Search Result
Nov 9, 2010
Bersediakah kita menghadapi ujian
Setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan kehidupan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH s.w.t tetapi kita sentiasa lupa bahawa setiap daripada kita akan sering diuji tak kira usia mahupun darjat seseorang. Ujian ALLAH akan sentiasa datang untuk menguji kekuatan iman kita serta tahap kecintaan kita kepadanya. Ketika kita diuji sering kali kita akan terasa bagai diri ini keseorangan berfikir dan bermunajat memohon pertolongan yang maha esa. Kekadang kita akan merasakan semua permohonan kita bagaikan tidak diendahakan oleh ALLAH s.w.t. Ada juga masa kita akan merasa yang insan sekeliling kita bagaikan suka melihat kita merana dan kekadang kita akan merasa yang mereka bagaikan api dalam sekam. Kekadang jua apabila sesuatu permintaan kita bagaikan tidak dikabulkan kita akan merasa yang ALLAH tidak menghiraukan kita. Demi ALLAH segala permintaan yang kita pohon akan diberikan olehnya tetapi kekadang datangnya rahmat ALLAH dalam keadaan yang tidak kita sangka. Hanya ALLAH yang maha mengetahui baik buruk sesuatu yang kita pohonkan. Apakah dengan memohon sahaja ALLAH akan perkenankan tanpa ada apa - apa pengorbanan dari kita. Percayalah bahawa ALLAH hanya akan menguji kita dengan ujian yang boleh kita hadapi dan ALLAH tidak akan menguji seseorang umatnya sekiranya umatnya tidak dapat menerima bebanan ujian tersebut. Itulah janji ALLAH pada umatnya. Kekadang kita sering jua melihat ada insan yang kecundang pabila berhadapan dengan ujian ALLAH. Adakah ini dikatakan gagal menghadapi ujian ALLAH dan insan tersebut tidak dapat menahan atau menerima ujian tersebut? Bagi saya insan tersebut kecundang bukan kerana dia diuji dengan ujian yang tidak terpikul olehnya tetapi lebih kepada penyediaan diri insan tersebut dan bagaimana cara dia menghadapi ujian tersebut. Itulah intipati kepada kejayaan mengharungi ujian ALLAH didunia ini. Apa kata anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lontanan dari hati yang dalam....
ReplyDeleteBila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka ALLAH menyayangimu, Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka ALLAH ingin mengujimu, Bila ALLAH tidak makbulkan doamu, maka ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun.. kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..
ReplyDelete