambahan kepada ilmu yang telah kita ada serta pelajari.
Berikut ini adalah cara/kaedah sebenar mandi wajib supaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.
1. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm);
2. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan;
3. Beristinjak –membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada);
4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat;
5. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”;
6. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal;dan
7. Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wuduk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wuduk
Labels:
islam,
mandi wajid
Jan 31, 2011
Membentuk cara hidup ISLAM
Sebagai orang islam kita pasti sentiasa dahagakan sebuah negara yang bukan sahaja dinobatkan sebagai negara islam tapi setiap aspek perlulah mengikut garis panduan al - quran dan as - sunnah. Dengan 2 perkara itulah insya allah, kita semua akan selamat dunia dan akhirat. Banyak kes - kes penyelewangan dan juga keruntuhan moral di paparkan di dada akhbar serta di hebahkan jua melalui media elektronik. Kes penderaan kanak - kanak semakin mengancam hidup anak - anak kecil, kes kehilangan kanak - kanak dan juga kes pembuangan bayi di tepi - tepi tong sampah. Yang baik dan punyai sedikit naluri manusia membuang bayinya ke tepi - tepi masjid dan juga tepi - tepi rumah orang.
Labels:
al - hadis,
al - quran,
hadisdis,
islam
Nov 28, 2010
wuduk ketika sakit
Setiap orang tak akan lari merasa ujian Allah s.w.t dengan merasai kesakitan sama ada sakit yang sedikit ataupun sakit yang teruk. Sakit atau cedera boleh berlaku atas banyak sebab sama ada dari diri sendiri mahupun disebabkan oleh perkara yang tidak terduga.
Sebagai umat islam persoalan pertama yang kita fikirkan bila ditimpa sakit atau cedera adalah bagaimana dengan solat? Adakah kita tidak perlu menunaikan solat sekiranya kecederaan kita teruk sehingga mengganggu kebolehan kita mengambil air sembahyang atau kita hanya perlu memasang niat dan melaksanakan dalam keadaan kekurangan? Sekiranya kita tidak solat maka macam mana firman ALLAH swt yang menyebut “solat adalah tiang agama” sekiranya tidak dijaga solat kita maka perkara yang lain menjadi tidak sempurna.

orang sakit,
wuduk,
wuduk orang sakit
Nov 23, 2010
Penghayatan Erti Kesalahan dan Kejahatan
Kita sentiasa diseur untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan . setakat manakah kita menghayati akan bait – bait perkataan tersebut. Berbuat kebaikan, bermula dari niat sehinggalah terlaksana perbuatan baik tersebut kita diberikan pahala. Kejahatan, balasan ditangguhkan sekiranya kita hanya berniat dan tidak melakukan lagi perbuatan jahat tersebut. Malah setelah melakukan kejahatan/kesalahan kita sentiasa diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan dan berusaha meninggalkan perkara yang mungkar. ALLAH s.w.t sentiasa menerima taubat dari umatnya selagi matahari tidak di terbit di ufuk barat. Kita yang dilahirkan ke muka bumi ini sentiasa mempunyai hikmah dan tugasan yang perlu dilakukan. Semua nasib kita berada di arasy ALLAH s.w.t tetapi itu bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. ALLAH s.w.t berfirman “aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”. Apa yang kita faham dengan firman ALLAH s.w.t itu. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh tanpa berusaha dengan alas an semuanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t dan buat ape kita nak mengubah apa yang ALLAH s.w.t tetap. Pendirian sedemikian amatlah tidak memenuhi kehendak ilahi yang sentiasa mahukan umatnya membentuk diri sendiri agar menjadi insan yang terbaik dikalangan insan yang baik. Kesalahan dan kejahatan yang kita lakukan juga terdapat hikmahnya, mungkin dengan kesalahan dan kejahatan yang kita lakukan akan membiakkan hati menjadi putih bagaikan buih – buih sabun yang mencuci pakaian kotor agar kembali putih bersinar. Kita akan lebih merasa diri ini dekat dengan ALLAH s.w.t setelah kita bersungguh – sungguh berusaha memperbetulkan diri dari kejahatan dan kesalahan silam. Setiap kesalahan/kejahatan akan menjadikan kita lebih memahami peranan kita sebagai khalifah yang dipilih dikalangan beribu –ribu benih yang berenang untuk disenyawakan sebelum ditiupkan roh untuk memberikan nyawa bagi menghayati keindahan bumi sementara ciptaan ALLAH s.w.t sebelum menunggu alam akhirat yang kekal abadi.
