Search Result

Nov 1, 2010

Mengejar barisan hadapan

Untuk menaiki flight kita mestilah sampai 1 jam lebih awal bagi membuat pendaftaran masuk dan sebagainya. Saya sampai lebih kurang 1 jam 30 minit awal di airport pada kali ini. Setelah selesai membuat pendaftaran masuk menggunakan cara baru iaitu melalui web check-in dan kemudian baru membuat pendaftaran masuk barangan. Walau ini bukanlah kali pertama saya membuat pendaftaran masuk melalui web check-in tetapi dek sebab ia menjadi wajib tergagau jugak la nak buat pendaftaran menggunakan web check-in ini. Setelah selesai semuanya saya dan rakan – rakan menerusnyakan niat seterusnya iaitu menunaikan solat kerana takut tak sempat untuk bersolat sewaktu sampai. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Setelah selesai solat kami pun terus memasuki ruang menunggu di pintu yang telah ditetap. Sambil berjalan, kami bersembang beberapa perkara termasuklah perkara yang berlaku sewaktu menaiki pesawat untuk sampai disini. Kami tidak mahu lambat memasuki pesawat lagi. Kata kawan saya, kali ini kita jangan jadi macam mana kita datang nanti tak der tempat nak letak barang lagi. Setelah sampai di ruang menunggu kami pun menoleh ke semua penjuru untuk mencari lokasi yang terbaik untuk menjadi orang terawal memasuki pesawat. Setelah meninjau – ninjau beberapa minit kami pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi berhadapan dengan pintu dan kaunter masuk. Setelah duduk dikerusi tersebut kami berkata, hehe kali ni tentu kita akan menjadi antara orang yang terawal memasuki pesawat. Kami pun ketawa bersama – sama. Selang beberapa minit terdengar suara dari pembesar suara yang memanggil semua penumpang untuk beratur bagi memasuki pesawat. Kami pun dalam kehairanan mencari – cari dari mana datangnya suara tersebut sedangkan kami semua duduk dihadapan kaunter dan pintu masuk. Selalunya suara tersebut datang dari kaunter itu. Tinjau punya tinjau barulah kami perasan yang suara tadi datang dari kaunter dari sebelah hujung satu lagi. Rupanya kami duduk di tempat duduk yang paling akhir. Sambil berjalan kami ketawa, ingatkan kita boleh jadi orang pertama masuk pesawat tapi rupanya kitorang lah antara orang yang terakhir memasuki pesawat. Sambil ketawa keriangan kami meneruskan perjalanan memasuki pesawat yang telah sedia untuk berlepas. Nasib baik kali ini walaupun masuk lewat masih ada ruang untuk menyimpan barang – barang kami kalau tidak menyesal tak sudah mahunya kami kat situ.

Pilihan terbaik

Hadith :


“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian :
 
1. Islam adalah agama Allah. Oleh itu kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan dimuliakan.

2. Segala perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Oleh itu umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apalagi terhadap sesuatu yang remeh-temeh kecuali terhadap perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama.

3. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun.

- JAKIM -

Oct 31, 2010

Hikmah Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

Riwayat Bukhari

Huraian :


1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.

2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.

- JAKIM -

Oct 30, 2010

Kelantan Juara Baru Piala Malaysia

Setelah kecewa tahun lalu dengan kekalahan 1 - 3 kepada pasukan yang sama di temui pada final Piala Malaysia tahun ini iaitu Negeri Sembilan, kelantan bermula dengan agak perlahan dan ketinggalan 0 - 1 oleh jaringan penalti yang disudahi oleh Shahrulain. Amukan kelantan bermula sebaik sahaja perlawanan bersambung untuk tempoh 45 minit terakhir. Serangan demi serangan diatur oleh pasukan kelantan manakala pasukan Negeri Sembilan bagaikan telah berpuashati dengan kedudukan 1 - 0, memperlahankan rentak permainan yang akhirnya memakan diri. Jaringan penyamaan diperolehi oleh kelantan melalui penyerangnya Hairuddin Omar yang mana jua mencipta sejarah pemain yang bermain dalam 2 final berturut - turut bersama pasukan yang berlainan. Ketiadaan ketua pasukan Negeri Sembilan yang juga merupakan nadi pertahanan mereka amat dirasakan dan seterusnya telah menjelmakan kemurungan kepada mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia bagi tahun kedua berturut - turut. Pertukaran pemain oleh pasukan Negeri Sembilan sedikit menampakkan hasil dengan beberapa percubaan dihasilkan mereka tetapi tidak menerjah jaring pasukan lawan. Akhirnya Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan dan iltizam yang mendalam ditunjukkan oleh pasukan Kelantan dengan keputusan 1 - 2 yang memihak kepada pasukan Kelantan.

