Search Result

Showing posts with label tarian. Show all posts
Showing posts with label tarian. Show all posts

Apr 12, 2011

Poco - Poco haram ?

Banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengharaman tarian “Poco – Poco” oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru – baru ini. Ada yang mengatakan tarian tersebut hanya sebagai tarian untuk senaman dan tak kurang juga yang mengatakan tarian tersebut sekadar mengisi masa senggang atau riadah dalam bentuk lebih santai. Saya ada terdengar baru – baru ini dalam salah satu daripada stesen radio yang menemubicara Jabatan Mufti Negeri Perak berkenaan perkara ini. Dalam temubicara tersebut dinyatakan sebelum tarian tersebut diharamkan Jabatan Mufti Negeri Perak ada mendapat aduan berkenaan tarian ini dan beliau sendiri tidak mengenali dan mengetahui akan kewujudan tarian ini. Oleh kerana terdapat aduan yang dibuat maka beliau telah meminta satu pasukan untuk mengkaji dan memantau tarian ini dari segi agama dan dari situlah di dapati tarian tersebut diamalkan oleh gereja sebagai satu upacara penyembahan/berdoa yang mana mengikut tarian asalnya adalah membentuk salib. Kalau kita nak bersenam, amalan yang sangat efektif adalah solat lima waktu, katanya. Dalam islam, setiap perkara dan perbuatan yang menyerupai amalan agama lain adalah diharamkan. Oleh yang demikian, tarian tersebut diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak. Disini saya cuba mencari sumber – sumber yang dapat memberikan maklumat berkenaan asal – usul tarian ini melalui “pakcik google” yang sangat efektif dan tidak mengecewakan dalam memenuhi tuntutan peminatnya.