Nov 19, 2010
Baitul Maqdis
Ketika kedatangan rejim Zionis pada perang 1948, Baitul Maqdis meliputi kira – kira 84.1% daripada keseluruhan kawasan tanah suci Palestin. Walaupun kebanyakannya adalah hak milik masyarakat Arab(lebih kurang 85%), namun kawasan itu telah dikuasai Yahudi dengan pembinaan – pembinaan kawasan penempatan Yahudi di kawasan Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya, berhampiran kampung – kampung Arab seperti Lifta dimana Parlimen Israel(Keneset) dan beberapa kementerian ditubuhkan, ‘Ain Karim, deir Yasin dan al – Maliha. Sehingga 1967, rejim Zionis telah Berjaya menguasai kawasan timur termasuk Masjid Al – Aqsa walaupun pada hakikatnya kawasan ini sebahagian dari Tebing Barat. Dua kawasan itu telah disatukan di bawah pemerintahan “Israel” pada 27 Jun 1967 dan pada 30 Julai 1980 ia telah diisytiharkan sebagai ibu kota “Israel”.
Ideologi Yahudi-Zionis menjadikan Baitul Maqdis sebagai isu utama di dalam agama dan sejarah Yahudi. Lima puluh tahun sebelum kewujudan Negara “Israel”, Herzl, pengasas Gerakan Zionis Antarabangsa, berkata, ‘Jika kita dapat menawan Baitul Maqdis sebelum saya mati, secara peribadi saya mengusir keluar semua yang kita anggap tidak suci bagi Yahudi dan membakar semua symbol sejarah yang dibina sejak berabad lamanya.
’Untuk meneruskan program sistematik dan intensif Yahudi, “Israel” telah memperluaskan kawasan yang ditakluki secara beransur – ansur dari Baitul Maqdis ke Tebing Barat, dari 6.5km2 pada 1967 kepada 123km2 pada tahun 1990. Mereka merancang untuk menubuhkan “Baitul Maqdis Baru” yang merangkumi 840km2 iaitu 15% daripada kawasan Tebing Barat. Rejim Zionis telah menubuhkan 11 penempatan yang diduduki 220 ribu masyarakat Zionis di Timur Baitul Maqdis, sekitar Bandar lama di mana terdapatnya Masjid Al – Aqsa. Sejumlah 17 koloni Yahudi telah dibina di sekitar Baitul Maqdis dalam usaha mengusir masyarakat Arab-Muslim. Lantaran itu menjadikan umat Islam tidak mampu mengambil alih semula kawasan itu atau sekurang – kurangnya kawasan timur Palestin untuk masa hadapan.
Ketika 90% daripada populasi penduduk sebelum kedatangan British adalah masyarakat Arab, Juruselam telah meningkatkan perluasan kawasannya kepada 86% pada tahun 2000, Arab hanya memiliki 4% daripada tanah mereka manakala baki 10% adalah untuk generasi Yahudi yang akan datang.
Sejak tahun 1967, PBB dan Pasukan Keselamatan telah mengeluarkan pelbagai resolusi yang terang – terangan ditolak oleh Israel yang telah mengambil alih kawasan Timur Baitul Maqdis. Israel turut menolak saluran yang sah untuk menukar status Bandar itu agar tidak terikat dan memastikan tindakan mereka hanya menguntungkan pihak mereka semata – mata. PBB dan Majlis Keselamatan turut mengutuk tindakan Israel kerana melakukan kekejaman dan mereka berpendapat bahawa Israel sepatutnya berundur dari Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis. Resolusi pertama bernombor 2253 dikeluarkan pada 4 Julai 1967. Manakala pada 29 Julai 1980, resolusi kedua dikeluarkan berikutan penguasaan unilateral Israel ke atas Baitul Maqdis menyebabkan pertubuhan antarabangsa itu menggunakan kuasa yang ada padanya (Majoriti 112 dengan 8 pembangkang dan 24 berkecuali) untuk mengeluarkan resolusi bernombor ES712 yang menuntut pengunduran tanpa syarat oleh Israel dari semua kawasan yang ditawan termasuk Baitul Maqdis. Hari berikutnya, Majlis Keselamatan hampir bersetuju (14 undian tanpa undi dari Amerika) untuk mengeluarkan resolusi menuntut Israel supaya berhenti dari menguasai Palestin dan mengutuk tindakan Israel yang cuba menukar status Baitul Maqdis sebagai tidak sah. Walaupun pada dasarnya resolusi ini mengiktiraf hak asasi kemanusiaan rakyat Palestin namun ia masih kurang berkesan dan memerlukan satu tindakan berasingan bagi memastikan pelaksanaannya oleh Israel yang sememangnya begitu angkuh dan bongkak. Israel ternyata tidak pernah menghiraukan sebarang arahan dan kecaman daripada masyarakat antarabangsa.
