Search Result

Oct 17, 2010

Cara - cara bertaubat

Amalkan bacaan ini 1000x setiap hari :



‘La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin'

Maksudnya Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri...."

Ayat yang dibaca oleh Nabi Allah Yunus A.S. bersungguh2, dan Allah terima taubat beliau yg ikhlas lalu dia terlepas daripada mulut ikan nun yang besar...

Cara seorang lelaki yang sgt menyesal dan ingin kembali ke jalan ilahi :

Ada cara yang boleh dilakukan. Saya lakukannya perlahan-lahan bagi mengumpul kekuatan diri bagi menempuh hari-hari mendatang.

1) Mandi sunat taubat dan niatkan kita mohon Allah singkirkan segala dosa yang kita lakukan samada yang terdahulu, sekarang dan akan datang. Jirus pada akhir mandi kita.

2) Pakailah pakaian serba putih dan niatkan kita bakal menghadap Allah {mati} pada bila-bila masa.

3) Pada sepertiga malam (2-4 pg), Mulakan solat sunnat dengan solat sunnat Taubat 2 raka'at. Mohon Allah sedia mengampunkan kita kali ini walaupun kita tahu kita sudahpun bermaksiat selama ini. Lakukan dengan penuh harapan, bersungguh-sungguh. Managis sepuas-puasnya. Bayangkan kesakitan api neraka di hadapan kita.

4) Kemudian lakukan solat sunnat Tahajjud 2 raka'at. Mohon Allah benar2 beri Hidayah kepada kita untuk kita kembali kepadaNya.

5) Kemudian lakukan solat sunnat Hajaat 2 raka'at. Mohon Allah sudi memimpin kita dan menunjukkan jalan yang benar di dunia dan akhirat. Mohon juga Allah melantik seseorang yang sesuai memimpin kita kembali kepada Allah.

6) Akhirnya ambil tasbih dan bertafakuur sambil mulut dan hati beristighfar "Astaghfirullahal 'Azhim" sekurang-kurangnya 100 kali, sebanyak mana yang mampu.

Insya-Allah, hamba-hambaNya pasti mendapati Allah benar-benar Maha Memahami lagi Maha Memberi Pertunjuk. Dengan syarat, kena istiqamah. Lakukan setiap mlm hingga hujung nyawa kita.

Juga sertailah mana2 jemaah yang berakidah benar berlandaskan Alquran, sunnah, ijma', kias,.

Elakkan diri dari semua rakan2 yg tidak membantu dekatkn kita pada Allah.
Dekatkan diri dengan orang yg selalu pergi ke masjid dan surau.. selalu pergi ke masjid/surau.. dan mejauhi dari tempat2 maksiat..


Hadiah yang dijanjikan Allah bagi orang-orang yang bertaubat :

1) Taubat itu jalan menuju keberuntungan. Allah berfirman: "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (QS. 24:31). Ibnul Qoyyim berkata: "Janganlah mengharapkan keberuntungan kecuali orang-orang yang bertaubat".

2) Malaikat berdo'a untuk orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman: "(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala'" (QS. 40:7).
3) Mendapat kemudahan hidup dan rizki yang luas. Allah berfirman: "dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan" (QS. 11:3).
Dan firman Allah: "Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'" (QS. 11:52). Dan Allah berfirman: "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepada-mu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.'"

4) Penghapus kesalahan dan pengampun dosa. Dalam hadis qudsi, Rasulullah bersabda: "Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo'a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensekutukan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula." Dan Rasulullah bersabda: "Orang yang bertaubat dari kesalahan bagaikan orang yang tidak punya dosa." Dalam hadis yang lain: "Taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang lalu."
5) Hati menjadi bersih dan bersinar. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seorang mu'min jika melakukan perbuatan dosa, maka akan terjadi titik hitam di dalam kalbunya, jika dia bertaubat dan minta ampun pada Allah, kembali cemerlang hatinya, jika dosanya bertambah, bertambah pula titik hitam tersebut, hingga menutupi hatinya. Itulah "ar-ron" yang disebut oleh Alloh dalam firman-Nya: 'Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka'" (HR. Tirmidzi).

6) Dicintai Allah. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t .....Insya allah

our family gathering ....

Kesibukan dengan kerja - kerja pejabat ditambah pula dengan kerja rumah yang tak pernah putus - putus datang dan pergi membuat kami jarang sekali dapat bersama - sama melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan keluarga. Beginilah cara hidup masa kini yang memerlukan kedua - dua suami dan isteri berkerja dalam memenuhi keperluan hidup yang semakin membebankan dek kesibukan dalam mencari sesuap nasi. Hatta begitu ramai yang terperangkap dalam kesibukan itu dan sering mengenepikan perhatian terhadap anak - anak yang sedang membesar. "Perhatian" itulah perkara yang sering dilupakan dan sering ditinggalkan oleh kebanyakkan ibubapa zaman dunia tanpa sempadan ini dalam mengegar duniawi yang serba mencabar serta serba cepat dan pantas. Hitunglah masa yang kita luangkan bersama anak - anak kita. Nescaya kita akan dapat lihat mungkin 2 atau 3 jam sahaja dalam seminggu. Luangkan masa yang dimaksudkan adalah bersama anak - anak secara sepenuh masa dalam bermain atau melakukan aktiviti - aktiviti yang dapat mengembangkan minda mereka. Mungkin apa yang saya perkatakan disini terlalu ekstrem. Tapi renungilah semula setiap ayat yang diutarakan. Luangkan masa bersama anak bukan sekadar melihat mereka bermain dan sambil itu kita melakukan perkara lain termasuk menonton tv, memasak dan kerja - kerja yang bukan dikhaskan kepada anak -anak. Tepuk dada tanyalah selera. Kita sering marah bila anak - anak kita "buat perangai" dan kita akan biarkan anak - anak kita bila mereka diam bermain. Pernah tak kita terfikir mengapa anak - anak sering dan mungkin kerap "buat perangai" bila kita pulang dari kerja. Dalam kepenatan, tetiba sahaja mereka "buat perangai" dan merengek tak tentu pasal, mula kita naik darah dan semuanya jadi tak tenteram dek penat yang dirasai diri yang serba kekurangan ini. Fikirkan lah sejenak dan fahamilah ape yang diutarakan disini. Insya allah akan ditemui apa yang tersirat.


