Search Result

Nov 1, 2010

Mengejar barisan hadapan

Untuk menaiki flight kita mestilah sampai 1 jam lebih awal bagi membuat pendaftaran masuk dan sebagainya. Saya sampai lebih kurang 1 jam 30 minit awal di airport pada kali ini. Setelah selesai membuat pendaftaran masuk menggunakan cara baru iaitu melalui web check-in dan kemudian baru membuat pendaftaran masuk barangan. Walau ini bukanlah kali pertama saya membuat pendaftaran masuk melalui web check-in tetapi dek sebab ia menjadi wajib tergagau jugak la nak buat pendaftaran menggunakan web check-in ini. Setelah selesai semuanya saya dan rakan – rakan menerusnyakan niat seterusnya iaitu menunaikan solat kerana takut tak sempat untuk bersolat sewaktu sampai. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Setelah selesai solat kami pun terus memasuki ruang menunggu di pintu yang telah ditetap. Sambil berjalan, kami bersembang beberapa perkara termasuklah perkara yang berlaku sewaktu menaiki pesawat untuk sampai disini. Kami tidak mahu lambat memasuki pesawat lagi. Kata kawan saya, kali ini kita jangan jadi macam mana kita datang nanti tak der tempat nak letak barang lagi. Setelah sampai di ruang menunggu kami pun menoleh ke semua penjuru untuk mencari lokasi yang terbaik untuk menjadi orang terawal memasuki pesawat. Setelah meninjau – ninjau beberapa minit kami pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi berhadapan dengan pintu dan kaunter masuk. Setelah duduk dikerusi tersebut kami berkata, hehe kali ni tentu kita akan menjadi antara orang yang terawal memasuki pesawat. Kami pun ketawa bersama – sama. Selang beberapa minit terdengar suara dari pembesar suara yang memanggil semua penumpang untuk beratur bagi memasuki pesawat. Kami pun dalam kehairanan mencari – cari dari mana datangnya suara tersebut sedangkan kami semua duduk dihadapan kaunter dan pintu masuk. Selalunya suara tersebut datang dari kaunter itu. Tinjau punya tinjau barulah kami perasan yang suara tadi datang dari kaunter dari sebelah hujung satu lagi. Rupanya kami duduk di tempat duduk yang paling akhir. Sambil berjalan kami ketawa, ingatkan kita boleh jadi orang pertama masuk pesawat tapi rupanya kitorang lah antara orang yang terakhir memasuki pesawat. Sambil ketawa keriangan kami meneruskan perjalanan memasuki pesawat yang telah sedia untuk berlepas. Nasib baik kali ini walaupun masuk lewat masih ada ruang untuk menyimpan barang – barang kami kalau tidak menyesal tak sudah mahunya kami kat situ.

No comments:

Post a Comment