- AMAN PALESTIN -
Nov 15, 2010
Perjalanan Sejarah Palestin
Kronologi Palestin
- 2,500 sebelum masihi : Masyarakat Canaatites berhijrah secara beramai – ramai dari tanah Arab ke Palestin dan menjadi perintis kewujudan Palestin. Mereka mengasaskan lebih kurang 200 buah Bandar dan kampung di Palestin seperti Beisan (Beit Shean), “Asqalan (Askelon), “Akka (Acre), Haifa, Al – Khalil (Hebron), Asdud, Bir Al – Saba”(BeerSheba) dan Beit Lahm (Bethlehem).
- 1900 sebelum masihi : Nabi Ibrahim a.s membawa sinar tauhid ke tanah suci Palestin kira – kira pada 1,900 tahun sebelum masihi dan menjalin hubungan baik dengan pemerintah Baitul Maqdis ketika itu, Malki Sadiq yang berpengaruh.
- Anak – anak lelaki Nabi Ibrahim – Nabi – Nabi yang meneruskan perjuangan ayahandanya : Ismail (Ishmael) di Mekah, sementara Ishaq (Isaac) dan anak lelakinya Ya’qub (Jacob) (juga diberi gelaran Israel) menduduki Palestin. Nabi Ya’qub mempunyai 12 orang anak lelaki dikenali sebagai Bani Israel (Israelites) berhijrah ke Mesir. Di Mesir, mereka ditindas dan dizalimi oleh rejim Firaun.
- Tahun ke-13 sebelum Masihi : Allah mengutuskan Nabi Musa a.s untuk membebaskan mereka dari kezaliman dan penindasan Firaun serta tenteranya. Walaubagaimanapun, Bani Israel tetap enggan untuk menyertai Nabi Musa ke Tanah Palestin.
- Kehadiran Nabi Daud a.s : Nabi Daud dianugerahkan Allah s.w.t sebuah kerajaan kira – kira pada tahun 1,004 sebelum Masihi, yang menjadi lambing kelahiran era baru untuk sinar tauhid di Tanah Suci Palestin. Baginda mengalahkan pihak penceroboh dan menguasai hampir keseluruhan Palestin kecuali kawasan persisiran pantai. Baginda kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Baitul-Maqdis pada tahun 995 sebelum Masihi. Zaman pemerintahan anak lelaki Nabi Daud iaitu Nabi Sulayman a.s (Salamon) merupakan zaman pembangunan dan kegemilangan bagi Palestin.
- Kematian Nabi Sulayman a.s : Kerajaan baginda telah dipecahkan kepada dua pemerintahan. Yang pertama, “Kerajaan Israel” telah ditubuhkan di kawasan utara Palestin. Namun pemerintahan ketika itu (923 – 721 sebelum masihi) mengamalkan sistem rasuah dan keadaan menjadi terlalu huru – hara sehingga Ensiklopidea Brittanica menggelarkannya sebagai “Kerajaan Berekor”. Pada ketika itu, kerajaan Syria di bawah pemerintahan Raja Sargon II telah menghancurkan Kerajaan Israel ini. Kerajaan kedua dikenali sebagai “Kerajaan Judah” diperintah dari Baitul-Maqdis untuk tempoh 923 sehingga 586 sebelum masihi. Kerajaan ini terlalu lemah dan sering dijadikan sasaran ancaman luar. Kerajaan Judah akhirnya jatuh pada tahun 586 sebelum Masihi di tangan pemerintah Babylon. Nebukadnezer yang menawan Baitul-Maqdis dan memusnahkan gereja – gereja. Lembaran Yahudi ada meyebut tentang dosa dan hukuman bagi Bani Israel termasuklah kejatuhan kerajaan mereka.
