Kita sentiasa diseur untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan . setakat manakah kita menghayati akan bait – bait perkataan tersebut. Berbuat kebaikan, bermula dari niat sehinggalah terlaksana perbuatan baik tersebut kita diberikan pahala. Kejahatan, balasan ditangguhkan sekiranya kita hanya berniat dan tidak melakukan lagi perbuatan jahat tersebut. Malah setelah melakukan kejahatan/kesalahan kita sentiasa diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan dan berusaha meninggalkan perkara yang mungkar. ALLAH s.w.t sentiasa menerima taubat dari umatnya selagi matahari tidak di terbit di ufuk barat. Kita yang dilahirkan ke muka bumi ini sentiasa mempunyai hikmah dan tugasan yang perlu dilakukan. Semua nasib kita berada di arasy ALLAH s.w.t tetapi itu bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. ALLAH s.w.t berfirman “aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”. Apa yang kita faham dengan firman ALLAH s.w.t itu. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh tanpa berusaha dengan alas an semuanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t dan buat ape kita nak mengubah apa yang ALLAH s.w.t tetap. Pendirian sedemikian amatlah tidak memenuhi kehendak ilahi yang sentiasa mahukan umatnya membentuk diri sendiri agar menjadi insan yang terbaik dikalangan insan yang baik. Kesalahan dan kejahatan yang kita lakukan juga terdapat hikmahnya, mungkin dengan kesalahan dan kejahatan yang kita lakukan akan membiakkan hati menjadi putih bagaikan buih – buih sabun yang mencuci pakaian kotor agar kembali putih bersinar. Kita akan lebih merasa diri ini dekat dengan ALLAH s.w.t setelah kita bersungguh – sungguh berusaha memperbetulkan diri dari kejahatan dan kesalahan silam. Setiap kesalahan/kejahatan akan menjadikan kita lebih memahami peranan kita sebagai khalifah yang dipilih dikalangan beribu –ribu benih yang berenang untuk disenyawakan sebelum ditiupkan roh untuk memberikan nyawa bagi menghayati keindahan bumi sementara ciptaan ALLAH s.w.t sebelum menunggu alam akhirat yang kekal abadi.
Search Result
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Nov 23, 2010
Nov 20, 2010
Menjana Kejayaan
Bagaimanakah kita mengukur kejayaan? Adakah dengan menjadi jutawan kita telah berjaya atau mempunyai keluarga yang harmoni kita akan dikatakan telah berjaya. Sesungguhnya kejayaan adalah satu perkara yang subjektif. Kejayaan kita sebenarnya bergantung kepada setakat mana kita mencapai matlamat kita. Sekiranya kita mensasarkan untuk memiliki kereta caldina dalam tempoh 3 tahun sebagai matlamat maka kita akan dikira berjaya sekiranya kita mencapainya dalam tempoh yang telah ditetapkan dan begitu jualah sebaliknya. Sekiranya orang bertanya kita perkara pertama yang terlintas difikiran sekiranya disoal pasal orang berjaya mungkin kita akan mengatakan orang Berjaya adalah yang bergaji besar dan mempunyai rumah yang besar atau mungkin orang yang berkereta mewah adalah orang yang berjaya. Apa jua jawapan yang diberikan adalah menggambarkan persepsi kita terhadap orang berjaya tetapi pernah tak kita menyoal diri kita bagaimana seseorang itu berjaya? Apa yang membuatkan dia boleh berjaya? dan apakah pendorong kejayaannya? Daripada pelbagai jawapan dan pandangan yang pernah saya perolehi terdapat banyak faktor dalam menghasilkan kejayaan tetapi yang paling memberikan impak yang sangat luar biasa adalah tekanan. Dengan tekanan kita akan membuka minda lebih luar untuk mencari penyelesaian dan keputusan. ALLAH s.w.t juga menguji kita untuk menaikkan tahap kita disisinya. Dalam pekerjaan juga diadakan ujian dan temuduga untuk naik pangkat dan mendapatkan pekerjaan. Semua itu adalah terhasil daripada tekanan. Dari mana datangnya tekanan ini? Jawapannya adalah dari dalam diri kita sendiri. Saya pernah menghadiri satu seminar perniagaan yang saya rasa sangat – sangat bermakna dan dapat membuatkan kita menekan diri kita untuk berjaya. di dalam seminar tersebut dibongkar faktor kejayaan kritikal yang mana di bahagikan kepada 3, boleh tak saudara sekalian menekanya? Ya yang pertama adalah diri sendiri. Tentu ada yang tertanya mengapa diri sendiri? Diri sendirilah yang menentukan segalanya. Kalu kita nak mencuri sape yang suruh? Sudah tentu diri kita sendiri. Kalau kita nak berjaya, saper yang suruh? Ya semestinya datang dari diri sendiri. Faktor kedua adalah pelanggan. Kenapa pelanggan? Ya sudah tentulah pelanggan yang membeli produk atau perkhidmatan kita. Betul tak? Kalu tak ada pelanggan macam mana produk atau perkhidmatan kita akan terjual. Faktor ketiga dan terakhir adalah kaedah. Kenapa kaedah? Sebab, sekiranya produk atau perkhidmatan kita terhebat dipasaran sekalipun, tanpa kaedah yang betul kita tidak akan dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan kita ke pentas global. Hakikatnya orang berjaya adalah orang mempunyai caj – caj positif yang banyak dalam diri yang mana dengan caj – caj positif tersebut dia akan menjadi orang yang sangat luar biasa walau pada pandangan mata kasar orang tersebut biasa sahaja. Kejayaan tidak akan datang bergolek dan kegagalan tidak akan datang melayang. Semuanya terletak pada diri. Bak kata Dr Irfan Khairi dalam ebook “Mentor Jutawan”:"Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab sendiri. Jangan pula bila berjaya kita kata kita hebat. Bila gagal kita beri alasan dan menyalahkan orang lain". Kebanyakkan orang akan memilih untuk menjadi orang biasa dan tak ramai memilih untuk menjadi jutawan. Kita boleh mengambil pengalaman jutawan untuk menjadi jutawan dan pembakar semangat serta menjadi aspek tekanan dalam diri bagi menonjolkan kebolehan luar biasa dari dalam diri sendiri.