Murabbi Cinta

Anak - anak muda sering dikatakan sangat cetek dan sering jua orang yang berasa diri telah tua mengatakan "kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga". Ada jua ungkapan yang mengatakan "sape yang makan garam dulu". Semuanya terarah kepada anak muda yang sering mendesak dalam melakukan sesuatu. Itulah nilai seorang anak muda dan jua nilai seorang tua. Kedua - duanya mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Janganlah memandang kelebihan usia memantapkan pengalaman tetapi jadikanlah kelebihan usia sebagai pemangkin untuk mendidik anak - anak muda. Jangan dibiarkan keegoan diri meruntun semangat anak muda yang sering dahagakan pengajaran, pengalaman malah bimbingan yang menjurus kepada jalan ALLAH s.w.t. Itulah antara intipati yang boleh diperolehi dalam cara yang mudah untuk difahami dan dapat membuka minda tak mengira usia samada tua mahupun muda. Begitulah besarnya pengalaman yang tidak mungkin dapat digarap oleh insan yang tidak melaluinya dengan penuh berhemah. Amat rugilah sekiranya pengalaman yang diperolehi disimpan bagai boleh runtuh dunia ini andai diberikan kepada insan yang memerlukannya. Harga sebuah pengalaman amat besar nilainya jika dilimpahkah ke tempat yang sepatutnya. Hayatilah bait - bait yang didedahkan didalam sebuah buku yang dapat meningkatkan jatidiri dalam melayari kehidupan yang belum tentu pengakhirannya.

Alamat Mimpi

Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

(Muslim)

Huraian :

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha.

Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102).

Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4).

Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

- JAKIM -

Oct 29, 2010

Flight Oh Flight

Rasanya dah lama saya tak keluar outstation. Mungkin ini kali ketiga kot bagi tahun ini saya di arahkan untuk  outstation. Saya tiba di KLIA 1 jam sebelum kapal terbang (flight) bertolak. Saya bersama 3 lagi rakan saya iaitu A.M.R  bukan nama sebenar telah ditugaskan ke sana selama beberapa hari. Setelah kami check-in, kami teruskan perjalanan ke tempat menunggu sebelum berlepas di pintu A_. dalam perjalanan itu saya tetiba rasa nak ke tandas. Al maklum la nak naik Flight takut kena pegi tandas dalam Flight nanti rasa tak selesa sangat la plak. Nampak je tandas saya terus masuk sambil berpesan pada rakan – rakan yang lain “saya gi tandas dulu”. Keluar je dari tandas saya terus berjalan untuk mengejar rakan – rakan yang lain yang saya rasa telah sampai di tempat menunggu. Setelah saya sampai di tempat menunggu tersebut saya pun melihat sekeliling mencari rakan – rakan yang lain. Beberapa minit saya mencari – cari namum bayang – bayang dorang pun tak nampak. Rasanya dorang semua dah masuk ke dalam flight kot. Dalam masa yang sama terdengar pengumuman daripada pembesar suara “semua penumpang – penumpang penerbangan MH___ sila beratur untuk menaiki flight, keutamaan diberikan kepada penumpang yang berada di kedudukan __ hingga __.” , apa lagi saya pun terus beratur kerana merasakan rakan – rakan saya tadi telah masuk ke dalam flight. Sampai je dalam flight, saya pusing sekeliling untuk mencari rakan – rakan yang lain. Nampaknya dorang masih tak masuk flight la, kata saya dalam hati sambil merungut, manalah dorang semua pegi nie. Saya pun terus duduk di bangku yang telah ditetapkan. Beberapa minit lepas tu barulah saya nampak rakan – rakan saya masuk. Sambil tersenyum saya menegur diorang, “mana korang pegi, puas aku cari korang”. Dengan muka yang sedikit berkerut dorang membalas “yo la tu, kitorang tunggu kat luar tandas tadi sampai nak terlepas flight rupanya ko kat sini, dah la masuk sorang – sorang phone pun tutup”. Rakan saya yang lain pula berkata “puas kitorang cari ko tadi rupanya ko dah kat dalam flight, kitorang suruh orang kaunter tu tunggu ko tapi orang kaunter tu kata ko dah masuk tapi kitorang tak percaya dan kitorang suh dia check sekali lagi.”. sekali lagi dia check dalam senarai yang telah memasuki tempat menunggu, katanya yang tak masuk lagi Cuma ________. Dalam kehairanan rakan – rakan saya meneruskan langkah dengan berat hati ke dalam flight. Saya dan rakan – rakan saya ketawa sambil diorang berkata macam manalah ko leh menyelinap masuk cepat sampai kitorang pun tak nampak ko. Diorang berkata lagi, sebabkan ko la kitorang dah tak der tempat nak letak barang. Aku dengan perasaan sedikit bersalah tersenyum kekelatan.