- 539 – 332 sebelum Masihi : Palestin di bawah pemerintahan Parsi.
- 332 – 63 sebelum Masihi : Tamadun Greek menguasai Palestin.
- 63 sebelum Masihi – 394 Masihi : Empayar ROM menguasai Palestin. Pada tahun 63 sebelum Masihi, mereka menguasai seluruh kawasan Palestin dan empayar ROM mengabaikan pemerintahan Yahudi di Baitul-Maqdis. Yahudi telah membentuk dua kumpulan pemberontak untuk memberontak pada 66 - 70 dan 132 – 135 Masihi. Walaubagaimanapun, kdua – dua kumpulan telah dihancurkan secara zalim oleh tentera ROM.
- Bilangan Masyarakat Yahudi kekal rendah untuk 1800 tahun : Bilangan masyarakat Can’aan yang menjadi penduduk pribumi dan kelompok badwi Arab terus kekal di Palestin sebelum dan selepas kehadiran Israel sehinggalah ke hari ini.
- 394 – 636 Masihi : Empayar Byzantin mengaku menguasai kawasan Barat Empayar ROM sejak tahun 394 Masihi, dan mempunyai ruang di bawah pemerintahan Parsi sekaligus mendominasi Palestin.
- 636 – 1918 Masihi : Palestin di bawah pemerintahan Islam (kecuali untuk lebih kurang 88 tahun di bawah pemerintahan Crusades 1099 – 1187 Masihi). Palestin memperolehi identiti islamnya dan semua masyarakatnya adalah masyarakat Arab dan Islam.
- Di dalam kelemahan dan dalam mempertahankan diri, Kerajaan Kristian di Baitul-Maqdis telah terselamat dari beberapa cubaan serangan ketenteraan komander Muslim, seperti Nur al-Din Mahmud Zinki untuk selama lapan puluh lapan tahun tetapi akhirnya tewas di tangan pahlawan Islam Salah al-Din al-Ayyubi.
- 12 abad Muslim : menguasai Palestin yang berakhir pada 1917 adalah tempoh paling lama dan paling komprehensif pemerintahan dalam sejarah Palestin. Tambahan pula, tempoh itu adalah tempoh paling toleransi dan selesa untuk semua agama dan kerpercayaan. Rekod muslim memerintah Palestin dan memelihara kesuciannya ternyata layak dipuji dan memberi sinar kepada bumi Palestin.
- 1917 – 1948 : Palestin di bawah kekuasaan British.
- 1948 – 1967 : Rejim Zionis menguasai 77% daripada tanah Palestin.
- 1967 – kini : Rejim Zionis menguasai kawasan lain di Palestin(Tebing Barat dan Semenanjung Gaza)
- Oktober 2005 : Rejim Zionis dimalukan dan keluar dari Semenanjung Gaza.

Nov 14, 2010
Istimewanya Palestin
Kedudukan Palestin di Dalam Islam
Palestin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hati setiap orang islam. Di dalamnya terletak Masjid Al - Aqsa, kiblat pertama bagi masyarakat Islam dan masjid ketiga suci di dalam Islam. Ia juga adalah tanah untuk Al - Israa.
Perjalanan Malam
Kerana kesuciannya, Nabi Muhammad s.a.w telah dinaikkan ke langit pada malam isra' Mikraj. Kitab suci Al - Quran menjelaskan bahawa di tanah itulah kebanyakan nabi - nabi dilahirkan, diangkat dan jasad mereka dikebumikan. Semoga ALLAH merahmati mereka semua. Menurut persektif Islam, tanah Palestin adalah tanah manusia akan dikumpulkan dan akan dihisab pada Hari Kiamat kelak. Inilah pusat keamanan sebenar. Sesiapa yang menduduki tanah Palestin dikira sebagai mujahid-pejuang di jalan ALLAH s.w.t.

Nov 13, 2010
Menyingkap sejarah tanah palestin
Nama Palestin diberikan kepada bahagian Barat Daya Bilad al – Sham(Syria), terletak di Asia Barat dan timur Mediterranean. Ia terletak di tengah – tengah laluan antara Asia dan Afrika, kedua – duanya merupakan kawasan masyarakat muslim. Palestin dapat ditentukan dengan kedudukannya yang hampir dengan Eropah. Ia terletak di sempadan utara Lubnan menghadap timur laut Syria dan timur laut Jordan serta ke arah selatan Mesir. Keluasan Palestin mengikut sempadan yang terlukis pada hari ini adalah 27,009km2.