Labels:
jutawan,
kejayaan,
mentor,
mentor jutawan,
motivasi
Nov 9, 2010
Bersediakah kita menghadapi ujian
Setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan kehidupan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH s.w.t tetapi kita sentiasa lupa bahawa setiap daripada kita akan sering diuji tak kira usia mahupun darjat seseorang. Ujian ALLAH akan sentiasa datang untuk menguji kekuatan iman kita serta tahap kecintaan kita kepadanya. Ketika kita diuji sering kali kita akan terasa bagai diri ini keseorangan berfikir dan bermunajat memohon pertolongan yang maha esa. Kekadang kita akan merasakan semua permohonan kita bagaikan tidak diendahakan oleh ALLAH s.w.t. Ada juga masa kita akan merasa yang insan sekeliling kita bagaikan suka melihat kita merana dan kekadang kita akan merasa yang mereka bagaikan api dalam sekam. Kekadang jua apabila sesuatu permintaan kita bagaikan tidak dikabulkan kita akan merasa yang ALLAH tidak menghiraukan kita. Demi ALLAH segala permintaan yang kita pohon akan diberikan olehnya tetapi kekadang datangnya rahmat ALLAH dalam keadaan yang tidak kita sangka. Hanya ALLAH yang maha mengetahui baik buruk sesuatu yang kita pohonkan. Apakah dengan memohon sahaja ALLAH akan perkenankan tanpa ada apa - apa pengorbanan dari kita. Percayalah bahawa ALLAH hanya akan menguji kita dengan ujian yang boleh kita hadapi dan ALLAH tidak akan menguji seseorang umatnya sekiranya umatnya tidak dapat menerima bebanan ujian tersebut. Itulah janji ALLAH pada umatnya. Kekadang kita sering jua melihat ada insan yang kecundang pabila berhadapan dengan ujian ALLAH. Adakah ini dikatakan gagal menghadapi ujian ALLAH dan insan tersebut tidak dapat menahan atau menerima ujian tersebut? Bagi saya insan tersebut kecundang bukan kerana dia diuji dengan ujian yang tidak terpikul olehnya tetapi lebih kepada penyediaan diri insan tersebut dan bagaimana cara dia menghadapi ujian tersebut. Itulah intipati kepada kejayaan mengharungi ujian ALLAH didunia ini. Apa kata anda?
Oct 21, 2010
Mentor Jutawan
Setiap kejayaan pasti ada cerita disebaliknya dan setiap kegagalan jua pasti ada cerita disebaliknya. Mentor Jutawan adalah sebuah E-Book yang sangat baik dan bermutu dalam memberikan panduan dan tips - tips untuk menjadi seorang jutawan. Pengalaman 8 orang jutawan diketengahkan untuk menjadi sumber inspirasi insan yang bercita - cita besar dalam mengapai ilmu menjadi seorang jutawan. E-book ini jua menceritakan tentang fasa - fasa jutawan yang diolah dengan sangat baik sekali dan menggunakan bahasa yang simple tapi penuh makna yang mana ianya dapat difahami oleh semua golongan. Setiap orang sentiasa diberi pilihan sama ada ingin berjaya atau melihat orang lain berjaya. Pilihan ditangan kita. Oleh yang demikian, pilihlah dengan akal yang bijak yang dikurniakan oleh Allah swt. Bicarawara daripada 8 orang jutawan terkenal iaitu :
1) Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
2) Azizi Ali, Jurulatih jutawan
3) Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
4) Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
5) Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
6) Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
7) Irfan Khairi, Jutawan Internet
yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa sudi memberi panduan bagi melahirkan lebih ramai jutawan - jutawan malaysia telah diketengahkan untuk dimiliki, Insya allah. Akhir kata penutup bicara, E-book ini amat sesuai dan amat berbaloi untuk dimiliki oleh insan yang tercari - cari motivasi diri dan tips untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Safnisebiz,
1) Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
2) Azizi Ali, Jurulatih jutawan
3) Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
4) Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
5) Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
6) Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
7) Irfan Khairi, Jutawan Internet
yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa sudi memberi panduan bagi melahirkan lebih ramai jutawan - jutawan malaysia telah diketengahkan untuk dimiliki, Insya allah. Akhir kata penutup bicara, E-book ini amat sesuai dan amat berbaloi untuk dimiliki oleh insan yang tercari - cari motivasi diri dan tips untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Safnisebiz,
Labels:
book review,
duit,
ebook,
irfan khairi,
kewangan,
mentor jutawan,
money,
motivasi
Subscribe to:
Posts (Atom)