Wassalam

Perkahwinan Rasulullah Saw Dengan Aisyah R.a .....

Hadith :

Daripada Aisyah r.a katanya : “ Aku berkata: “ Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : “Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini perawan selainnya.” (al-Bukhari)

al-Bukhari

Huraian :


Aisyah r.a adalah satu-satunya seorang perawan (dara) ketika diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Bahkan ketika itu umur beliau masih kanak-kanak lagi sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. maksudnya:
“Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun”..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Menurut Mazhab Empat, Islam tidak menentukan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna bahawa kanak-kanak kecil juga boleh berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.

Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut.

-sumber Jabatan Agama Islam Malaysia -

Aku Terima Nikahnya ....

Salam sejahtera,

Aku Terima Nikahnya ....sebuah buku yang sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur malah ianya jua sangat sesuai bagi remaja yang masih terpinga - pinga mencari erti sebuah perkahwinan dalam melayari cinta yang tidak pernah sejuk. Kupasan yang menyentuh alam remaja yang kebanyakkan tengah dan mencari kehangatan bercinta tapi masih gagal memahami tanggungjawab dalam berumahtangga yang dipaparkan secara bersahaja, santai, ringan dan terbit dari pengalaman yang boleh dikatakan akan dihadapi dan dirasai oleh setiap insan ciptaan ilahi. Dengan menghayati setiap bait - bait ayat yang tercetak di buku itu berkemungkinan besar bagi insan yang telah berumahtangga akan berfikir sejenak akan tujuan perkahwinan yang telah 1, 2, 3 malah 5, 10 tahun dilayari tapi dirasakan bagai kabur dan sering diringankan peranan dan sentiasa di beratkan hak. Akhir kata, amat berbaloi bagi insan yang membelanjakan RM25 untuk memiliki ilmu yang sangat berguna dan sangat didahaga oleh segenap lapisan insan dalam mengejar kasih ilahi. Kini telahpun terhimpun 3 siri bagi buku ini. Semoga penulisnya tidak jemu dalam mengetengahkan perbincangan ilmiah alam perkahwinan yang sangat bernilai untuk dijadikan koleksi dan bahan bacaan dalam mengatur perjalanan alam perkahwinan dari pada awal ikatan sehingga mencapai dan merasai baiti jannati (Rumahku Syurgaku). Insya allah.

Wassalam.

Oct 16, 2010

Iman Dan Amal Adalah Dua Perkara Yang Seiring ...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”

Riwayat al-Hakim

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Iman mengikut pengertian syarak adalah keyakinan yang teguh dalam hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Inilah yang dinamakan ketaatan, amal yang soleh dan perlakuan yang baik.
ii) Seorang yang benar-benar beriman adalah mereka yang zahirnya sama dengan batinnya, mereka benar dalam keimanan dan ikhlas dalam melakukan amalan. Merekalah golongan ‘as-Sodiqun’ yang diperintah oleh Allah S.W.T agar kita sentiasa mendampingi mereka (bersahabat dengan mereka).
iii) Oleh sebab tingginya kedudukan iman maka Allah S.W.T telah menjadikan iman itu sebagai syarat asas penerimaan terhadap sesuatu amalan yang dilakukan di mana tidak akan ada satu amalan pun yang akan diterima oleh Allah melainkan setelah ada iman di dalam diri pelakunya.
iv) Sesiapa yang mendakwa beriman dengan lidahnya tetapi iman itu tidak meresap ke dalam hatinya maka dia merupakan orang yang munafiq. Ciri-ciri munafiq itu ialah kata-katanya bercanggah dengan perbuatannya dan amalannya ketika di khalayak ramai dan ketika dia bersendirian serta apa yang dizahirkannya adalah berbeza dengan apa yang disembunyikannya.
v) Iman dan amal soleh adalah seiring. Iman tidak akan sempurna tanpa amal soleh di mana Allah telah menyebutkan perkara ini sebanyak 60 kali di dalam al-Quran.

Oct 15, 2010

Fitnah Terbesar .............

Hadith : -

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian :

1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Oct 1, 2010

hari - hariku

salam sejahtera,

minit yang bergerak banyak mengajar aku erti memberi seperti mana yang aku pernah baca "aku terima nikahnya" ....memang betul apa yang dikatakan. Jangan mengharapkan pulangan malah tumpukan perhatian kita dalam memberikan yang terbaik dalam setiap hal walaupun hati sakit, mata pedih, jiwa melara yang pasti erti memberi banyak manfaat sekiranya kita menghayati setiap bait - bait ayat tersebut sedikit demi sedikit aku cuba menghayati erti dan hikmah dalam menghayatinya sekiranya kita menderma adakah kita mengharapkan yang sedekah kita itu akan kembali pada kita tentu skali xpernah atau jauh sekali untuk terlintas difikiran kita untuk mengharapkan sedemikian rupa begitu jualah secara sekilas jiwa dalam menghayati erti memberi apa - apa pun yang pasti memberi adalah lebih baik dari menerima tabahkan hati, tajamkan fikiranm, lapangkanlah dada nescaya segalanya ada hikmahnya .............