Bukti sejarah kuat mengatakan bahawa penempatan manusia di Palestin bermula sejak zaman dahulu kala. Tanah itu turut menjadi saksi perubahan tamadun manusia dari mengusahakan ternakan lembu kepada pertanian. Bandar tertua di dunia, Jericho turut ditemui di timur laut Palestin pada tahun 8000 sebelum masihi.
Antara klasifikasi terawal di Palestin adalah Ard Can”aan(Tanah Can”aan) yang dinamakan sempena penghijrahan masyarakat Can”aan dari tanah Arab ke kawasan itu kira – kira 2,500 tahun sebelum masihi.
Nama Palestin diambil sempena nama masyarakat maritim(Philistines) yang telah bermigrasi dari Asia Barat Minor dan Sungai Agean ke tanah suci itu pada 12 abad sebelum Masihi. Mereka menetap di kawasan persisiran pantai, namun mereka telah berhijrah ke kawasan penduduk Can”aan dan nama mereka dikekalkan.

Oct 26, 2010
Zulhijjah yang dilupakan
Kelebihan 10 Hari Pertama bulan Zulhijjah
Nabi Muhammad bersama deraian air mata ketika berdoa panjang pada haji terakhir beliau tanda kecintaan beliau yang sangat dalam terhadap umatnya dan juga sebagai tanda kasihnya beliau kepada kekasihnya yang maha esa. Ketika bermulanya gelincir matahari sehingga terbenamnya matahari 9 Zulhijjah diriwayatkan sebagai masa yang paling afdal untuk berdoa seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Ramai di kalangan kita yang telah mengetahui akan kelebihan 10 malam terakhir bulan Ramadan, tetapi tidak ramai daripada kita yang mengetahui akan kelebihan 10 hari pertama bulan zulhijjah. Iman al – Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas rabiallahuanhu bahawa Nabi SAW bersabda :
‘Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari – hari yang sepuluh ini.’
Para sahabat bertanya “Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah SAW bersabda “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).”
Dalam bulan zulhijjah ini Allah s.w.t memberikan kelebihan kepada mereka yang mampu melakukan Ibadah haji dan umrah dan bagi orang yang tidak mampu jua disediakan kelebihan - kelebihan seperti dibawah : -
1) Solat;
2) Puasa;
3) Bertakbir, Tahlil dan Tahmid;
4) Berkorban;dan
5) Bertaubat dari Maksiat dan Dosa;
Terdapat satu cerita yang meyatakan bahawa terdapat seorang insan yang mengamalkan puasa 9 hari pertama di bulan zulhijjah tidak pernah sakit sehingga pada satu tahun terdapat satu hari yang dia berpuasa tetapi dikatakan berbuka puasa awal oleh kerana dirinya terasa waktu berbuka telah tiba kerana ketika itu keadaan bagaikan waktu berbuka tetapi setelah berbuka disedari yang belum tiba waktu bagi dia berbuka maka terbatallah puasanya pada hari itu dan pada tahun tersebut jualah dia jatuh sakit dan tidak lama selepas itu dia meninggal dunia. Begitulah betapa besarnya kelebihan untuk umat islam menghayati 9 hari zulhijjah. Kejarlah kelebihan ini dan jadikanlah ia sebagai pesta yang Allah s.w.t berikan untuk kita berlumba – lumba mendapatkan kelebihannya selain 10 malam terakhir bulan puasa yang kebanyakan umat islam mengetahuinya.

Oct 23, 2010
Haramkah duit sumbangan hasil dari sumber perjudian
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dalam kesibukan insan - insan dalam merencana hal ehwal ekonomi hingga ke hal ehwal sendiri sempat jua insan - insan ini diusik bak isu yang tetiba menjadi hangat. Entah dari mana isu itu timbul pun kita tak dapat pastikan. Tapi kita sebagai seorang insan yang dilahirkan dengan akal fikiran inilah yang sentiasa membezakan kita dengan makhluk lainnya ciptaan illahi. Dengan akal fikiran inilah yang membuatkan syaitan tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud pada Adam dan menjadi musuh utama anak - anak adam dalam melayari kehidupan di bumi Allah yang tersimpan seribu satu hikmah dan ujian.
Diri ini bukanlah insan yang terbaik dalam mengupas persoalan ini malah memberikan pandangan dengan pengetahuan yang cetek adalah sangat - sangat ditakuti akan memberi gambaran serta persepsi yang salah. Itulah musuh dalam selimut yang amat ditakuti dalam dunia evolusi tanpa sempadan. Disini disertakan 2 pandangan ilmuan islam yang saya petik dari soaljawab.wordpress.com. Semoga dengan petikan ini dapat membuka minda kita dalam melayari kehidupan dalam dunia yang serba mencabar ini. Insya allah.
Dari drmaza.com :
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?
Mazlan, Pulau Pinang.
Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
Dalam riwayat al-Baihaqi,“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
Dari ustaz zaharuddin :
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.
DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.
2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )
Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)
Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه – أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)
RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
Sekian
- Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
- Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
- Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
- Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
- Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
- Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
Labels:
islam
Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani
What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha
- http://soaljawab.wordpress.com -
Labels:
islam
Oct 19, 2010
Kenapa si mati di bin dan di bintikan dengan nama IBU?
Dalam perjalanan pulang dari kerja sebentar tadi saya terlihat seorang kanak - kanak yang berjalan keseorangan yang mana telah membuatkan diri ini tertanya - tanya sendirian tanpa jawapan yang pasti. Kemanakah perginya ibu atau bapa kanak - kanak tersebut? kenapa mereka tidak menemani kanak - kanak tersebut berjalan? tidak takutkah mereka akan kehilangan anak yang mana telah menjadi isu nasional yang tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan. Ibubapa atau anak - anak? banyak persoalan yang timbul hingga tersampailah pada satu perkara yang sebelum ini menjadi bualan bersama kawan - kawan. Ada satu hari tu saya ada bertanya kawan pejabat berkaitan satu perkara yang sering bermain - main serta berlegar - legar dikepala ini. Kenapakah seseorang yang mati itu akan di bin dan di bintikan kepada nama ibu? kawan - kawan ku lantas meneka - neka sambil berbahas secara ilmiah. Selepas pada hari itu saya terbaca saya artikel yang menyatakan bahawa seseorang yang mati akan di bin dan di bintikan dengan nama ibu kerana untuk menutup aib seseorang tersebut sekiranya si mati tersebut merupakan anak luar nikah, bapa bercerai dan yang seangkatan dengannya. Seseorang akan mempunyai ibu tapi tidak semesti mempunyai bapa dan mungkin dalam perjalanan keluarga mereka terdapat pertelingkahan dan menyebabkan bapa terebut meninggalkan keluarga. Betul juga apa yang diperkatakan dalam petikan artikel tersebut. Tapi timbul pula persoalan baru yang timbul dari artikel yang dibaca itu. Bagaimana pula dengan kanak - kanak yang dibuang yang mana ianya jua menjadi isu nasional yang sangat serius lagi kritikal untuk ditanggani secara berhemah. Anak tersebut tidak dapat dipastikan siapakah ibunya. Kalau sewaktu hidupnya akan di bin dan di bintikan dengan nama ABDULLAH. Tapi macam mana kalu anak - anak terebut mati atau meninggal dunia. Dengan nama siapa pula si mati tersebut akan di bin dan di bintikan Sehingga timbulnya cadangan diadakan atau diwujudkan pendidikan seks disekolah bagi memperkenal dan mengajar anak - anak berkaitan peri pentingnya tidak menjadi seperti binatang yang tidak sayangkan anak. Saya dan kawan - kawan sekali lagi berbahas secara ilmiah sehingga ada yang berkata mungkin si mati tersebut di bin dan di bintikan dengan nama aminah, dan nama yang aku sendiri pun dah lupa. Akhirnya pada satu petang datang kawan saya dengan senyuman yang sangat manis dari jauh. Saya pun bertanya kenapa dengan kamu ni. Tersenyum je dari jauh. Katanya dia dah tahu si mati yang dibincangkan sebelum ini dengan nama sape. Saya pun bertanya dengan penuh minat. Katanya sekiranya si mati tersebut tidak dapat dikenalpasti ibunya maka si mati itu akan di bin dan di bintikan dengan nama HAWA. Saya bertanya padanya dari mana kamu dapat jawapan tersebut. Katanya dia terbaca dalam sebuah buku yang baru dibelinya. Kami semua ketawa beramai - ramai sambil berkata akhirnya terjawab jua persoalan tersebut.
Labels:
islam
Oct 17, 2010
Cara - cara bertaubat
Amalkan bacaan ini 1000x setiap hari :

Cara seorang lelaki yang sgt menyesal dan ingin kembali ke jalan ilahi :
Ada cara yang boleh dilakukan. Saya lakukannya perlahan-lahan bagi mengumpul kekuatan diri bagi menempuh hari-hari mendatang.
1) Mandi sunat taubat dan niatkan kita mohon Allah singkirkan segala dosa yang kita lakukan samada yang terdahulu, sekarang dan akan datang. Jirus pada akhir mandi kita.
2) Pakailah pakaian serba putih dan niatkan kita bakal menghadap Allah {mati} pada bila-bila masa.
3) Pada sepertiga malam (2-4 pg), Mulakan solat sunnat dengan solat sunnat Taubat 2 raka'at. Mohon Allah sedia mengampunkan kita kali ini walaupun kita tahu kita sudahpun bermaksiat selama ini. Lakukan dengan penuh harapan, bersungguh-sungguh. Managis sepuas-puasnya. Bayangkan kesakitan api neraka di hadapan kita.
4) Kemudian lakukan solat sunnat Tahajjud 2 raka'at. Mohon Allah benar2 beri Hidayah kepada kita untuk kita kembali kepadaNya.
5) Kemudian lakukan solat sunnat Hajaat 2 raka'at. Mohon Allah sudi memimpin kita dan menunjukkan jalan yang benar di dunia dan akhirat. Mohon juga Allah melantik seseorang yang sesuai memimpin kita kembali kepada Allah.
6) Akhirnya ambil tasbih dan bertafakuur sambil mulut dan hati beristighfar "Astaghfirullahal 'Azhim" sekurang-kurangnya 100 kali, sebanyak mana yang mampu.
Insya-Allah, hamba-hambaNya pasti mendapati Allah benar-benar Maha Memahami lagi Maha Memberi Pertunjuk. Dengan syarat, kena istiqamah. Lakukan setiap mlm hingga hujung nyawa kita.
Juga sertailah mana2 jemaah yang berakidah benar berlandaskan Alquran, sunnah, ijma', kias,.
Elakkan diri dari semua rakan2 yg tidak membantu dekatkn kita pada Allah.
Dekatkan diri dengan orang yg selalu pergi ke masjid dan surau.. selalu pergi ke masjid/surau.. dan mejauhi dari tempat2 maksiat..
Hadiah yang dijanjikan Allah bagi orang-orang yang bertaubat :
1) Taubat itu jalan menuju keberuntungan. Allah berfirman: "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (QS. 24:31). Ibnul Qoyyim berkata: "Janganlah mengharapkan keberuntungan kecuali orang-orang yang bertaubat".
2) Malaikat berdo'a untuk orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman: "(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala'" (QS. 40:7).

‘La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin'
Maksudnya Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri...."
Ayat yang dibaca oleh Nabi Allah Yunus A.S. bersungguh2, dan Allah terima taubat beliau yg ikhlas lalu dia terlepas daripada mulut ikan nun yang besar...

3) Mendapat kemudahan hidup dan rizki yang luas. Allah berfirman: "dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan" (QS. 11:3).
Dan firman Allah: "Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'" (QS. 11:52). Dan Allah berfirman: "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepada-mu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.'"
4) Penghapus kesalahan dan pengampun dosa. Dalam hadis qudsi, Rasulullah bersabda: "Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo'a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensekutukan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula." Dan Rasulullah bersabda: "Orang yang bertaubat dari kesalahan bagaikan orang yang tidak punya dosa." Dalam hadis yang lain: "Taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang lalu."

5) Hati menjadi bersih dan bersinar. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seorang mu'min jika melakukan perbuatan dosa, maka akan terjadi titik hitam di dalam kalbunya, jika dia bertaubat dan minta ampun pada Allah, kembali cemerlang hatinya, jika dosanya bertambah, bertambah pula titik hitam tersebut, hingga menutupi hatinya. Itulah "ar-ron" yang disebut oleh Alloh dalam firman-Nya: 'Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka'" (HR. Tirmidzi).
6) Dicintai Allah. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
6) Dicintai Allah. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t .....Insya allah
Labels:
islam
Subscribe to:
Posts (Atom)